Bab 7

14 2 0
                                    


FIQA

​Bulan mengambang penuh. Salakan anjing, lolongan serigala saling berselingan, bagaikan irama lagu untuk memanggil sang penjaga. Awan berarak perlahan menutupi bulan. Kabus tebal yang tadinya hanya ada di kawasan bukit, seperti punya kaki kecil, bergerak dengan sangat perlahan menghampiri rumahku. Ketika itulah, satu cahaya ungu muncul secara tiba-tiba di luar rumah.

​Aku pantas menjenguk ke bawah dari beranda bilik. Sebuah portal terbuka. Seorang perempuan berjalan keluar darinya. Dia melihat sekeliling sebelum mendongak ke sini dan melambai. Aku membalas lambaiannya. Aku memberi isyarat tangan yang aku akan pergi padanya tapi dia membantah. Lalu buat isyarat dia yang akan datang padaku. Sekelip mata portal yang digunakan tadi hilang.

​Aku dapat rasakan ada cahaya di belakangku. Aku berpaling. Ada sebuah portal lain – berbeza daripada miliknya. Seorang lelaki muka bengis keluar dari situ. Ada parut cakaran pada mukanya. Dia melihatku dengan muka yang nakal. Dia menjilat-jilat bibirnya lalu diambil senjata yang tersisip pada belakangnya.

​"Kaulah budak tu, kan?" Dia mara dengan hati-hati.

Aku pantas menggeleng lalu mengerling kiri dan kananku. Ah, tak ada satu pun barang yang boleh dijadikan senjata. Kalaulah aku dengar cakap dia untuk sekurang-kurangnya letakkan sebilah pisau di bawah bantal...

​"Aih, janganlah tipu. Tak baik tau."

​"Tolong jangan bunuh aku." Penjaga, tolonglah aku.

​"Mmm...aku takkan bunuh kau. Kau akan jadi sangat berguna untuk kami—ah, kacau betullah."
​Bunyi mirip kuda berbunyi bila dia mendengus.

​"Langkah mayat aku dulu."

​Aku rasa macam mahu menangis bila dengar suara tu. Aku berpaling.

​Sebuah portal terbuka betul-betul di belakang aku. Terapung di udara. Penjaga keluar dari situ dengan selamba. Ekor-ekornya bergerak dengan lembut. Salah satunya sudah pudar warnanya. Dia tengok aku dan senyum.

​"Maaf lambat. Aku pergi uruskan lingkaran dulu tadi."

​"Takpe." Aku memeluknya dengan perasaan lega. Aku mati-mati ingatkan dia akan biarkan aku dibunuh lelaki yang entah dari mana.

​"Dah selesai?" sampuk lelaki tu.

​Penjaga leraikan pelukan dan berdiri di depan aku. Dia dalam diam-diam pass-kan aku sebatang besi yang sepanjang lengan aku. Aku tengok dengan teliti sebelum akhirnya tahu apakah benda yang diberinya ini. Aku pernah tengok dia gunakan dulu – masa mula-mula kami kenal.

​"Tapi ini kau punya..."

​"Just in case."

​"Haa, okay."

​"Ingat satu hal ni."

​"Hm?"

​Dia melihat aku dari tepi bahunya. "Jangan cuba—urgh!" Dia menahan hentakan pedang dari lelaki bengis dengan pisau belati. "Kau tak patut datang sini." Penjaga membelit lelaki bengis dengan ekornya lalu mencampakkan lelaki itu ke luar beranda. Aku jenguk dan lelaki bengis itu tiada. Dia miliki kelebihan untuk teleportasi seperti Penjaga. Jadi mesti dia...

​"Argh!" Lelaki bengis muncul dari atas. Penjaga dengan mudah menepisnya dengan ekornya. Dia sekali lagi jatuh ke bawah

​"Aku agak kau mutan yang masih mentah." Penjaga menggeleng. "Apa yang dorang bagitahu kau kalau kau dapat budak ni?"

​Mutan yang mentah? Maksudnya?

​"Bukan urusan kau, kacukan!" Lelaki tu muncul lagi dari tepi beranda. Dengan mudah, Penjaga mencekik leher lelaki itu dengan ekornya. Lelaki tu hasilkan portal dan cuba lepaskan diri tapi gagal. Penjaga tergelak.

LUNAWhere stories live. Discover now