BAB 34: MISI TINJAUAN

1 0 0
                                    

Rea mengambil masa yang lama berfikir didalam wad.Dia hanya termenung manakala Asuka tidur di tepinya.A.u.d nya berbunyi seketika.Di dalam a.u.d nya ada beberapa mesej daripada Ike dengan menggunakan a.u.d milik Izz.

'Rea kami akan bergerak ke hutan Raremwen dahulu sebab ada orang kata kau sakit.Jadi kami akan tinggalkan kau untuk menjaga bandar ni buat sementara waktu.'

'hurmm jadi diorang kena cari eh.'

Rea pada masa itu telah pun menentukan keputusannya iaitu dia akan kekal hidup.Sudahpun satu hari mereka bergerak,efek daripada serpihan dari Navorus dengan perlahan bergerak.Pada masa itu dia ditugaskan untuk memeriksa hutan sekeliling dengan Yata.

"Hi"Sapa Rea.

Yataru hanya melihat sahaja didalam baju besinya."Jadi apa misi untuk hari ini.".Tanyanya.Dia mengambil kertas lalu menulis beberapa perkataan untuk Rea faham.

"Memeriksa...Lawan...Set...Perimeter."
"Hmmm melihat dari yang kau tulis kita akan memeriksa sesuatu tempat.Lawan benda apa yang ada (kecuali manusia biasa) dan set perimeter."

Dia mengganguk."Baik.Tapi misi ni berapa orang."
Yataru menunjukkan tiga jarinya."Hmmm paham."Ballard yang ada disitu hanya mengeluh.Dia datang lebih dekat dan menjelaskan misi dengan jelas.

"Apa yang dia nak sampaikan ialah,misi ni adalah misi meninjau kawasan sekeliling.Had ahli dalam satu pasukan ialah tiga."

Yataru mengangguk."Haih.Yang benar-benar la kau malu lagi nak sebut.".Kata Ballard.Yataru menulis lagi beberapa patah perkataan."Pergi?"

"Ok.Tapi aku nak bawa Asuka sebab kan dia baru masuk dalam pasukan kita.Kan Ballard."Tanya Rea.
"Tak.Sebenarnya dia belum layak lagi jadi ahli guild ni tapi,ketua guild kita benarkan dia sertai misi sebagai ujiannya."Jelas Ballard
"Dan ini juga misi untuk latihan kau untuk menjadi ketua pasukan yang akan memberi arahan."
"Baik, tapi boleh saya panggil Asuka dahulu."Tanya Rea.
"Ya."

Selepas diberi taklimat,Rea memanggil Asuka.Akan tetapi dia tidak menjawab.Apabila diperiksa,Asuka sebenarnya masih tidur."Haih.".Keluh Rea yang perlu membawanya.

Untuk tidak membiarkan orang-orang lice dapat mengecam Rea dengan mudah, dia membalut tangannya dengan menggunakan kain yang berwarna putih. Dia juga dapat mengatakan bahawa tangannya terkena air panas (jika sesiapa yang bertanya kepadanya tentang tangannya.)

------------------

Mereka sampai ke destinasi dengan mengambil masa yang cukup lama.Dikeranakan kawasan itu adalah kawasan berbukit."Jadi kita akan berpecah."Tanya Rea.

Yata mengangguk.Rea memikirkan cara untuk membangunkan Asuka.Dia mendapat ilham.Dia mengambil pisaunya dan menyucuk jarinya.Dengan serta merta dia terbangun mengetahui Rea kesakitan.

"Rea!Kau ok tak."Kata Asuka yang terbangun.
"Heh bangun pun."
"Eh?Aku tak bangun lagi?"Kata Asuka yang kehairanan.
"Ya."Kata Yata dengan perlahan.
"Eh?Tadi aku baru sahaja mimpi aku dan Rea berjalan di tepi tasik."
"Yata.Tolong bagi sihir apa-apa yang boleh bagi hilang ingatan tentang ni."
"Maaf...Aku...Bukan...Shaman...Atau...Dark...Mage." Katanya.

Rea kembali kepada topik yang asal iaitu."Kita perlu berpecah.Dengan ini kita dapat maklumat lebih banyak dari berkumpulan."

Dia menjelaskan tempat-tempat yang akan menjadi lokasi peninjauan masing-masing.Rea akan berada di kawasan bukit yang tidak jauh dengan tempat perjumpaan.Asuka akan ke kawasan aliran sungai dan Yataru akan ke kawasan hutan yang berada di timur bukit.

Mereka berdua sudahpun memahami tugas masing-masing dan segera ke kawasan yang dinyatakan.Manakala Rea masih lagi berada di tempat perjumpaan.Dia seperti menyedari bahawa ada seseorang yang mengikutinya.Dengan rasa yang masih curiga dia terus menuju ke arah pergunungan.

IDENTITI : DUNIA BARUWhere stories live. Discover now