BAB 30:KEKECOHAN KOTA

5 1 2
                                    

Rea bangun tanpa mengetahui bagaimana dia boleh tertidur dalam bar bersama-sama Asuka.Yang dia tahu bahawa Rage tidak mengatakan sesuatupun dari kemarin.Akan tetapi dia mengendahkan perkara tersebut.

Dia terus mandi dan menukar pakaiannya.Pada masa yang sama ahli pasukan yang lain akan pergi keluar menjalankan misi tanpa Rea kerana dia perlu menjaga Asuka.

Dia hanya melihat Asuka sedang tidur diatas kerusi yang dimana tempat yang sama dia duduk dari kelmarin.Sesudah Rea menukar pakaiannya,Dia pergi ke perpustakaan guild untuk mengkaji beberapa perkara tentang guild ni.Dia  menjumpai beberapa buku tentang kerajaan Kaeladia dan mengkaji tentang kerajaan ini dahulu sebelum guild.

"Kerajaan Kaeladia"
"Pengasas.Raja Falro Goh."
"Mempunyai beberapa kehebatan dari segi perperangan."
"Mempunyai ketua tentera yang tidak kenal pasti dari mana."
"Mempunyai banyak daerah jajahan yang besar."

"Umm Rea."Tanya Sorana.

Rea yang baru sahaja membaca buku itu, mengangkat kepalanya dan melihat sorana berada dihadapannya."Ya kenapa."

"Ummm kita punya tetamu,Cik Asuka baru sahaja keluar."
'halamak'
"Sorana saya mahu keluar sekejap."
"Baik."

Rea dengan segera keluar mengikut pintu hadapan dan terus melompat ke atas bumbung rumah.Dia meninjau seluruh pelusuk kota dan dia tidak merasa keberadaan Asuka."Haih mana pulak ni?!"

Akhirnya Rea sampai ke pasar,berharap Asuka berada di sini.Disebabkan keberuntungan Rea yang sangat tinggi dia akhirnya berjumpa dengan Asuka.

"Hei kenapa keluar tak bagitahu aku?!"Kata Rea.
"Ei jangan nak marah aku eh.Kau yang tiba-tiba hilang tu tak cakap pula."
"Tadi aku ada dekat perpustakaan."
"Oh yeke.Aku ingatkan kau dekat bandar."
"Mana ada."
"Dah jom aku bawa kau balik."Kata Rea.

Semasa dalam perjalanan pulang Asuka merasakan sesuatu yang mendekati.Apabila dia melihat dengan teliti,dia baru mengenalinya dengan wajah yang tersenyum."Dia sudah datang"

Reamongo berasa hairan mengapa dia berkata sebegitu."Apa maksud kau.".Asuka hanya menunding jari ke arah langit dan tidak berkata apa-apa.Rea cuba untuk mencari apa yang ditunjuk olehnya.Dia hanya melihat suatu makhluk yang besar sedang menuju kearah bandar Belwall."Asuka masuk dalam guild cepat!!"Jerit Rea.

Dia tidak bergerak dari tempatnya."Asuka cepat masuk!"Jeritnya lagi."Errgh baik.".Asuka terus masuk kedalam gulid dengan cepat.Rea mempersediakan dan bersedia untuk bertarung jika ada benda yang berlaku.Makhluk itu menerobos dinding pertahanan bandar.Apabila melihat dengan lebih jelas,itu ialah seekor naga berwarna hitam yang sangat besar.

'Halamak.'kata Rea dalam hati.

Naga itu telahpun merosakkan beberapa buah rumah.'Rea! Apa yang dah jadi dekat bandar.'Tanya Ballard melalui radio.

'Ummm ada naga yang serang bandar.'
'Hah!? Yata,Dani pergi balik ke bandar.'
'Baik.'Kata mereka berdua.
'Ketua saya perlu buat apa?'Tanya Rea.
'Benda paling utama adalah melindungi Asuka.Melindungi penduduk juga penting.'
'Baik.'

  Rea pergi ke pusat bandar untuk membantu penduduk.Pada masa yang sama Ivan dan Reimir sedang merawat penduduk yang tercedera.Semasa dalam rawatan seseorang muncul."Abang!"Kata perempuan tersebut.

"Ah adikku Raimeru.Kenapa."
"Ada beberapa orang yang terperangkap di bawah bangunan runtuh."
"Baik.Ivan kau tolong adik aku sekejap.Aku nak rawat orang ni sekejap.Nanti aku datang."
"Baik.

Mereka berdua menuju ke tempat kawasan bangunan runtuh yang dimana tempat yang dekat dengan Rea."Rea!".Kata Ivan yang melihat Rea sedang mengeluarkan orang orang yang terperangkap.

"Hei hei.Lama tak jumpa."
"Lama tak jumpa?! Kita baru je keluar 3 hari yang lepas."Kata Ivan.
"Eeeeh yalah yalah."
"Boleh tak tolong aku."
"Baik."

Mereka bertiga mengeluarkan 5 orang yang berada dalam runtuhan itu.Reimir juga baru sahaja sampai dengan membawa ubat.

Rea ternampak kelibat seperti Asuka yang pergi mendekati naga itu."Ummm korang.Aku rasa macam aku nampak seseorang lah."Kata Rea."Takpe kau pergi dahulu.Orang yang cedera bagi kami rawat."Kata Reimir.

Rea mengganguk.Dia bangun dan terus menuju ke arah naga itu.Naga itu telah menyerang banyak bangunan.Jadi ia akan menyukarkan pergerakan Rea.Dani dan Yata baru sahaja sampai ke bandar dan melihat kemusnahan yang besar disebabkan oleh naga tersebut menyerang Belwall.

Mereka pergi ke kawasan guild perawat untuk membantu.Rea berdepan sendiri dengan naga itu.Naga itu hanya memandang Rea.Dia melihat sekeliling bahawa ada banyak tentera kerajaan yang terkorban."Heh banyak jugak korban."Kata Rea.

Naga itu memuntahkan bebola api yang sangat besar kearah Rea.Dia tidak perasan tentang serangan itu.Bebola api itu mengenai Rea.Asuka yang baru sahaja berada berdekatan itu meluru kearah Rea."Rea!"

Pada waktu itu.apinya tidak membakar badan Rea kerana di bajunya ada suatu lapisan besi yang dapat menyejukan badan Rea jika dia terbakar.

"Ayah! Kenapa ayah bakar kawan adik."Marah Asuka kepada naga itu.
'Ayah!?'

Naga itu menyedari bahawa anak perempuannya berada dekat dengan Rea.Lama kelamaan dirinya menjadi tenang dan berubah bentuk menjadi manusia dan memeluk Asuka."Ayah...ayah ingat kamu... hilang."Kata ayahnya.Dia gembira kerana dijumpai oleh ayahnya.

"Tak...Sebenarnya adik kena culik dengan perompak.Orang yang ayah bakar tadi adalah orang yang tolong saya.Dan juga....ummmm"
"Dan juga...?"
"Kekasih saya."
"...."

Rea yang yang masih berada terbakar dalam api merenung nasibnya.'Haih.Hangit bisa kau turunkan lava.'

"Hmmm apa begitu."

Asuka mengganguk.Rea didalam hatinya mahu membuka bajunya untuk mati terbakar.Akan tetapi ayahnya memadamkan api tersebut."Baiklah,kamu."

"Ya."Kata Rea.
"Saya berterima kasih kerana kamu telahpun menyelamatkan anak saya...Tapi tak sangka,anak saya sudahpun mencari manusia untuk dijadikan sebagai pasangan hidup.Saya,Adarus menyerahkan anak saya,Asuka didalam jagaan kamu.Dan saya juga meminta maaf atas apa saya lakukan pada bandar Belwall.Saya akan membayar segala kerugian dari segala kerosakkan yang saya lakukan di sini."
"Ta...Tapi."
'Mak oi dia tuju pisau.'Kata Rea apa bila dia merasakan benda tajam di bahagian badannya.
"Ummm baik."katanya dengan senyuman palsu.
"Jadi.Kamu kena jaga Asuka macam harta sendiri.Kalau tak..".Adarus menunjukkan gambaran ribuan manusia sedang terbakar.
"Urk.Baik.Baik."

Selepas Rea berjanji dengan ayahnya.Dia beredar dari kawasan itu.Rea tersunkur disebabkan dia hampir ditikam oleh ayahnya.Asuka datang menjumpai Rea.

"Hei.Jadi kita berdua akan bersama..."
"Reamongo Aderin."
'Haih kenapalah nasib aku macam ni.'
"Lagipun tadi ayah saya bergurau sahaja."
'Bergurau?! Macam dah melebih ja?!"

IDENTITI : DUNIA BARUWhere stories live. Discover now