Bab 7

7.2K 433 22
                                    

🌹

"HUMAIRA," laung satu suara dari arah belakang. Buatkan kepalanya gesit menoleh. Memerhatikan kelibat yang tiba-tiba sahaja datang menjerkah. Buat apa jejaka itu mengekorinya? Sejak bila pula ada dia dekat situ?

Humaira tertanya-tanya. Jelas terkejut tatkala melihat kelibat Azriel yang baru sahaja terjengul. Di tepi bentangan sawah yang luas itu, langkah kakinya terhenti. Menunggu Azriel yang sedang berlari-lari anak ke arahnya. Sehinggalah jejaka itu berada betul-betul disebelahnya.

Usah ditanya kenapa dia berada di tempat itu. Berjalan keseorangan sambil menghirup udara segar. Tadi, sempat juga dia bertekak dengan Sarah. Tak adalah sampai bertikam lidah ataupun bertarik rambut. Cuma perdebatan biasa. Sama ketika malam pertama dia bermalam di rumah Tok Wan.

Terkadang dia sendiri hairan dengan tipikal Sarah yang suka mencari salah silap orang. Kalau boleh, bernafas pun jadi satu kesalahan yang berat padanya. Itu baru sehari. Entah bagaimana agaknya kalau dah masuk dua tiga hari.

Humaira memandang wajah beku Azriel. Matahari pun naik give up rasanya nak cairkan senyuman di muka yang dingin itu. Seketika, dia lihat Azriel mengibas wajah sendiri. Sedikit tercungap-cungap.

"Kau nak pergi mana jalan sorang-sorang?" tanya Azriel. Melihat sekeliling sawah padi yang menghijau. Puputan angin berhasil menaikkan ketenangan dalam diri. Siapa saja yang tidak menyukai suasana kampung?

"Saja, jalan-jalan petang. Nak pergi kedai beli tepung dengan gula," ujarnya.

Baru pijak tempat orang, dia sudah tahu serba sedikit selok-belok kampung itu. Lagipun kampung itu tidaklah besar mana. Kalau sesat masih boleh cari jalan pulang. Tak berbahaya sangat. Mungkinlah.

"Seorang? Kenapa tak minta Sarah temankan?" Azriel mengiringi langkah Humaira. Pandangannya jatuh ke sisi. Memerhatikan isterinya yang bertudung bawal bersama baju kurung bercorak bunga-bunga kecil. Macam anak dara yang belum berkahwin pun ada. Haha.

"Kalau nak kami bergaduh mulut, boleh juga."

Malas-malas dia menjawab. Tak dapat dia membayangkan bagaimana rasanya berjalan dengan Sarah di pinggir sawah itu. Bagus-bagus suasana karar, ribut diundangnya. Ada pula padi yang tertuai dengan tidak sengaja kalau mereka bergaduh. Oh, mintalah dijauhkan!

"Biasalah tu. Tak payahlah kau dengar sangat apa dia cakap. Dia budak lagi," balas Azriel. Kedengaran begitu bersungguh-sungguh membela penuh adik Sarah kesayangannya itu.

"Budak apanya? Beza umur kami setahun dua je," cebik Humaira. Azriel hanya diam. Masih setia mengekori Humaira.

"Awak buat apa dekat sini?" Dia melirik sekilas. Azriel mengenakan T berwarna hitam bersama seluar panjang. Berkasut sukan. Rasanya dah tahu kenapa Azriel di situ.

"Joging. Petang-petang macam ni rugi tak exercise. Udara kampung segar," kata Azriel. Untuk orang yang tidak meminati apa-apa yang berbaur dengan senaman sepertinya, pasti akan menentang. Udara kampung memang segar. Tapi untuk joging, lambat lagi rasanya. Penat!

"Okey... Awak sambunglah joging. Belum berpeluh sangat tu," jawab Humaira. Niat sebenar mahu menatap suaminya sampai malam. Nampak dari samping, tersangatlah kacak. Hot! Tapi bila sedar akan dirinya yang tidak terlalu disukai, dia batalkan niatnya.

"Kau nak pergi kedai, kau tahu ke mana jalannya?" giliran Azriel yang bertanya. Itulah sebabnya dia berjalan sama dengan Humaira. Takut sesat. Bukan orang lain yang disalahkan kalau Humaira hilang. Dah tentu dirinya.

"Mestilah tahu. Saya dari rumah Mak Cik Liza. Dia yang tunjukkan jalan. Rumah dia yang cantik warna pink tu," katanya, sambil menoleh ke belakang.

𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚Where stories live. Discover now