Bab 10

10 2 1
                                    



Aku terbangun bila terdengar bunyi pintu bilik terbuka. Dengan mata yang separuh terbuka dan pandangan yang masih kabur, aku ternampak seseorang memasuki bilik aku. Aku genyeh mata dan oh...Amir rupanya.

​"Kenapa Mir?"

​Amir tak jawab pertanyaan aku. Sebaliknya hanya terus berjalan ke arah baldi yang ada pakaian kotor aku. Dia tunduk dan mula mencari sesuatu.

​"Cari apa, Mir?" Juga tak berjawab. "Mir? Jangan buat aku takutlah."

​Aku bangun dan dia juga turut bangun. Di tangannya, ada pakaian aku. Pakaian yang aku pakai ketika kena culik tu.

​"Kau nak buat apa dengan baju aku, Mir?" Masih juga tidak berjawab.

Aku dah mula pelik. Amir ada tabiat berjalan dalam tidur? Takkanlah. Selama ni aku tak pernah pun terserempak dengan dia. Maksud aku, aku jenis yang suka tidur lewat. Cuma hari ni je aku tidur awal. Semuanya sebab kejadian penculikan tu.

"Amir, kau ni dah ken..." Aku terkejut bukan kepalang lagi. Tiba-tiba aku terasa macam seluruh dunia aku berpusing dan perlahan-lahan menjadi gelap. Aku jadi pening kepala. Amir...tak mungkin kau...

​"Tapi macam mana?"

​Sekarang ni, Amir berdiri menghadap aku. Mukanya kosong tanpa sebarang reaksi. Matanya putihnya tak kelihatan – hitam semata-mata. Semuanya hitam. Dia bebelkan sesuatu yang aku sendiri entahlah...tak faham. Dengar macam bahasa Latin ke Jerman ke apa entah.

​Dia senyum lebar dan menakutkan. "Ayna sayang..." Suara perempuan keluar dari mulut Amir. Ah, aku kenal suara ni. "Dengar cakap aku ni."

​"Kau nak apa lagi?!"

​"Dengar baik-baik apa yang aku nak cakap ni dan bagitahu pada kawan baik kau tu. Huh, mengagumkan yang dia masih tak mati-mati lepas kena tikam dengan belati Alpha tu. Aku mengaku yang aku memang dengki gila dengan ability dia sebagai Healer tu."

​"Apa yang kau cakap ni?" Kayra mati?

​"Jangan banyak tanya dan dengar je atau aku akan bunuh adik kesayangan kau kat sini jugak."

​Aku angguk sambil menangis.

​"Good. Sekarang...kau bagitahu dia macam ni..."

​Dia bagitahu aku semuanya – bermula daripada hari aku diculik, betapa cemburunya dia bila semua orang dalam family mereka lebih melebihkan Kayra, memuja, memuji betapa cantiknya dia, bla-bla-bla sehinggalah...

​"...aku akan bunuh pasangan dia kalau dia tak bagi apa yang aku nak."

​"A-Apa yang kau nak?"

​"Kau bagitahu je apa yang aku bagitahu. Apa yang aku nak tu, dia tahulah."

​"Kalau tak?"

​"Kalau tak..." Amir angkat sebelah tangan lalu ada asap membentuk sebilah pisau. Pisau tu nampak ganas dan bahaya. Walaupun aku cuma manusia biasa tapi aku dapat lihat ada aura yang tak menyenangkan keluar dari pisau tu. "...pisau ni mampu membunuh mana-mana Alpha dengan mudah. Termasuklah pasangan dia tu."

​"Pasangan dia? Maksud kau Amir?"

​Dia tertawa. "Aku pun sangka macam tu jugak mula-mula tapi rupanya tak. Adik kau bukannya pasangan dia tapi..." Dia mengerling pada aku. "...tak perlulah kau nak tahu sape pasangan dia tu. Cukuplah kau sampaikan setakat ni je. Next time, kalau aku nak bagitahu apa-apa, aku akan datang balik."

​"Tapi kau nak buat apa dengan baju aku?"

​"Oh, baju ni? Saja je."

​Aku tengok dia dengan pelik.

LUNAWhere stories live. Discover now