Bab 12

7 2 0
                                    


​Kayra  gelak terbahak-bahak macam orang gila sambil pegang perut dia. Dia gelak sampai keluar air mata. Mukanya merah padam. Lelaki tu pula masih kekalkan muka dingin sambil menggeleng. Tak sangka agaknya perangai Destructive Healer macam ni – macam orang gila dan nakal yang tak bertempat.

​"Kau ingat lawak ke buat macam tu, setan?" Peduli apa aku mencarut depan orang yang tak kenal pun. Bukannya aku akan jumpa dia lagi pun selepas ni.

​"Sebab lawaklah aku gelak."

Kayra sudah berhenti ketawa tapi itulah, tawanya masih bersisa. Aku boleh dengar dia buat bunyi babi tadi. Dia nak gelak lagi tu tapi sebab sedar yang kami bukanlah berada di tempat yang boleh dibuat gurau lebih-lebih, dia kawal perangai nakalnya tu.

"Kau patut tengok muka kau tadi. Priceless!" Aku rasa dia nak gelak yang lebih besar lagi tapi dia kawal dan yang keluar hanya bunyi hehehe yang halus je. "Pergh, kalaulah aku rekod dan tunjuk kat Edry."

​"Tak lawak tau."

​"Tahu tapi muka kau masa kau jerit nama aku tu, yang sebenarnya kelakar." Kayra mengetap bibir, masih menahan diri dari ketawa. "Dah, jom. Cepat bawak kitorang jumpa betina sihir tu." Mukanya berubah serius.

Wah, dia ni memang psycho habis. Hairan aku macam mana dia boleh berubah macam tu sekelip mata. Kalau tadinya nampak macam dia takkan boleh berhenti ketawakan aku tapi sekarang, semua tu dah hilang.

Aku lambai depan mukanya. Dia pegang tangan aku dan... "Balik nanti, aku sambung gelakkan kau. Buat masa sekarang..." Dia pandang aku. "...aku simpan dulu semua imej lucu kau tadi tu."

Aku angguk dengan teragak-agak. "O...K."

-------

​Lelaki tu membawa kami ke tingkat dua rumah agam ni. Kayra hanya mengikutnya dengan diam. Ada kalanya aku terlihat mereka berdua seakan berpegangan tangan. Tapi bila aku kelipkan mata, jarak mereka memang tak mungkin untuk semua itu berlaku. Mereka berdua berada agak jauh antara satu sama lain. Tak sedekat aku dan si Kayra ni.

​Ada kalanya juga aku seperti terlihat ada sesuatu macam...percikan api? Tak, ia macam sesuatu yang bersinar. Aku tak tahu apa dia sebab benda tu hanya berlaku sekali je. Terlalu sukar untuk jelaskan benda yang berlaku sekelip mata je tahu tak.

​"Dia ada kat dalam." Lelaki tu berhenti di depan sebuah pintu bilik yang besar. Ada dua kepala serigala pada setiap belah pintu. Walaupun ia sekadar hiasan tapi masih menakutkan. Mata hiasan tu merah bersinar bila terkena pantulan cahaya.

​"Aku boleh tolong kau." Kayra pegang tangan lelaki tu sebelum dia beredar. Dia tak pandang pun lelaki tu.

​"Dah terlambat." Lelaki tu mengeluh.

​"Masih belum terlambat sampailah semuanya sudah betul-betul terlambat. Sebelum semua tu berlaku, aku..."

​Lelaki tu sentuh tangan Kayra dan sekali lagi, sesuatu yang mirip percikan api terjadi. Aku tak tahulah mereka berdua nampak ke tak tapi percikan tu memang lama. Ia berlaku sehinggalah lelaki tu leraikan pegangan Kayra. Dia menoleh dan tersenyum nipis.

​"Aku tahu niat kau baik tapi aku tak nak kecewakan kau. Percayalah cakap aku. Dia dah—urgh!" Lelaki tu tertunduk dan memegang bahunya. Sebab dia tak pakai baju dan hanya berseluar pendek, aku dapat lihat sesuatu yang macam...wow. Bahu dia tiba-tiba je berdarah tanpa sebarang sebab. Ada kesan luka yang sederhana yang entah bila masa ada di situ.

​"Hey, kau..."

​"Aku tak apa-apa. Dia sedang bagi aku amaran je ni."

​"Amaran? Sape? Kejap...jangan kata pompuan sihir tu?"

​"Sebab aku sendiri yang pilih jalan ni, aku tak boleh cakap lebih-lebih. Atau dia akan cederakan kau."

​"Aku rela mati demi kau. Cuma cakap jelah apa yang dia dah buat kat kau."

​Lelaki tu menggeleng. "Tak boleh. Aku tak boleh cakap apa-apa sebab ia sebahagian daripada perjanjian. Cuma dia je yang boleh bagitahu kau apa yang dia rasa kau perlu tahu."

​"Tapi..."

​Kedua pintu terbuka sendiri sebelum sempat Kayra memujuk lelaki tu. Di dalam bilik yang suram dan hampir tiada cahaya langsung, berdirinya seseorang yang berjubah dan berhood. Orang itu membelakangi kami. Dari postur badannya, aku agak dia sedang membongkok ataupun dia memang punya bonggol kat belakang macam unta.

​Kayra mengetap gigi dan baru je dia melangkah masuk, orang itu... "Lebih baik kau berdiri sepuluh langkah jauh dari aku, Kayra. Itupun kalau kau tak nak pasangan kau mati sebelum dia sempat claim kau."

​Suara dia tu. Sepupu Kayra merangkap orang yang culik aku. Terus aku berdiri dekat dengan Kayra. Lelaki tu mengerling tapi aku buat-buat tak nampak.

​Kayra tersenyum senget. "Like always, kau memang tak guna."

​"Thanks sebab ingatkan aku kenapa aku bencikan kau."

​"Also thanks to you sebab buat aku punya alasan kukuh untuk bunuh kau."

​Perempuan tu tergelak di sebalik hood jubahnya. Dia masih membelakangi kami. "Most welcome, cousin."

​Kayra tertawa sinis. "Cousin? Pergi mampuslah."

​Kali ni, giliran perempuan tu pula tertawa sinis. "Sepatutnya aku yang cakap macam tu kat kau tapi tulah. Aku tak tahulah macam mana Ryan buat kerja. Kau dah sepatutnya mati malam tadi tapi jujurlah, aku tak tahu macam mana kau boleh hidup sampai sekarang. Alpha Dagger yang menjadi ketakutan para serigala jadian ni..." Perempuan tu ambil sesuatu dari atas meja di depannya dan tunjukkan pada kami semua. "...patutnya dah boleh bunuh kau semalam. Aku mula-mula tu memang agak pelik, macam mana kau masih boleh hidup selepas tikaman belati Alpha ni? Nak-nak pulak, yang tikam kau juga seorang Alpha. Aku siasat dan siasat sehinggalah...guess what?"

​"Aku benci teka-teki."

​"Of courselah kau benci semuanya. Termasuklah aku. Aku rasa aku yang paling top dalam carta orang yang kau benci. Sebab kau dah susah payah datang sini dengan..." dia berpaling pada kami dan tunjukkan pada aku. "...kawan baik kau dunia akhirat kat atas belakang kau..."

​Aku terkejut bila tengok mukanya. Jadi, sebab itulah dia tutup mukanya semasa culik aku. Dia...kulitnya berkedut seribu. Bukan tu je, ada kesan seperti kesan terbakar—maksud aku, melecur pada sebelah wajahnya. Mata hitamnya besar. Besar yang pelik. Macam nak terkeluar biji matanya. Hidungnya mancung – juga pelik. Mancung yang macam ahli sihir tipikal yang selalu aku tengok dalam movie.
​Pendek kata, dia hodoh.

​"...aku rasa aku akan terus bagitahu kau apa yang aku nak. Yang kau perlu buat hanyalah fikir dan bagi keputusan sebelum gerhana."

​Gerhana?

​"Apa yang kau nak?"

​"Aku tahu apa yang kau paling nak. Dia, kan?" Perempuan sihir tunjuk pada lelaki serigala yang berdiri di sebelah Kayra.

​"Dan yang kau nak ialah?"

​"Kita berdua tahu apa yang aku nak."

​"Aku tak tahu."

​Perempuan sihir ketawa mengekek. "Kau lahir sebagai Healer – itu apa yang aku tak boleh ambil walaupun aku sanggup mati demi menjadinya."

​"Kau nak jadi Healer?"

​"Aku dah cakap, aku tak boleh jadi walaupun aku nak. Healer memang tak boleh cedera dan umur panjang tapi mereka masih lagi boleh mati."

​"Terus terang jelah. Aku takde masa nak layan kau lama-lama kat rumah hantu ni."

​"OK, semangat serigala kau."

​"Hah?"

​"Aku nak semangat ekor sembilan kau tu. Itu je satu-satunya benda yang aku nak lepas aku sedar yang kau mati hidup balik pun semuanya sebab orb-orb tu."

​"Aku tak boleh."

​"Semangat serigala ataupun pasangan? Pilih salah satu."

LUNAWhere stories live. Discover now