BAB 18:KISAH LALU IZZ

6 2 1
                                    

Izz teringat kembali memorinya yang lalu.Pada saat itu ialah hari roh.Hari yang dimana roh dan manusia bersatu dalam satu tempat.Dan itu juga hari untuk kanak-kanak di puak itu untuk mendapat roh panggilan mereka sendiri.

Walau bagaimanapun izz masih lagi tidak dapat roh panggilannya.Dia sudah mencuba pelbagai cara,akan tetapi ia tidak menjadi-jadi juga.

Selalunya puak gunnala akan dapat spirit pada awal kelahiran dan paling lama waktu umur 4 tahun.Akan tetapi selepas sahaja hari roh.Selepas sahaja mereka naik ke umur 5 tahun.Mereka akan mati dalam tidur.

Tetapi Izz masih lagi hidup melangkau usia sehingga 8 tahun.Sebagai pertukaran, dia menjadi lemah kepada semua benda.Semua orang panggil dia sebagai "Izz the spiritless" atau pun "Izz si lemah".

Semua orang dari keluarganya menganggapnya sebagai orang luar,kecuali seorang.Nao.

Nao merupakan abangnya dan dia selalu buat apa-apa dengannya.Dia mempunyai roh pemanggil yang sangat kuat.Namanya Achilles.

Dialah yang selalu menolong Izz apabila dia selalu dibuli oleh budak-budak yang mempunyai roh pemanggil.

Pada waktu itu,semua orang dari puak gunnala keluar untuk menyambut festival hari roh.Izz tidak keluar untuk menyambut.Dia masih lagi takut untuk keluar pada waktu ini.

Nao membuka pintu bilik Izz untuk melihat keadaan adiknya."Izz.Kau nak keluar tak."Tanya Nao.

"Haih,daripada aku kena kutuk dengan orang lain.Baik aku cuma duduk dalam bilik ni je."Jawab Izz yang tidak mahu dirinya dipandang serong.

"Izz....Takpalah abang paham."Kata Nao.Dia menutup pintu bilik Izz dengan perlahan-lahan.Izz hanya dapat melihat langit malam yang dah dipenuhi oleh bintang.

'...'

Secara tiba-tiba,keadaan di bawah menjadi huru-hara. Izz melihat ke luar jendela.Kebakaran terjadi di beberapa buah rumah.Banyak orang belari bertempiaran.Roh panggilan melindungi tuan mereka.

Izz terkejut bila keadaan menjadi sebegitu.Dia baru teringat tentang abangnya yang masih berada di bawah.Dia segera mengambil pisaunya dan segera keluar dari rumahnya.

"Dimana champion korang."Jerit salah seorang penyusup.
'Hah? champion? Apa maksud mereka.'.Tanya Izz

"Achilles!"Laung Nao.Achilles segera muncul di sebelah Nao untuk membantunya."Heh itu saja puak gunnala boleh buat kekeke."

Izz pada waktu itu melihat dari tempat yang selamat dari pandangan musuh.Dia tidak dapat melakukan apa-apa daripada melindungi dirinya dari serangan musuh.

"Ahhhh"Gerang Nao.

Dia terkena serangan daripada ketua penyusup tersebut."Inilah baru kuasa sebenar puak gunnaladas.".Ketua dari puak gunnaladas itu memanggil roh panggillannya. "Dark Knight!"Seru Ketua mereka.

Manusia yang menunggang kuda dan juga aura kegelapan keluar darinya.'Haaaaaah!? Dia ada roh pemanggil macam tu?.'

"Sekarang masa untuk kau mati"Kata ketua Gunnaladas.Izz baru teringat bahawa abangnya dalam keadaan bahaya.Dia mengeluarkan pisaunya untuk menolong abangnya.

Dia terus memecut laju sambil menghunuskan pisaunya ke arah ketua tersebut.Akan tetapi roh yang dipanggil olehnya menyerang Izz terlebih dahulu.

"Urghhh"gerang Izz.
"Kekekeke spiritless ada hati nak serang aku.Aku krizbalf akan membunuh korang berdua.

Pada saat itu fikiran Izz menjadi kosong.Dia sudahpun terima bahawa dia akan mati.Dia tidak mempunyai apa-apa penyesalan.

(Bam)

Terdengar bunyi tembak yang jauh mengenai tubuh Krizbalf.Izz membuka matanya dan melihat ke arah bunyi tembakan itu.Orang itu ialah rosmonwolf.

"Squad 1 tembak"

(Bam Bam Bam)

Tembakan yang bertalu-talu itu mengenai krizbalf."Argkkh".Roh panggilnya membantu akan tetapi peluru-peluru tersebut menembusi rohnya.

Akhirnya,dia rebah.Selepas ditembak berkali-kali,ia telahpun dibunuh.Izz selamat akan tetapi dia dalam keadaan parah.Mereka berdua dibawa oleh Rosmonwolf ke kerajaan Laostana untuk mendapatkan rawatan rapi.

Selepas beberapa minggu Izz berada di hospital,dia akhirnya sedar dari tidur.Badannya yang lemah membuatnya terpaksa berada di wad itu selama beberapa minggu.

Pada waktu itu,Rosmonwolf berada sisi Izz.Dia bertanya kepada Izz tentang khabarnya.Dan dia juga berterus terang kepada Izz bahawa dialah satu-satunya orang puak gunnala.Yang terakhir.

Izz menundukkan kepalanya,dia tidak percaya bahawa dialah salah seorang puak gunnala yang terakhir.Dia juga menagis teresak-esak kerana abangnya turut terkorban dalam penyerangan itu.

Dia akhirnya menerima kenyataan dan meneruskan kehidupannya.Selepas keluar dari hospital,dia tinggal bersama-sama Ivan dan menjadi salah seorang dari kumpulan peninjau.

IDENTITI : DUNIA BARUWo Geschichten leben. Entdecke jetzt