Bab 6

37.9K 2K 356
                                    

🌹

"APA maksud kau cakap dekat Sarah macam tu tadi?"

Muncul sahaja di muka pintu, terus jejaka itu menyemburkan pertanyaannya. Karl Azriel berdiri tegak bersama tangan yang diseluk masuk ke dalam kocek seluar. Dia bersandar pada dinding kayu. Bersama mata yang ralit memerhatikan Humaira.

"Saja. Kalau arwah Zaharah ada sekalipun, bila dia dengar Sarah cakap macam tu tadi, dia tetap akan jawab benda yang sama." Humaira menarik selimut tipis yang diberi oleh Tok Wan ke paras pinggang. Seraya merapikan tudungnya yang kemas tersarung di kepala.

Tanpa memandang wajah Azriel pun dia tahu. Jejaka itu sedari tadi memandangnya. Entah apalah agaknya pergaduhan yang akan tercetus lagi. Ada sahaja tingkahnya yang salah bila berhadapan dengan jejaka itu.

"Awak pula, apa tujuan awak?" sambung Humaira. Digenggam segala keberanian yang ada dalam dirinya. Nak pukul? Nak marah? Ah, belakang cerita!

"Maksud kau?" Azriel berganjak mengambil bantal yang berada di sebelah Humaira. Kemudian, dia merebahkan badannya di atas lantai.

Masih menunggu penjelasan daripada Humaira.

"Saya bukan Zaharah, Azriel. Saya tak akan pernah wujud sebagai Zaharah. Jangan sampai semua orang dekat kampung ni tahu yang awak menipu. Naya jadinya," bidas Humaira, berbaur nasihat. Alasan apa yang mahu diberikan kepada orang ramai bila semuanya terungkap nanti?

Sudah pasti Azriel yang akan terima natijahnya.

"Kau diam boleh tak?" Macam biasa, lelaki datang bulan memang macam tu. Mahu tidak mahu, Humaira terus berdiam diri. Janji nasihat itu sudah sampai. Mahu didengar ataupun tidak, terpulang pada Azriel.

Malam itu, mereka tidur sebilik. Persis seperti hari pertama perkahwinan mereka. Cuma kali ini, Azriel yang tidur di lantai.

Humaira menarik selimut, berselubung didalamnya. Mata dipejam rapat. Sebelum akhirnya dia memaksakan diri untuk lelap.

....

PAGI nirmala. Telinganya menangkap suara camar yang bernyanyi-nyanyi riang mengusir gelap yang akhirnya jatuh. Bayu pagi berpuput damai, melayahkan dedaunan pohon ke kiri dan kanan. Menyambut matahari yang cerlang.

Pagi-pagi lagi, Humaira dan Tok Wan sudah terpacak di dapur. Usai solat subuh berjemaah, Azriel kembali tertidur. Sarah dan yang lain? Entah ke mana kelibat mereka. Mungkin, sudah pulang ke rumah masing-masing.

"Kalau Zaharah nak tahu, Azriel banyak cerita dekat Tok Wan tentang Zahara." Tok Wan yang sedari tadi berbicara, kini beralih topik tentang Zaharah.

Lagi dan lagi. Nama itu meniti pada bibir Tok Wan. Buatkan Humaira terpaksa menelan pilu sendirian.

"Azriel ceritakan apa?" Humaira tersenyum kelat. Melihat Tok Wan yang bersungguh-sungguh ingin bercerita, terpaksa dia menadah telinga mendengarnya.

"Dia suka masakan Zaharah. Dia kata, dalam banyak-banyak masakan, hanya masakan mama dia, Tok Wan dan masakan Zaharah yang dia suka." Sudah pentan Humaira berkecil hati mendengar itu.

Selama ini, entah dijamah ataupun tidak masakan yang dia buat. Setiap hari, pasti ada saja makanan yang dia buang dek kerana basi. Azriel tak pernah makan masakan dia.

Walhal, sudah jenuh dia bertanyakan masakan apa yang Azriel suka kepada Puan Mariam. Bila dia hidangkan kepada Azriel, hanya cacian yang dia dapat. Hinggakan dia sudah lali mendengar cemuhan Azriel. Terlatih kalis maki.

𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu