Bab 27

8 1 0
                                    


​Aku tersentak bangun dari tidur bila air sejuk disimbah padaku. Tanganku cuba menggapai muka untuk lap air tapi tak berjaya. Kepalaku masih pening dan sakit gara-gara air yang disimbah tu terlalu sejuk. Macam air batu.

​"Baru reti nak bangun," kata satu suara kasar yang diiringi dengan bunyi derapan kasut yang berat – macam askar.

​"Zara, hey..." Kael memanggil aku dengan suara yang berbisik tapi kuat. Seperti gema. "Wake up."
​Kepala aku terasa berat. Mataku terasa pedih bila mahu dibuka tapi aku gagahkan juga. Buka saja mata, Kael sedang terikat tak jauh dari aku. Dia kelihatan lega.

​"Kita kat mana?" Pelik. Bangun-bangun je, kami sudah ada di sini sedangkan tadi aku...ergh, apa yang aku buat tadi? Sebelum berada di sini? Apa yang sebenarnya sedang berlaku ni?

​"Dorang dah tangkap kita."

​"Macam mana? Tadi aku..."

​"Aku tahu. Aku minta maaf. Semuanya salah aku. Aku sepatutnya lebih hati-hati. Aku patut dah tahu yang dorang akan..."

​Aku dongak. Bumbung bangunan ni terbuka. Di atas sana, hari masih siang (aku tahulah sebab tak nampak bintang) tapi nampak seperti gelap sebab...

​"Gerhana?" Aku tunduk semula dan tengok sekeliling. Bayangan hitam di belakang Momo, Kael, Rayyan dan beberapa orang sekeliling kami yang aku tak kenal terherot. Macam skrin tv atau laptop yang rosak. Bayangan hitam tu, walaupun dalam keadaan terherot, ia perlahan-lahan berubah menjadi rupa mereka – Momo, Kael, Rayyan dan lain-lain. Tapi dalam versi yang hitam dan keadaan mereka menunjukkan macam mana kawan-kawan aku ni akan mati. Itu elok (boleh tahu macam mana mereka akan mati) tapi yang tak eloknya, kematian mereka sudah semakin hampir. Semakin dekat.

​"Ye, gerhana. Sebab masa inilah kekuatan korang terbatas. Kau..." Lelaki yang simbah air kat muka aku, tunjuk kat aku. "...kau tak boleh contact dia."

​"Contact sape?"

​"Kau boleh tanya sape? Sape lagi kalau bukan kawan kau yang ethereal tu?"

​"Kayra?"

​Momo tengok aku dengan muka "macam mana dia tahu pasal Kayra?"

​Rayyan pula buat muka "matilah kita".

​"Jangan mengarut. Ethereal? Aku rasa kau dah mabuk." Aku fake gelak padahal dalam hati ni, tak payah cakap betapa risaunya bila ada orang tahu tentang Kayra. No one in this world should know about her or her world. Manusia yang gila dan obses dengan kuasa mungkin akan cuba cari jalan untuk ke dunia dia.

​"Mabuk? Kalau macam tu, boleh explain benda tu?"
​Sebuah laptop dibawa ke depan aku, memainkan semula rakaman CCTV yang nampak macam hari tu – balai polis ditawan. Rakaman tu tunjukkan aku dan Rayyan sedang berjalan sebelum Kayra muncul dari dinding. Dia pause skrin.

​"Kawan kau tu..." Dia tunjukkan Kaira di skrin laptop dan pilih rakaman yang lain. Yang ini, yang lain. Yang masa aku kena cekik oleh Hulk. "...dan lelaki hijau tu, dari dunia yang sama."

​Jadi...

​"Rodrigo ialah mutan, ye, sama macam yang kau fikirkan. Apa? Kau ingat ada ke manusia kat dunia kita ni yang ada kekuatan macam Hulk? Tak, orang biasa takde kekuatan macam tu walaupun ahli bina badan yang otot berketul-ketul kat perut dan tangan..."

​Perhatian aku teralih bila aku ternampak seseorang menghampiri kami dari dalam kegelapan sana. Orang tu tubuhnya kecil dan kurus. Aku sepetkan mata, cuba melihatnya dengan lebih jelas. Tapi gagal. Keadaan sekelilingnya terlalu gelap. Dia berjalan seperti tiada apa – seperti tiada sesiapa yang nampak dia. Tak tahu kenapa tapi semakin dia dekat, semakin aku rasa nervous dan tak senang duduk.

LUNAWhere stories live. Discover now