Bab 2

43.9K 1.9K 150
                                    

🌹

SEKETIKA, segaris senyuman mekar terukir pada garis bibirnya. Melihat indahnya nama yang terukir di atas batu yang unggul berdiri memacak menghadapnya. Pertama kali ketika dia melihat batu itu, hatinya luruh. Namun sekarang, dia cuba untuk menerima takdir yang Allah beri. Meskipun belum sepenuhnya ikhlas.

Siapa yang tahu apa ertinya kehilangan, pasti akan merasakan pedihnya kepahitan itu. Sukar untuk dikikis rasa yang kuat mencengkam bila kehilangan menjadi punca kekecewaan.

Karl Azriel mengusap batu nisan itu. Menatap sayu nama Laura Zaharah yang tertulis kemas di situ. Cukup cantik. Sedangkan sehingga detik itu, senyuman manis seorang Zaharah, rambut panjangnya dan suara lunaknya. Semuanya masih tersemat di ingatan.

Tak pernah pula bayangan seorang Zaharah dilupakan olehnya. Gadis yang sentiasa menjadi ratu dan pujaan dalam hatinya. Sampai detik di mana Tuhan mengmbil Zaharah untuk selama-lamanya.

"Maafkan abang. Abang kahwin dengan perempuan lain. Abang tak tunaikan janji abang pada Zaharah."

Redup nada Azriel. Berbaur sesal.

Dia melepaskan keluhan yang panjang. Mengenangkan dirinya yang kini menjadi suami kepada seorang wanita yang bukan keinginannya. Kalau bukan pujukan dan rayuan sang ibu, perkahwinan yang bukan atas dasar cinta itu sudah pasti tidak akan terjadi.

Demi menjaga durja keluarga, pastinya.

"Tapi Zaharah tak pernah lekang dalam ingatan abang. Sampai abang mati. Cinta Zaharah tak akan pernah luntur," luahnya dengan bisikan halus yang hampir tidak terdengar.

Hampir empat tahun lamanya. Kehilangan Zaharah umpama hilangnya dunia. Terasa kosong setiap kali matanya terkatup pada subuh yang mencium hari.

"Azriel," satu laungan mencemperakan suasa sepinya pada petang itu. Lantas dia berpaling melihat si pemilik suara. Terus dia mendengus kesal.

"Kejap," singkat jawapannya. Sedikit terganggu dengan suara itu. Rasa benci terhadap Humaira sudah menjadi raja kepada jiwa dan raganya.

Teringat akan kali pertama dia melihat Humaira. Ada senyuman yang terukir pada bibir wanita itu. Berfikir bahawa hatinya akan luluh dan menerima semuanya. Sedangkan pada hakikatnya, Humaira bukan Zaharah.

Sifat dan pandangan Humaira tidak sama sepertimana Zaharah. Datanglah beribu wanita yang tipikalnya seperti Humaira, tidak akan sama dengan seorang Zaharah.

"Abang balik dulu. Ada masa nanti, abang akan selalu datang jenguk Zaharah. Assalamualaikum." Terus dia mengatur langkah meninggalkan tapak pemakaman itu. Pintu kereta dibuka, lalu terus memboloskan diri masuk.

"Lama betul awak borak dengan arwah, kan?" Humaira memandang wajah dingin Azriel disebelahnya. Ada sedikit sinar pada wajah Azriel. Mungkin, seronok bila dapat jumpa dengan arwah Zaharah.

Dia faham perasaan Azriel. Bukan Azriel seorang saja yang kehilangan wanita baik seperti Zaharah. Ramai yang dihambat walang mengenangkan kepergian wanita itu. Termasuk dirinya.

Tidak pernah terlintas pada benaknya untuk menyimpan rasa cemburu bila melihat Azriel terlalu merindukan Zaharah. Itu pada awalnya. Namun, dia sendiri tidak pasti. Sama ada kekuatan yang dia genggam akan kekal ada atau akan habis ditelan waktu.

"Aku nak hantar kau awal-awal pergi rumah kita kau tak nak. Nak juga kau ikut. Menyusahkan betul!" celoteh Azriel.

Mereka sedang dalam perjalanan hendak ke rumah baru. Lebih tepatnya, mereka kini tinggal sebumbung. Bagaimana agaknya bila serumah dengan Azriel? Mungkin, jadi tunggul berjalan. Paling tidak, tempat Azriel melepaskan amarahnya.

𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin