Bab 8

37.7K 2K 505
                                    

🌹

MALAM melabuhkan tirainya. Bintang-bintang mula bergantungan di atas bentangan langit, berselindung di balik awan tebal yang memukau. Pepohon yang dipuput angin malam turut sama melayah. Melambai-lambai menjemput irama bayu.

Dari satu sudut, terdengar beberapa suara yang memecahkan kesunyian pada ketika itu. Malam masih muda. Belum waktunya untuk terlelap.

Di kaki lima Tok Wan, semuanya kembali berkumpul berbincang tentang sesuatu. Laura Humaira yang tidak tahu-menahu, hanya berdiam diri. Terkadang dia menoleh ke kanan untuk melihat Tok Wan, kemudian menoleh ke kiri untuk melihat mak ngah. Semuanya sibuk berbahas.

"Sarah tak biasalah nak tidur dekat bilik tengah tu Tok Wan. Katil dia kecil sangat. Lagipun, sebelum kak Zaharah ni ada, Sarah yang tidur dekat bilik tu selalu," protes Sarah di tengah-tengah perbincangan mereka.

"Eloklah tu. Kalau aku jadi Tok Wan engkau, aku bagi kau tidur atas bumbung terus!" Mak ngah yang sudah lali dengan tingkah Sarah, mencelah. Bukan dia tidak tahu perangai istimewa anak perempuannya itu. Suka cari masalah.

"Apa mak ni? Orang cakap aje. Sakit badan Sarah kena tidur tempat sempit, tahu? Kesianlah dekat Sarah. Betul tak abang Azriel?" Sarah mengulum senyum manja ke arah Azriel.

"Tak apalah, kalau Sarah nak tidur dekat bilik tu. Nanti kita orang pindah ke bilik tengah."

Azriel bersuara. Tidak mahu memanjangkan masalah. Nanti, ada pula adegan monyet marah.

"Betul ni? Kak Zaharah okey tak? Yelah, kesian Sarah. Nanti jatuh peranakan kalau tidur tempat-tempat tak selesa. Sarah kan nak jadi ibu suatu hari nanti?" sinis Sarah. Sengaja dia melepaskan peluru perli ke hati Humaira.

"Tak apalah, akak okey je. Baru pula akak tahu yang katil pun boleh buat kita jatuh peranakan. Tidur sambil lompat-lompat ke?" Mendengar itu, pecah tawa semua orang yang menyaksikan. Buatkan wajah Sarah terus merah menahan malu.

"Lagipun, inilah kesempatan Aeril kalau nak peluk bini tu erat-erat!" sakat Tok Wan. Buatkan Azriel tersenyum kemenangan.

Di saat Humaira melirik memandang Azriel disebelahnya, jejaka itu mengenyitkan sebelah matanya. Seolah-olah bersetuju dengan pendapat Tok Wan. Entah kena sampuk dengan jin jenis apa sampaikan Azriel berubah seratus lapan puluh darjah. Seram. Oh, lebih seram daripada bunian!

"Zaharah nak tidur dengan Tok Wan, boleh?" Pinta Humaira. Sengaja dia bersilengah dengan tingkah Azriel sebentar tadi. Cucuk mata tu kang!

"Tak boleh." bidas Azriel. Laju dia menidakkan permintaan Humaira. Bersama ekor mata yang tajam menjeling.

"Ish, Zaharah ni. Kalau kamu tidur dengan Tok Wan, mak ngah tidur mana? Si budak Sarah ni mana nak berkongsi," protes Mak ngah. Buatkan Humaira tersenyum paksa. Masaklah dia.

"Jangan risau, aku tak terkam suka-suka. Aku baik," bisik Azriel, benar-benar halus pada telinga Humaira. Buatkan gadis itu terus menundukkan wajahnya.

Dapat dia rasakan, darah tersimbur naik ke wajahnya. Seluruh kulit mukanya merah menahan malu. Untung saja Tok Wan dan mak ngah tidak mendengar itu.

"Ehem. Sarah masuk bilik dululah. Kak Zaharah dengan abang Azriel ambillah barang-barang kau orang. Sarah nak tidur." Menyedari akan aksi Azriel sebentar tadi, terus Sarah membuat muka jelik. Tidak suka bila melihat kemesraan mereka berdua.

Malam itu, semua keluarga terdekat yang ada di kampung, akan tidur di rumah Tok Wan. Katanya, nak buat kenduri kecil-kecilan. Kenduri kesyukuran.

"Ha, eloklah tu. Azriel, bawa Zaharah masuk. Tidur awal. Esok, kena bangun pagi-pagi," ujar Tok Wan. Mengundang anggukan daripada Azriel.

𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚Where stories live. Discover now