Bab 29

7 1 0
                                    


​"Sorry lambat," ucap Momo sebaik saja dia munculkan diri. Di tangannya ada laptop yang tak ditutup. Dia nampak terburu-buru. Lebih kurang empat pendrive masih tercucuk di lubang USB. Aku tak tahu apa yang dia buat dengan kesemua empat tu sekaligus. Aku rasa dia ada je external drive atau apa benda entah. Hairan kenapa dia tak gunakan yang storagenya lebih besar berbanding kena cucuk banyak tapi storage kecil.

​"Takpe. Kitorang pun baru habis bincang," Rayyan membantunya membawa laptop dia sambil mencabut keempat-empat pendrive tu.

​"Whoa, jangan cabut!"

​Tapi sudah terlambat. Kesemuanya sudah dicabut. Rayyan terperanjat dan hampir je laptop tu jatuh dari tangannya.

​"K-Kenapa?"

​"Aku...erk, baru je copy drama."

​"What drama?"

​"Drama jelah apa-apa pun."

​"Kau tengok drama?"

​"Suka hatilah." Momo ambil semula laptopnya dan duduk di sebelah aku. Aku alihkan kertas-kertas yang bersepah di atas meja. Dia ambil salah satu dan memandang aku dengan muka yang "mind to explain this?"

​"Ni hasil perbincangan kitorang tadi."

​"Kau berbincang masa aku takde?"

​"Kau marah ke?"

​"Taklah. Tapi baguslah sebab kau pandai isi masa terluang."

​Aku mati-mati ingatkan dia marah. Nasib tak.

​"Kalau tak, apa?"

​"Kalau tak, aku marahlah sebab kau asyik nak bergantung pada ability aku je."

​"Mana ada."

​Momo gelak. "Iyelah tu. OK, jadi apa yang korang dapat setakat ni?"

​Rayyan mula jelaskan hasil perbincangan kami tadi. "Gerhana akan berlaku pukul dua. Secara tepatnya, aku tak tahu bila atau berapa lama. Then, geng yang tawan balai hari tu, Wild-Dog. Menurut apa yang Zara nampak dalam mimpi dia tu, it could be Wild-Dog yang akan culik kita. Aku dah bunuh Hulk, orang kuat dorang..."

​"It's Rodrigo." Semua orang pandang aku serentak bila aku sebut nama sebenar Hulk.

​"Macam mana kau tahu?"

​"Dream."

​"OK, Rodrigo dah mati. Dia juga anak kesayangan dan orang penting big boss Wild-Dog. Ada kemungkinannya dorang akan balas dendam."

​"Dengan menculik dan bunuh kita, yes, dia akan puas hati," celah Momo.

​"Tapi ada something yang aku hairan." Aku teringat yang lelaki tu ada sebut pasal seseorang. "Dia tahu pasal Kayra and her ethereal world."

​"Aku tak terkejut sebab..." Giliran Momo pula ditenung kami. "...aku rasa kau tahu, kan Zara?"

​"He's a mutan." Tu je jawapan yang aku boleh bagi. Sebab ayah Momo sebenarnya pun berasal dari dunia yang sama dengan Kayra. Dia terpaksa selamatkan ibu Momo yang ketika itu sedang mengandungkan Momo. Jadi, ability hacking dan cracking Momo ni sebenarnya dia dapat dari ayah dia yang merupakan bekas pekerja Company X dan juga seorang mutan.

​Aku sebenarnya pun tak tahu siapa Momo sehinggalah aku terlihat sendiri macam mana dia buat kerja dia. Selama ini, dia lebih suka kerja sendirian tanpa ada sesiapa yang temankan dan dia juga tak mahukan CCTV di tempat kerjanya. Kami okay je sebab kami percayakan dia. Rupanya, ada cerita lain di sebalik semua itu. She is not a normal hacker.

​"Mutan? Kau ingat ni X-Men ke apa?" Sekali lagi, Rayyan terkena kejutan budaya. Mula-mula, sebab aku. Kedua, sebab Momo. Aku rasa dia mungkin akan mati sakit jantung dan bukannya mati sebab bom.

LUNAWhere stories live. Discover now