Bab 29

30.6K 1.4K 287
                                    

🌹

SUDAH berjam-jam lamanya dia menanggung seksanya penantian. Tidak putus-putus pula mulutnya menukilkan kalimah suci. Memohon doa, kemudian terhenyak dalam gusar lagi. Sehingga seluruh maya tidak lagi mahu dia pandang.

Tidak lekang bayangan ngeri menghantuinya. Membayangkan bagaimana Humaira harus menangis kerana kesakitan. Membayangkan bagaimana kulit Humaira harus dihiris kemudian dijahit. Entah di mana lagi dia boleh mencari sekepal ketegaran.

Ketika dia mendengar bunyi engsel yang saling berlaga, laju dia mengangkat muka. Memandang kearah seorang doktor wanita. Bersama hati yang semakin meronta-ronta.

Bagaimana keadaan isterinya? Selamatkah buah hatinya itu?

Karl Azriel melepaskan nafas beratnya. Di kala tangan doktor wanita itu sudah menimang bayi yang kemas berbalut, dia kalah. Merah matanya menahan tangis.

Dia kini menjadi seorang ayah. Itulah hal yang tidak pernah terlintas dalam gambaran mindanya. Dia lelaki yang lahir daripada rahim seorang wanita, yang dulunya selalu tertanya-tanya akan masa depannya sendiri, kini memikul satu tanggungjawab yang besar.

Dengan segumpal kekuatan yang dia cari sendiri, kakinya melangkah. Dia bingkas. Merapati figura itu.

"Isteri saya mana, doktor?" Tajam pandangannya. Memikul seribu harapan. Berharap apa yang akan dia dengar adalah sesuatu yang baik.

"Bayi Puan Humaira kena dipindahkan ke incubator. Boleh encik ikut saya? Encik boleh azankan bayi ni dekat wad nanti." Hanya itu yang menjadi jawapannya. Sudah pentan Azriel serempu. Dia mahukan kepastian.

Dia mahu... Setidaknya tahu bagaimana keadaan isterinya di kala itu.

"Saya tanya, isteri saya mana?" Azriel mengulangi soalannya. Kali ini, wajahnya bertukar dingin. Suaranya melenting.

"Silakan encik ikut saya dulu." Tanpa banyak bicara lagi, doktor wanita itu berlalu pergi. Diikuti dengan Azriel yang masih sarat dengan emosi. Sehinggalah mereka tiba di satu ruangan.

Tangannya menggigil hebat. Ketika bayi yang terlalu kecil itu berada di tangannya, bibirnya bergetar. Hadiah terhebat yang Allah beri kepadanya setelah Humaira. Lama dia menatap.

Bersama mata yang sudah berpintal dengan air mata. Jemarinya mengusap pipi bayi lelaki itu. Suara tangisannya seolah-olah nyanyian kecil pada telinga Azriel. Syahdu bergema.

"Assalamualaikum, kesayangan papa," bisiknya.

Dia seorang ayah. Dan Humairanya, adalah seorang ibu.

Seraya itu, dia mula melantunkan azan. Bersama air mata yang tak henti-henti mengalir. Nyaris-nyaris suaranya tidak kedengaran.

"Arzen Bilal Khair. Bakal pahlawan dan pelindung untuk umi Maira." Azriel mengulum senyum. Itulah nama yang sempat Humaira berikan. Dan sekarang, nama itu meniti pada bibirnya.

Kucupan hinggap pada kulit mulus itu. Sebelum akhirnya bayi tersebut bertukar tangan. Hanya dengan pandangan kuyu, dia menghantar kepergian Arzen bersama seorang jururawat di situ.

"Isteri saya?" Dia berpaling, memandang doktor wanita yang berdiri di muka pintu.

Wanita itu tertunduk pilu. Ada keraguan pada raut itu. Azriel tergamam. Wajahnya diraup, sebelum berkali-kali mengapuk rambut sendiri. Seolah-olah dapat mengerti apa yang sedang terjadi.

Terdengar nafas yang panjang di hela.

"Selepas jahitan dibuat, kami tak dapat kesan denyutan jantung. Kami minta maaf, kami gagal." Kata-kata yang cukup membedal lubuk hati Azriel.

𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚Where stories live. Discover now