Bab 8

12 1 1
                                    


KAYRA

​Aku menggeliat sebelum tanggalkan baju lalu campakkannya ke mana entah. Peduli apa aku. Ini bilik aku. My room, my rule. Jadi, aku capai kain tuala dan dengan malasnya menuju ke bilik air. Kalau bukan sebab Ian, si Alpha bodoh tu bunuh aku, aku takkan perlu cuci rambut malam ni. Tapi nak tak nak, sebab anak buah dia yang bengap tu masukkan debu mayat aku dalam tong minyak tanah, habis rambut aku berbau busuk. Bukan tu je. Sisa debu dan minyak tu pun masih ada atas kepala aku ni. Baunya tak payah cakap. Memang...urgh, buat aku sakit hati.

​Aku ambil mandian lavender dan tuangkan separuh ke dalam tab mandi yang hampir penuh. Sambil-sambil itu aku sempat kerling ke pintu bilik air dan oh, belakang leher aku rasa lenguh tiba-tiba. Tapi apa-apa pun, aku pejamkan mata dan pasang telinga. Sambil itu, aku dapat beberapa snippets untuk future. Aih, tak suka betul aku bila benda ni jadi too extreme. Pejam mata sekejap pun sudah boleh nampak benda bukan-bukan.

​Aku buka mata dan telingaku menangkap bunyi tapak kaki yang ringan. Kau tahu, bila kau curi-curi masuk bilik seseorang, kau terpaksa berjalan berjengket-jengket sebab takut kalau-kalau owner bilik tu yang tengah tidur, tiba-tiba terjaga? Yea, macam tulah situasi aku sekarang ni. Aku dapat dengar pun semuanya thanks to pendengaran serigala aku.

​"Marsha?"

Adik angkat aku. Dia tinggal sebelah rumah aku je. Dia suka curi-curi masuk bilik aku melalui dahan satu pokok besar ni. Konon tak syok ah kalau masuk ikut pintu depan. Masuk ikut tingkap barulah mencabar. Yeah, dia jenis yang tak reti takut dan tak tahu istilah putus asa. Dia pernah patah kaki dan tangan sewaktu mula-mula mencuba dulu. Aku ingatkan dia akan give up lepas tu tapi aku salah. Makin kerap pula dia ke bilik aku melalui dahan tu.
So, mungkin Marsha? Hm...tak mungkin. Aku baru teringat yang dia ikut family dia ke Lion City untuk hadiri wedding ibu saudara dia.

Jadi, macam mana dengan adik-adik lelaki aku dan 'suspek-suspek' lain? Let see...Fitz sepatutnya ada di kolej. Ikki pula tidur di rumah kawan dia malam ini dan esok – konon nak buat study group – kepala hotak dia. Ezzy pulak...aku rasa aku nampak dia sudah terbongkang atas katil umi abah tadi dan aku rasa dia tak ada tabiat berjalan dalam tidur. Umi atau abah? Mustahil. Buat apa mereka nak masuk bilik aku pagi-pagi buta macam ni? Diam-diam pula tu? Mereka boleh je ketuk. Jennie? Lisa? Jessie? Aku baru je jumpa mereka tadi. Takkan cepat sangat dah rindu?

Tapi sekejap. Takkanlah dia tu...ah, tak guna.
Cepat-cepat aku keluar dari tab mandi, capai tuala dan balut diri dengannya. Jangan cakap dia—
Aku tendang pintu bilik air dan... "Hoya! Kau jangan...uh?" Peliknya. Tak ada sesiapa pun.
Untuk pastikan, aku buka lampu bilik dan memang betul tiada orang. Tak mungkin. Aku tak pernah salah. Salah pun salah tapi aku masih tak berani nak melangkah lebih jauh. Jadi, aku tengok sekeliling dengan ekor mata je – sebab aku jenis yang penakut juga, yes, aku mengaku. Tiada apa-apa yang mencurigakan. Aku pun tak nampak juga macam yang selalu watak utama dalam movie horror nampak – bayangan hitam yang selalu watak tu nampak melalui ekor mata dan bila dia toleh, bayangan tu sudah tak ada.

Tapi aku masih rasa tak sedap hati. Entah kenapa bilik aku malam ini terasa luas semacam. Selalunya tak macam ni. Aduh, aku benci perasaan ni. Aku mengaku yang ada kalanya aku gila dan bengong tapi aku tetap seorang perempuan. Perasaan takut pada sesuatu yang tak dapat dilihat tu masih ada.
​Dan yang paling bengong sudah tentu bila aku terlap badan yang masih bersabun dengan satu-satunya tuala yang ada dalam almari.
​"Haih...bengong abadi." Lalu kuatur langkah ke bilik air semula dengan bengang.

-------

​Giliran alarm henfon pula untuk memekak selepas Ezzy buat bising di pagi hari dengan gunakan mesin canai abah di luar rumah. Aku tak tahulah apa yang budak tu dendam sangat dengan aku. Setiap pagi dan setiap kali dia ponteng sekolah, kerja dia tak lain tak bukan...baiki dan adjust basikal buruknya.
​Aku pernah je tawarkan dia untuk belikannya basikal yang baru tapi dia tak nak. Direjectnya terus depan abah umi dengan alasan, "Tak nak basikal baru. Sayang nak adjust situ sini." Tapi bila umi tawarkan beg sekolah baru, cepat je dia angguk. Tak nak beli, merajuk pula. Tak faham aku budak-budak zaman millenium ni.

​Alarm berbunyi sekali lagi. Lupa nak matikan tadi. Aku seluk tangan bawah bantal—eh? Aku meraba-raba dan hanya henfon je yang ada. Pelik ni. Aku angkat kedua-dua bantal dan dapat rasakan muka aku pucat. Habislah.
​Dah hilang. Matilah aku.

-------

​Selesai bersiap untuk pergi kerja, pantas aku buka pintu dan hampir je terlanggar seseorang. Aku dongak (sebab aku pendek) dan Ikki berdiri di depan pintu dengan tak berbaju. Hanya berseluar pendek paras paha – boxer.

​"Apa?"

​"Pinjam powerbank."

​"Takde power."

​"Charger?"

​"Aku tengah charge powerbank."

​Dia buat muka skeptik.

​"Jangan tengok aku macam tu."

Kujentik dahinya tapi dia membalasnya dengan jentikan yang lebih kuat. Rasa macam tulang dahiku pecah je. Tahulah dia lagi besar dari aku, kot ye pun tak perlulah nak main kasar macam tu. Aku gosok dahi. Sakit tau. Rasa macam nak pitam je.

"Kau dah pandai ye sekarang ni?"

"Aku memang dah pandai. Saje tak nak tunjuk."

Jarang okay dapat pujian dari budak ni.
Dia tarik nafas dalam-dalam dan hembuskannya sambil tersenyum senget. "Alpha. Scent dia kuat gila. Aku tak tahu macam mana umi tak boleh bau..." Ikki dekatkan mukanya dan mula menghidu satu badan aku. "...ataupun kau yang pandai sorok trace dia."

"Terus terang jelah. Aku dah lewat nak gi kerja ni." Nak main teka-teki pula. Kan tak pasal-pasal ada yang ikut jejak langkah Don.

"Kau tak bau ke scent tu? Kuat kot."

"Scent apa?"

"Kejap aku cari punca scent tu." Dia berjalan keliling bilik sambil menghidu macam anjing pengesan (tapi tak adalah obvious sangat) dan akhirnya berhenti di sebelah katilku. Diambilnya bantal pelukku dan dibawa padaku. "Try kau bau."

"Kau gila? Bau busuk ah."

"Tahu pulak bantal kau bau busuk. Dah tu yang kau tak reti nak basuh, apahal?"

"Suka hati akulah." Sibuk je.

"Cubalah bau, nah." Ditolaknya bantal pada muka aku. Walaupun sekejap je tapi...

"Nothing."

Sebenarnya memang ada satu scent. Unik. Macam bau lemon tapi lebih lembut. Urgh, entahlah. Aku tak pandai sangat nak describe bau-bauan ni tapi yang aku boleh katakan, aku suka bau ni – macam scent yang ada pada kain pelikat abah yang aku ambil untuk jadikan selimut. Selesa. Buat aku rasa selamat. Scent abah dan scent ini memang berbeza tapi tetap datangkan perasaan yang sama pada aku.

"Kau tak pandai menipu."

"Diamlah."

"Jadi, lelaki mana yang kau bawak masuk semalam?"

"What?" Lelaki apa pula ni.

"Aduh kau ni. Apahal slow sangat?"

"Terung..."

"Terung?"

"Maksud aku, terus terang jelah. Aku..." aku tengok jam henfon. Sudah hampir pukul 2. Lewat pulalah aku hari ni. Nak pergi dengan kereta, memang stuck dalam traffic jammedlah jawabnya.

"Scent tu milik lelaki, bukan perempuan."

"Aku tahu."

"Dah tu?"

"Dah tu apa?"

"Kau memang bawak balik lelaki ke semalam?"

"Mana ada!"

"Then explain this scent."

"Macam mana aku nak explain kalau aku sendiri pun tak tahu?"

"Kau ni biar betul? Ada scent Alpha dalam bilik kau sendiri tapi kau tak tahu?"

"Aku letih sangat semalam. Aku ingatkan bau tu bau mandian yang aku guna semalam."

"Adeh kau ni. Parah betul. Dah ah, malas layan kau. Nah, ambik ni. Aku pinjam powerbank tau."

Ikki keluar setelah dapat apa yang dia nak. Dia tinggalkan aku di depan bilik dengan bantal peluk dalam pelukanku. Setelah pasti dia masuk biliknya dan tiada orang di koridor, aku dekatkan bantal peluk ke muka dan hidu scent unik tu.

Ah~ Mate.

LUNAWo Geschichten leben. Entdecke jetzt