Bab 28

30.5K 1.5K 155
                                    

🌹

"YA ALLAH, jangan engkau ambil sesuatu yang begitu bermakna untukku. Selamatkan isteriku. Selamatkan rumah tangga kami. Lindungi dia, Ya Allah. Sesungguhnya dia separuh daripada kekuatan yang hamba ada." Beberapa kali di saat dia termenung jauh, bayangan Humaira bermain pada memori.

Wanita yang selalu memenuhi ruang hatinya. Tak pernah lekang walau sedetik pun. Wanita yang tercipta untuknya. Hanya mereka berdua.

Namun kerap kali pada hari itu, dia menyumpah seranah dirinya sendiri. Terasa zalim. Jahil. Dan kejam. Ketika Humaira menyeringai kesakitan, dia tidak sempat menghantar wanita itu tepat waktu di hospital.

Humaira kesakitan. Buatkan dia membenci dirinya sendiri. Mata Humaira selalu bergenang dengan mutiara putih yang panas. Semua kerana lelaki sepertinya.

Suami tak guna. Itu yang selalu dia bisikkan pada hatinya.

"Aku rindu suara isteriku, Ya Allah. Aku rindu semua tentang Humaira ku. Bidadari yang bakal menjadi ibu kepada anak-anak ku." Azriel tertunduk sayu. Malu berhadapan dengan Tuhan tatkala mengenang kembali bagaimana perbuatannya terhadap Humaira.

Andai dia berpaling dan tidak membiarkan Humaira mengejarnya, sudah pentan mimpi buruk ini tidak akan terjadi. Humaira pasti tidak akan terlantar di hospital. Wanita itu pasti tidak akan kesakitan.

"Berikan kekuatan kepadanya. Jangan engkau biarkan hatinya terluka lagi. Sesungguhnya hanya doa yang boleh aku titipkan kepada-Mu. Tiupkan ketenangan dalam jiwa isteriku, Ya Allah. " Tanpa sedar, air mata Azriel jatuh.

Kehilangan Humaira, sebuah titik kekalahan dan ketakutan yang maha dalam untuknya. Bagaimana hari-harinya jika tiada wanita itu di sisi? Bahkan semesta sekalipun, tidak ada jawapan untuk persoalannya itu.

Humaira, bidadari yang Tuhan titipkan untuknya. Hadiah terbesar yang semesta bawa kepadanya. Dan kehilangan Humaira, jauh lebih sakit daripada kehilangan yang pernah dia alami.

"Ringankan bebannya, seandainya rasa sakit yang dia alami terlalu berat. Semoga doa-doa yang hamba titipkan dapat meniupkan rasa tabah dalam dirinya." Jika rasa itu boleh berpindah kepadanya, biarlah tubuhnya yang merasakan itu.

Azriel terdiam sejurus selepas semuanya selesai. Hanya tatapan kosong menjadi mainan bicaranya ketika itu. Hatinya cukup remuk. Fikirannya menggumpal. Hiba berbungkus dan berpintal.

"Encik Azriel?" Satu suara yang melaung memanggilnya mencemperakan khayalan. Lantas dia berpaling sebelum pandangannya bersabung dengan tatapan seorang doktor lelaki.

"Isteri Encik dah sedarkan diri. Kami baru sahaja buat pemeriksaan VE. Isteri encik dah bukaan dua. Ada kebarangkalian besar, isteri encik akan melahirkan bayi pramatang. Jangkitan kuman terlalu tinggi. Itu yang merisikokan bayi dalam kandungan dia," ujar doktor lelaki yang berketurunan India itu.

Detik itu juga, Azriel tergamam di tempat dia bersandar. Terasa dirinya ditembak mati. Persoalannya, kuatkah isterinya? Bagaimana dengan Humaira?

Sungguh hatinya terhiris. Begitu banyak dugaan seorang Humaira. Kenapa semesta terlalu kejam menggerudi atma yang tidak bersalah itu? Kenapa semuanya datang menerpa Humaira?

Bukannya dia menyalahi takdir Allah. Tetapi... Kenapa?

"Isteri saya tak kuat. Saya tahu yang... Dia tak kuat." Merudum nada Azriel.

Humaira, wanita yang murninya manja. Dan bagaimana wanita itu boleh melalui ini semua? Tak putus-putus dia berdoa, semoga ada segumpal kekuatan untuk Humaira, isterinya.

"Kami tahu, Encik. Dan kami difahamkan yang denyutan nadi bayi Puan Humaira lemah. Keadaan ni berpotensi menghalang dia untuk bersalin normal." Lagi dan lagi kenyataan yang Azriel dengar itu bagaikan merenggut segala rasa.

𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚Where stories live. Discover now