Bab 4

14 2 1
                                    



(Anonymous)

​Ronney menyerang si budak rambut merah, Kayra secara melulu tanpa fikirkan rancangan jahat yang budak itu rancangkan. Ketika sudah dekat dengannya, ekornya yang berupa kabut dan bukanlah fizikal seperti serigala lain muncul secara mengejut dari dalam tanah. Ronney gagal mengelak kerana tak menjangkakan itu. Perutnya tertusuk ekor kabut Kayra. Dia melolong panjang.

​Kayra tersenyum jahat. Dia menggerakkan ekornya ke kiri dan kanan sebelum mencampakkan Ronney ke mana-mana. Sengaja dia buat begitu kerana hatinya betul-betul sakit bila Beta kawanan Ilios mencaci ibunya yang merupakan Alpha terdahulu Ilios. Sekarang, kawanan itu sudah punya Alpha baru, Ian. Yang merupakan sepupu Kayra sendiri. Dan dia tak sukakan lelaki itu.

​Walaupun mereka punya hubungan darah tapi lelaki itu melayannya seperti Rogue. Malah dia tak dibenarkan untuk menjejakkan kaki di kawasan sendiri pun. Sama seperti sekarang. Sebab itulah Ronney dan para Sentinel ada di sini – untuk membunuhnya.

​"Ada sape-sape lagi tak?" Ekor-ekornya yang berwarna merah meliuk lentok dengan gedik sambil dia tersenyum senget. Para Sentinel berpandangan sesama sendiri. Entah apa yang di-mind-linkkan, dia tak tahu sebab Alpha sudah pun putuskan segala hubungan dia dengan kawanan itu sepuluh tahun lalu. "OK, takde sape dah. Good." Dia berjalan ke arah Ronney yang baru saja dicampakkan dengan gaya yang megah. Beta itu melayang tak jauh dari mereka.

​Memanglah keadaan sudah mulai gelap tapi atas bantuan cahaya bulan dan beberapa batang pokok yang turut tumbang kerana Ronney, mudah saja dia menjumpainya. Orang kanan Ian itu sudah pun kembali ke bentuk manusianya. Seorang lelaki yang berbadan sasa dan punya banyak tatu pada badannya terutamanya di belakangnya.

​"Takdelah kuat sangat sekarang, kan?"

​Ronney terbaring di atas pokok yang tumbang. Ada yang menindih kakinya. Perutnya mengalami pendarahan teruk. Dia mengerang kesakitan sambil memegang perutnya.

​Kayra menguis kaki lelaki itu. "Woi, tadi berlagak sangat. Dah kena sikit, takkan dah takut."

​"K-Kau tak guna, Rogue. Ha...ha..." Dia bernafas dengan sukar. "A-Alpha p-pasti akan...." Dia mengerang bila Kayra memijak perutnya yang sudah tembus. Dia memegang kaki Kayra bagi mengelakkan dia memijaknya lebih kuat.

​"Alpha pasti akan apa? Bunuh aku? Tch, macamlah aku peduli sangat. You know what, Ron..." Kayra tunduk dan berbisik, "...aku pasti akan ambil semula kedudukan aku suatu hari nanti. Dan pada masa tu, no one can stop me."

​Ronney gelak dalam kepayahannya menahan sakit. "K-Kau?" Darah tersembur dan sedikit mengenai kaki Kayra.

​Bengang dengan itu, dia mengetap gigi dan menendang muka Ronney. Terbatuk lelaki itu dibuatnya.

​"Darah anak haram macam kau tak layak nak sentuh kulit aku." Dia alihkan kaki dan lap darah Ronney. Dia pandang lelaki itu dengan jijik. "Kalau tak pun, aku mungkin terpaksa hapuskan kawanan Ilios. Buat selamanya. Termasuklah..." Kayra menjeling pada lelaki itu.

​Riak wajah Ronney berubah. "J-Jangan cakap..."

​"Termasuklah pasangan kau. Dia tengah mengandung sekarang ni, kan?" Kayra buat muka terkejut.

​"Kau boleh je bunuh aku tapi jangan sentuh dia!" Ronney cuba bangun tapi gagal. Kakinya masih ditindih salah satu pokok yang tumbang tadi. Juga ditindih kaki kecil Kayra.

​Kayra tersenyum gila. "Aku takde cakap pun nak bunuh dia, Ron."

​"Then what?"

​"Aku akan bunuh anak kau. Aku akan buat kau rasa kehilangan. Aku akan buat kau—"

​Dua ekor Kayra sempat memeluk sebatang pokok besar yang terbang ke arahnya. Dia sedikit terundur kerana pokok itu. Dia angkat muka dan mencari siapa yang bertanggungjawab mencampakkan pokok besar itu padanya.

LUNAWhere stories live. Discover now