Bab 22

6 2 0
                                    


Kael cuba hubungi Zara berkali-kali tapi yang menjawab hanya voicemail. Dia jadi gelisah. Fikirannya tak menentu memikirkan nasib teman wanitanya. Dia berharap sangat yang budak tu sempat keluar sebelum kejadian tu berlaku. Atau paling kurang, kalau terperangkap sekalipun, harapnya dia dapatlah jalan untuk curi-curi keluar. Zara ni, dulunya budak nakal di sekolah. Di rumah pun sama. Habis katil ibu saudaranya dia dibasahi dengan sos. Puncanya? Kael sendiri pun tak tahu. Ibu saudara Zara tidak pernah bagitahu.

​Bukan setakat itu saja kenakalan dia. Dia pernah memanjat pokok belimbing yang tingginya adalah dalam tiga, empat meter yang ditanam di sebelah rumahnya. Dalam banyak kali dia panjat tu, tak ada pula terdengar kisah dia jatuh pokok. Kalau cerita dia trauma nak memanjat sebab ternampak katak pisang betul-betul depan matanya itu, adalah. Nasib baik jelah katak tu tak melompat dan mendarat atas mukanya.

​"Sia-sia je kau call dia."

​"Aku tahu tapi at least aku cuba."

​"Tak payahlah nak cuba. Memang sia-sia. Dengar je cakap aku, Kael."

​"Tapi dia ada dalam sana!"

​"Sebab tulah kita akan pecah masuk dan selamatkan dia."

​Kael diam bila Ash tinggikan suara. Semua anggota khas Kingsman yang tadinya kalut bersedia untuk pecah masuk dan serang hendap, melihat mereka berdua.

​"Kau kena tahu, kita sedang berdepan dengan member Wild-Dog. Dorang dah gunakan EMP. Anything yang boleh connect kita dengan orang yang terselamat kat dalam tu, semuanya tak boleh digunakan. Even a walkie-talkie."

​"Tapi Ash, dia sendiri..."

​"Don't worry, bro. She's not alone kat dalam tu."

​"Ada orang lain ke? Maksud kau those Wild-Dog members?"

​Ash geleng. "No tapi member terbaik Kingsman."

​"Who? Aku tengok semua ada kat luar ni."

​"Perhatikan betul-betul. Ada yang takde tu."

​Kael buat seperti yang disuruh. Ketika itulah, dia perasan seseorang yang dia tak suka, tak ada dalam kumpulan tu. Selalunya, di mana saja ada Kingsman, di situlah dia ada. Tapi hari ni, tak.

​"Macam mana kau pasti yang dia masih hidup dan bersama Zara sedangkan EMP dah lumpuhkan semua peralatan kita?"

​"Gerak hati~" Lalu Ash pun redha menerima tumbukan Kael yang mendarat pada mukanya yang boleh-tahan-hensem.

-------

​Mereka berdua berjalan seiringan. Kayra sudah hilang entah ke mana selepas membawa pergi mayat dua penjahat tadi. Mereka berpisah selepas Kayra dengan tekadnya berjanji akan bawa mereka berdua keluar dari situ. Memang tak nampak mustahil sebab Zara tahu yang Kayra boleh buat lebih dari tu tapi masalahnya, mereka tak pasti berapa ramai lagi penjahat yang ada di luar sana. Kalau sudah dua Kayra tewaskan, entah berapa lagi yang ada di luar sana. Entah-entah mereka juga sudah dapat update tentang kematian dua kawan mereka tu dan sedang bersedia untuk meluaskan pencarian di seluruh bangunan. Kayra tak apalah, dia boleh hilangkan diri. Tapi mereka berdua? Tak. Mereka terpaksa berlawan. Peluru yang ada pun belum tentu cukup untuk hapuskan semua penjahat yang ada.

​"Macam mana boleh kenal hantu tu?" Saja Rayyan bertanya. Sekadar ingin berbual kosong, mengisi kesunyian dan paling penting, dia ingin mengenali Zara dengan lebih mendalam.

​"First of all, she's not a ghost. Second, she's still alive tapi bukan dalam dunia kita. Last, dia ada nama – Kayra. Dan tolong panggil dia dengan nama tu."

​"Sorry."

​"Don't apologise."

​"Why? Dah memang salah aku, kan?"

LUNAWhere stories live. Discover now