Bab 19

36K 1.9K 237
                                    

🌹

HUMAIRA tersenyum manis. Senyuman yang berbungkuskan segenggam pilu. Ada kepahitan dan keperitan yang sedang dia pikul. Baik itu itu di hati, ataupun fikiran. Semuanya datang berpintal-pintal menindas dirinya.

Hari itu, dia kembali bersua menatap wajah kuyu Tok Wan. Khabar tentang kejadian yang menimpa Azriel sudah sampai di kampung itu. Buatkan mereka tiada pilihan. Melainkan pulang ke tempat itu lagi. Dah tentu ahli keluarga Azriel risau. Mahu tidak mahu, perjalanan yang mengambil masa beberapa jam itu ditempuh.

Tempat yang pernah memahat kenangan duka dalam dirinya kembali dia jejaki. Entah berapa kali pada hari itu dia cuba memujuk dirinya untuk melupakan apa yang pernah terjadi di situ. Dia hanya perlu memikirkan keadaan Azriel. Lebih cepat Azriel sembuh, lebih cepat dia dipertemukan dengan Azriel yang dahulu.

Apa yang dia maksudkan adalah, dia rindu pada secuit kenangan yang ada di antara mereka. Dia mahukan peribadi Azriel yang sempat membuat dia bahagia. Kalau dia mengalah, sampai bila-bila dia akan terpuruk dengan walang.

Dia kulum sekepal tekad. Dia mahu Azriel segera sembuh!

"Tok Wan..." Tubuh yang dimamah tua itu didakap cukup erat. Bersedia untuk mendengar sebaris nama yang akan meniti pada bibir Tok Wan.

Tidak mengapa. Untuk kali ini dia mengalah dan sedakar memekakkan telinganya. Meskipun hatinya tidak dapat menipu seluruh perasaan sakit yang dia junjung.

"Zaharah..." Tok Wan tersenyum. Dan saat itu, Azriel tersentak dalam kehairanan. Raut tenangnya sedikit goyah. Langsung tidak memahami apa yang sedang terjadi.

"Aeril ingat Tok Wan?" Kuyu pandangan tokwan menatap wajah tampan Azriel. Azriel hanya mengangguk. Membalas dakapan erat Tok Wan dengan wajah yang berkerut.

"Tak apa. Aeril mesti penat, kan? Kita masuk dulu. Aeril masih ingat semua orang dekat kampung ni?" aju Tok Wan. Seraya mengiringi mereka masuk.

"Aeril ingat. Tapi tak semua," giliran Humaira yang menjawab. Dia melabuhkan duduk di atas kerusi kayu Tok Wan.

"Kak Zaharah." Satu suara lain mencelah. Buatkan Humaira terus menoleh.

Sarah.

Humaira terkaku. Tiada senyuman yang mampu untuk dia ukir tatkala kelibat wanita itu menjamah ruang matanya. Masih bengkak hatinya setiap kali ingatannya terimbas pada kejadian itu. Dia bukan malaikat yang boleh menahan segala keburukan.

Meskipun begitu, Sarah juga sama sepertinya. Sering kali ada rasa dendam dan benci terhadap Sarah, dia pujuk hati. Sarah manusia biasa yang tidak luput daripada melakukan silap. Yang mampu dia lakukan hanyalah memaafkan secara perlahan.

"Kak," kata Sarah.

Gadis itu berdiri pegun. Bersama wajah pucatnya. Seolah-olah ada sesuatu yang dipendam. Tubuhnya kelihatan kurus. Jauh berbeza seperti sebelum ini. Ada apa dengan gadis itu? Itu yang pertama kali muncul di benak Humaira. Keadaan Sarah sedikit sebanyak menyayat hatinya.

"Sarah?" Humaira bangun. Kemudian mendekati Sarah yang tiba-tiba menangis.

Hinggakan tangisan itu membuat Humaira turut sama dibedal pilu. Melihat keadaan gadis itu, seperti tidak jauh dengan dirinya. Seperti sudah lama menyimpan duka. Akhirnya baru terlepas pada detik itu. Sarah menangis semahu-mahunya.

"Kenapa ni?" Tubuh kurus Sarah yang sepertinya kelelahan itu dipeluk. Penuh kasih. Seperti memeluk adik kandungnya sendiri.

"Sarah nak minta maaf. Sarah biadab. Sarah kurang ajar. Sarah banyak dosa dekat akak," tangis Sarah. Memuntahkan penyesalannya dalam satu alunan nada. Pilu lirihan sendu itu.

𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚Where stories live. Discover now