Bab 28

7 1 0
                                    


​Momo keluar lama sangat. Aku rasa dia balik ke rumah dia sekejap. Dia lebih selesa gunakan barang sendiri berbanding barang orang lain. Pernah aku paksa dia gunakan laptop aku, mati-mati dia tolak, tak nak guna. Alasannya, tak boleh enjoy sangat buat kerja pakai benda orang lain. Aku faham. Sangat, sangat faham. Aku sendiri pun macam tu. Nak buka Google untuk search benda-benda yang agak sulit, macam benda-benda mengarut guna laptop, komputer atau henfon orang lain, memang tak boleh. Macam mana kalau aku terlupa nak delete history dan mereka dapat tahu yang aku ni jenis yang macam mana? Kalau kawan yang satu kepala, memang tak apa. Tak delete pun tak apa sebab mereka faham dan mereka pun sama. Tapi macam mana kalau jenis yang kau tahu, tak faham? Skeptikal? Sinikal? Sudah tentu mereka akan pandang serong pada kau.

​Aku tunggu Momo sambil mengerling ke jam dinding. Sudah lima belas minit sejak dia keluar. Masih belum balik ke sini. Aku mula risau. Macam mana kalau dia diculik lelaki yang aku nampak dalam mimpi tu? Argh...

​"Rayyan?" Aku perlu keluar dari sini sekejap. Ada sesuatu yang aku perlu bagitahu parent aku sebelum apa-apa yang buruk jadi kat aku.

​"Yup?" Rayyan jengahkan kepalanya. Ada buku di tangannya. Memang ulat buku.

​"Aku nak keluar kejap."

​"Nak gi mana?"

​"..."

​"Nak gi pujuk Kael kau tu ke?" Sinis suara Rayyan.

​"Parent aku. Aku kena bagitahu dorang something."
​Rayyan tutup bukunya dan berjalan ke mari. "Kalau kau tak rasa aku macam busybody, boleh aku tahu apa dia?"

​"Memandangkan kita akan mati tak lama lagi, sure."

​"And what is it?"

​"I'm going to cancel our engagement."

​"What?" Buku tebal yang dia pegang terlepas dan mendarat betul-betul atas kakinya. Ouch. Dia pun apa lagi, laju je tunduk dan gosok kakinya yang sudah mula biru.

​"Not ours."

​"Tahulah."

​"Dah tu?"

​"Terkejut je. Tapi seriuslah yang kau nak cancel? I mean, bukan ke korang dua love each other separuh mati?"

​"Tu masa aku budak-budak. Naif. But now, I'm not the same girl anymore."

​"Meaning?"

​"Bukan aku yang decide pertunangan tu. It's my parent. Dorang sangka yang hanya sebab kitorang berdua dah lama sangat kenal, so kitorang dah kenal hati budi masing-masing and bla-bla-bla. But no. That is not what we both want. Kael lelaki dewasa. Dia dikelilingi ramai perempuan cantik. Hati lelaki. No one knows except that guy himself. Memanglah dia couple dengan aku but he kissed Margaret..."

​"It's Morgana."

​"OK, whatever her name, I don't care."

​"But her real name, Aurora."

​"Like what I said earlier, I don't care."

​"Fine. Do whatever you want. It's your life, so you decide it. Just make sure that you won't regret it later."

​"Regret?"

​"Just remember one thing, Zara."

​"What is it?"

​"Macam yang kau cakap tadi, hati lelaki tak boleh diduga. Kau kena ingat, once kau lepaskan Kael, kalau betul dia cintakan Aurora, kau tak boleh patah balik dah. Dia akan lepaskan kau sama macam kau lepaskan dia. Dalam kata lain, dia takkan balik pada kau dah. Pasti yang kau dah fikir masak-masak pasal ni?"

LUNAWhere stories live. Discover now