BAB 43:PERANG NAVORUS

1 0 0
                                    

Rea melihat peta di kawasan tersebut.Dia melihat beberapa kawasan yang strategik di kawasan hutan.Iaitu di kawasan berbukit yang berada di selatan dari tempat mereka masuk kedalam hutan tersebut.Kawasan yang dahulunya merupakan perkampungan dan masih mempunyai puing-puing yang teguh berdiri.

Semua unit telahpun bersedia untuk menjalankan misi yang diikuti oleh semua guild dan juga tentera kerajaan.Pihak tentera kerajaan menghantar Julius Voltirus untuk menjadi ketua barisan hadapan sementara kerana ketua yang sebenar telah meminta cuti sakit.

Madoka hanya memandang skrin dengan tatapan yang serius manakala Sorana membuat laporan.

------------------

Setelah Asuka melakukan tinjauan di bahagian hadapan.Dia telahpun menyaksikan beratus-ratus tentera Navorus,berarak ke arah barisan hadapan.Dan apabila dia kembali untuk memberikan laporan,mereka semua terkejut kerana bilangan mereka tiga kali ganda dari mereka.Melihat mereka semua sudah tiada lagi semangat untuk bertarung,Rea menjerit."Semua!"

Seluruh barisan hadapan senyap.

"Saya ada tiga perintah."
"Pertama,Lawan dalam suatu kelompok"
"Kedua,Kalau hampir mati larilah."
"Dan ketiga.Lawanlah dengan bangga."Kata Rea.

Mereka semua mendengar.Dia menyangka bahawa kata-katanya tidak akan menaikan semangat mereka akan tetapi sebaliknya.Mereka semua bersorak dan semangat bertarung mereka kembali ada."Baik! Mari kita bertarung!"Jerit Foco dengan penuh semangat.

Seluruh barisan hadapan menjadi lebih semangat dan juga tidak gentar akan rasa takut terhadap tentera Navorus.

Rea hanya tersenyum dan melihat dengan tatapan yang tidak merisaukan apa-apa pun."Arahan!"

Dia dengan penuh teliti mengarahkan mereka untuk melakukan serangan secara berhadapan.Dan juga mengarahkan pasukan jarak jauh untuk berada di kawasan tanah tinggi dan juga tersembunyi.

Apabila tentera Navorus sudahpun berada didalam jarak,Rea mengarahkan pasukan jarak jauh untuk menembak.Tentera Navorus menghiraukan serangan tersebut dan terus berarak.Dan tanpa disangka-sangka,serangan tadi membuatkan ramai yang rebah.

Melihat dari kesempatan tersebut,dia mengarahkan mereka terus menembak dan mengarahkan untuk merusuh masuk kedalam musuh.

"Sekarang!"Jerit Rea.

Foco mengetuai pasukannya kehadapan manakala Asuka terbang dan mengetuai pasukan udara.Sebahagian monster tamer menyeru haiwan yang boleh terbang untuk mengikuti pasukan Asuka.Dan terjadilah pertarungan antara dua pihak.

Dalam pertengahan pertarungan itu,Rin melihat beberapa kepulan asap yang berada di bahagian utara.Dan apabila dilihat menggunakan mata mananya,dia melihat ratusan naga dan tentera yang diutus oleh Adarus untuk membantu dalam peperangan tersebut.

Rea juga terkejut tentang bantuan tersebut.Kerana,
mereka juga sedang bertarung dengan tentera Navorus."Hah!? Diorang pun tolong jugak ke."

"Nampaknya begitu."Jawab Madoka.
"Jadi keadaan dekat kerajaan Adarus dalam keadaan yang boleh bertahan.Kan?"Tanya Sorana.
"Nampaknya begitu."

Pasukan mortar hanya mengunggu arahan untuk menembak.Sambil menunggu,salah seorang sedang melihat bahagian selatan dan melihat seluruh pasukan Navorus yang sebenar dan juga Navorus sendiri sedang menuju kearah kota.

"Tuan!"
"Sila lihat di koordinat ini."Katanya.
"Huh?"

Rea menaip koordinat yang diberi dan melihat apa yang dilihat oleh salah sorang pasukan Dani."Hah?!".Rea terduduk melihat perkara tersebut.Madoka juga melihat perkara yang sama.Dia melihat wajah Rea yang dalam keadaan ketakutan bangun dari tempat duduknya."Bangun!"

"Aku kata bangun!"

Rea mendengar apa yang Madoka arahkan untuk dia lakukan.Dia memegang bahu Rea dan berkata.

"Tengok.Sekarang bukannya masa untuk takut.Kau jugak yang bagi semangat dekat barisan hadapan.Takkanlah kau dah hilang semangat.Bangun dan lakukan apa yang kau patut buat!"

'Benda yang aku patut buat?'Rea sedang memikirkan tentang itu.Dan dia teringat tentang berlawan."Ya.Kau sorang sahaja orang yang dapat bertarung."

"Pergi."

Rea menganguk.Dia mengambil jaketnya dan berlari keluar."Sambungkan ke direktur Rosmonwolf."Kata Madoka."Baik."Jawab Sorana.

"Tuan,Rea sudahpun bergerak ke tempat perperangan."
"Hmmm.Baik.Senjata Rea sudahpun siap dan bersedia untuk dibawa kepadanya.Dan "Projek Frontier" sudah siap."
"Baik."

IDENTITI : DUNIA BARUWhere stories live. Discover now