Bab 15

7 2 0
                                    


Kami bertiga mencari meja yang agak jauh dari kumpulan remaja lelaki yang mana menurut Mikhail asyik perhatikan aku dengan nakal sejak aku keluar dari kereta lagi. Mata mereka tak lepas dari melihat aku. Supaya pandangan mereka terhalang, dia berjalan di belakang aku. Memang terlindung habislah sebab dia tinggi.

​"Kita duduk kat sanalah." Tanpa menanti persetujuan mereka, aku terus je ke sebuah meja kosong yang dekat dengan dinding. Sedikit gelap tapi tak apalah sebab kami datang sini nak makan, bukannya bermalam.

​"Bang!" Sambil aku angkat tangan untuk panggil pelayan, aku semacam terlihat seseorang sedang memerhatikan aku. Atau salah seorang daripada kami. Baru je aku nak berpaling, kaki aku disepak. Terangkat bahu aku.

​"Kau nak apa?"

​"Aku tahu apa yang kau fikir. Buat macam biasa je." Mata Mikhail kadang kala dilirik pada belakang aku.

​"Apa yang aku fikir?"

​"Stalker."

-------

​Lima minit menunggu, barulah seorang pelayan perempuan datang untuk mengambil pesanan. Menjolok mata pakaiannya. Sakit pula hati aku bila tengok cara Mikhail memandangnya. Pelayan itu menulis sesuatu pada kertas sambil tersenyum gedik, koyakkannya lalu diselitkan pada poket t-shirtnya. Ditepuknya beberapa kali poket atau dada pasangan aku sebelum beredar pergi. Dasar lelaki gatal. Giliran aku pula untuk tendang kakinya selepas. Berkerut dahinya.

​"Kau ni apahal?"

​"Aku tahu apa yang kau fikir. Buat macam biasa je." Aku lirikkan mata pelayan perempuan tadi.

Bergolek-golek punggungnya ketika dia berjalan. Sengaja agaknya dia pakai seluar ketat walaupun sudah tahu yang dia berpunggung besar. Dasar gedik. Aku pula yang rasa geram nak pergi cucuk-cucuk punggungnya dengan pisau.

​"Apa yang aku fikir?"

​Aku tengok dia dengan skeptik. "One night stand."

​"She's hot."

​Aku menongkat dagu dan tersenyum sinis. "Sure hot as hell."

-------

​Pelayan perempuan yang sama kembali bersama pesanan kami. Hairan pula aku. Yang aku tengok ramai je pelayan perempuan dan lelaki lain tapi kenapa orang sama je yang hantar makanan kami?

​"Ni pesanan korang ye?"

​"Thanks awak."

​Pelayan perempuan tersenyum senget. "Most welcome, awak."

​"Mikhail. Nama saya Mikhail." Dia hulurkan tangan.
​Si pelayan sambut. Sebelah tangannya diletakkan pada nametagnya.

​Aku kecilkan mata dan oh, nama dia Bella.

​"Bella." Mikhail sebut namanya dengan miang. "Cantik nama awak. Macam tuan dia." Tangan Bella dicium sekali. Dua kali. Dan bila mulutnya mengucup tangan perempuan tu untuk kali ketiga, dia sempat mengerling pada aku.

Tak guna, tak guna, tak guna!

​Ketika ini, aku rasa kalau bukan sebab kami berada di tempat public, mungkin sudah lama aku belasah perempuan ni. Atau belit je leher dia dengan ekor serigala aku. Tapi malangnya, aku tak boleh buat macam tu.

​Bella berlalu pergi. Mikhail masih lagi tersenyum angau. Victor sudah pun mula makan. Aku pula bila-bila masa je boleh meletup.

-------

​Selesai membayar harga makanan kami, Mikhail meminta diri untuk ke tandas dulu. Aku dan Victor akan menunggu di kereta. Sambil menunggu si mamat gatal tu, aku turunkan cermin kereta dan mencuri pandang pada kumpulan remaja yang masih belum beredar. Dari tadi lagi, mereka asyik tengok aku. Samada ketika aku masuk, duduk dan makan mahupun semasa keluar tadi. Dan sekarang, mereka masih lagi tengok aku. Aku naikkan semula cermin sebab takut.

LUNAWhere stories live. Discover now