Bab 27

29.4K 1.5K 146
                                    

🌹

"HUMAIRA?" Ketika pintu kedai dikatup, suara garau menerpanya secara tiba-tiba. Buatkan dia terus menoleh memandang si pemilik suara. Entah kebetulan apa yang mempertemukan mereka hari itu.

"Arzhel?" Humaira menyunggingkan senyuman. Tatkala melihat Arzhel yang segak berpakaian santai. Maksudnya, lelaki itu sedang tidak berkerja. Atau mungkin sedang dalam perjalanan ke hospital.

Teringat akan kata-kata Arzhel tentang Khadeeja. Mungkin, hari itu adalah hari di mana Arzhel akan merawat Khadeeja di hospital. Wanita yang Arzhel jaga tidak kira siang dan malam.

Humaira menoleh sekilas ke kiri dan kanan. Memastikan Arzhel tidak bersama-sama dengan suaminya. Bersedia untuk lari kalau-kalau Azriel turut berada di situ.

Humaira menghela nafas lega bila tiada bayangan yang dia cari-cari. Tiada kelibat suaminya. Hanya Arzhel seorang.

"Awak dari mana?" soal Arzhel. Memerhatikan Humaira yang terpinga-pinga. Seperti tercari akan sesuatu.

"Saya baru habis belanja. Saja beli kelengkapan baby awal," jawabnya.

Hari itu, sudah genap sepuluh kedai dia masuk. Semata-mata mencari keperluan bersalin. Sengaja beli awal. Memudahkan dia masa hari bersalin nanti. Kalau beli lambat, boleh jadi dia kepayahan bergerak ke mana-mana. Sedangkan pada ketika itu, seluruh tubuh dirasakan lenguh. Bukan main-main penangan mengandung.

"Sendiri? Are you crazy?" Dia dengar suara Arzhel sedikit berang. Berkerut kening langking Arzhel Qadr. Jelas tidak berpuas hati.

Bukannya dia tidak tahu tipikal Arzhel. Lelaki kedua yang over protective setelah Karl Azriel. Pasti panjang lebar jejaka itu mencuci telinganya nanti. Tapi rasanya lelaki itu lebih dashyat. Bebelan Arzhel boleh menyaingi pasukan ibu-ibu satu Malaysia. Seram!

"Ya... Sendiri. Kenapa?"

"Suami awak mana?" ajunya lagi. Giliran Arzhel yang melilau ke kiri dan kanan. Mencari kelibat Azriel.

"Dia... Kerja. Mungkin," balasnya. Kurang yakin. Di mana Azriel berada sekarang, dia pun tak tahu. Sedari pagi dia tinggalkan rumah. Sehinggalah petang.

Tetap saja fikirannya sudah berlayar sejauh mungkin. Telahannya mengatakan bahawa Azriel sedang pergi ke rumah wanita yang dia lihat tempoh hari.

"Kami hari ni tak bekerja, sweety. Azriel pergi mana?" Kata-kata Arzhel buatkan Humaira faham. Kalau tak pergi rumah perempuan lain, ke mana lagi? Sah!

Tiba-tiba sahaja hatinya disayat baran. Resah datang berpintal. Kalau betul Azriel pergi jumpa perempuan lain, maknanya Azriel memang tak sayangkan dia.

Lagi. Hatinya terasa sakit membayangkan wajah Azriel. Lebih tepatnya, dia tersakiti oleh mainan imaginasinya sendiri. Walhal, Azriel belum menjelaskan apa-apa.

"Manalah saya tahu. Dia kawan awak, takkan awak tak tahu? Ke awak bersubahat dengan dia juga?" Suara tuduhan. Bermacam-macam persepsi yang terlakar pada memori. Sampaikan Arzhel pun terlibat sekali. Semuanya negatif!

"Allahuakbar. Muka imam maghrib masjid Al-Rahman ni, ada nampak macam penipu ke?" Arzhel menuding muka sendiri. Sebelah tangan naik mengurut dada. Selawat banyak-banyak. Sebelum lebih banyak tuduhan yang dia dapat.

𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚Where stories live. Discover now