Bab 24

8 2 0
                                    


​Bau yang kurang sedap menerjah lubang hidungnya dengan kasar. Dia cuba angkat tangannya untuk menutup hidung tapi tangannya terasa berat, tak boleh diangkat. Seperti ada sesuatu yang menindah. Dia cuba gerakkan badannya tapi tak boleh. Dia cuba pula buka matanya. Juga tak boleh. Dahinya berkerut. Apa yang dah jadi padanya? Sudahlah dia benci bau yang dia terpaksa hidu dan sekarang, badannya langsung tak boleh digerakkan? Nak tak nak, terpaksalah dia menahan nafas. Itupun tak lama sebab dia bukanlah perenang atau penyanyi yang hebat dalam menahan nafas lama ni.

​"Saya tahu yang awak nak bergerak tapi tolong sabar. Dalam beberapa minit lagi, awak boleh bergerak macam biasa."

​"Teruk sangat ke?"

​"Excuse me?"

​"Kalau tak teruk, apahal hantar aku ke hospital?" Ya, dia tahu yang dia sedang terlantar di hospital. Dan mendengarkan bunyi bising dengan suara lelaki dan perempuan yang berteriak, bagi arahan itu ini dan banyak lagi istilah perubatan yang dia sendiri pun tak tahu, dia boleh agak yang dia ada di ER. Kalau dia ditahan di wad, sudah tentu senyap sunyi je. Ini tak, macam-macam bunyi ada. Dia agak kalau selepas dia dapat buka mata, memang banyaklah bayangan akan menjelma depan mata dia dan tengok dia macam nak telan dia hidup-hidup.

​Suara asing tu gelak kecil. "Awak pengsan."

​"Pengsan je pun. Bukannya mati." Sinikal tapi itulah cara dia pertahankan diri. Dia jenis yang tak open pada stranger. Rayyan belakang ceritalah.

​"Mulut kau takde insurans. So better kalau cakap tu berlapis sikit." Dia sudah datang. Tuan punya suara yang leave bad impression at first met.

​"Mana Kael?" Dia malas mahu gaduh. Matanya masih belum terbuka, jadi Rayyan boleh buat apa saja yang dia nak. ER tak ER, kalau lelaki rasa kejantanan tercabar, benda bodoh pun dia boleh buat kat tempat awam.

​"Penting ke dia tu kat kau sekarang ni?" Rayyan dengarnya macam tak puas hati.

​Eh suka hatilah penting ke tak. Yang pentingnya, Zara rasa selamat bila Kael ada dekatnya. Bukannya macam Rayyan. Masa terperangkap tadi pun dia rasa macam Rayyan akan belot dia dan bersekongkol dengan para penjahat sekalian alam tu je kalau ditawarkan duit yang banyak. Silap haribulan, mahunya dia culik Zara dan jualnya ke Mexico, tak dapatlah dia jumpa teman lelaki kesayangannya tu lagi.

​"Penting ke tak, yang penting dia lagi penting dari kau." Zara akhirnya dapat buka mata dan bila dia bangun... "What the..." Dia pejam semula.

​Rayyan pelik. "Kau apahal? Macam nampak hantu je."

​"Mana Kael?!" Dia mula mahu menangis. Dia sudah agak akan ternampak juga 'mereka' di sini. Di tempat yang penuh dengan orang yang sedang menanggung kesakitan dan hanya tunggu masa untuk nyawa dicabut malaikat maut, memang 'mereka' akan menyelit juga di situ. Tak kira betapa ramai pun orang atau betapa sesaknya tempat tu, dia macam mana sekalipun tetap akan nampak 'mereka'. Dan biasanya kalau 'mereka' bertentang mata dengan dia, Zara akan nampak lebih banyak kematian walaupun orang yang akan mati itu tiada di situ.

​"Kau—"

​"Zara!"

​Mendengarkan namanya dipanggil Kael, dia buka mata tanpa pedulikan apa yang dia nampak tadi.

​"Kael."

Kael peluk Zara dengan erat tanpa pedulikan mata-mata yang memandang. Terutamanya mata Rayyan yang sedang pandang mereka berdua dengan cemburu. Opss.

"Kau okay."

"Yeah, setakat ni aku masih hidup, tak mati lagi dan masih boleh tengok bayangan-bayangan hodoh tu."

Kael tersenyum. Zara jenis yang suka bergurau bodoh macam tu untuk tunjukkan yang dia tak apa-apa. Dia akui dia berasa sangat lega yang Zara boleh bercakap macam biasa, tak trauma macam sesetengah hostage (kalaulah dia tahu yang Zara sentuh mayat dengan tangan kosong dan pegang UZI) dan paling penting, dia berharap yang Zara takkan mengigau malam nanti. Dia memang kelihatan okay saja sekarang tapi malam nanti, tiada sesiapa tahu apa yang akan berlaku.

LUNAWhere stories live. Discover now