Bab 30

9 2 0
                                    


​"Zara, wake up."

​Aku dapat rasakan sentuhan di pipiku. Tapi aku masih tak mahu buka mata. Aku belum cukup tidur. Semuanya gara-gara kena kacau semalam. 'Mereka' kacau sepuas hati. Geletek kaki aku, tiup telinga, goyang katil, bermain dengan rambut, muncul dari atas siling (rambut menatang tu ada yang terkena mulut aku, tak guna) dan macam-macam gangguan lagi. Aku rasa masa paling tenang aku tidur semalam hanyalah semasa aku pengsan tu je. Bila malam, 'mereka' keluar dan mula 'bekerja'. Gangguan di ER tak apa lagi. Sebab mereka tak tunjuk muka – buka je mata, mereka terus hilang. Tapi yang di tandas tu, wah, itu akan jadi kali terakhir aku gunakan tandas hospital kerajaan. 'Mereka' kacau aku sebaik yang mungkin. Kalau diberi list calon untuk siapa yang berjaya takutkan aku sampai aku rasa tak nak langsung pandang depan, rasanya pemenang mungkin antara budak Ju-On atau kakak pantulan tu.

​"Zara, bangun. Kita kena pergi sekarang." Sekali lagi tangan yang sama menyentuh pipi aku. Pantas aku tepis.

​"Leave me alone." Orang nak tidur, dia boleh pula kacau. Agak-agaklah. Respect sikit kat orang yang banyak menderita mental dan fizikal macam aku ni.

​"Zara, dorang akan kembali bila-bila masa. We need to go now," tegas suara itu.

​Aku akhirnya buka mata dengan bengang. Aku tak pasti sebab aku tidur terlalu lama atau sebab tempat ni berkabus, tapi semuanya putih. Aku cuma nampak putih. Langsung tiada kelibat manusia di tempat ni. Tapi kulit aku masa merasakan sentuhan seseorang. Aku pejam mata selama yang boleh sebelum bukanya semula. Masih tetap sama. Putih semata-mata. Langsung tak ada warna lain di tempat ni.

​"Oh tak, benda ni jadi lagi."

​"Kau sape?"

​"Aku Kael."

​Oh, Kael. "Mind to explain apa yang tengah jadi kat aku? Kenapa aku tak nampak apa-apa? Kenapa semuanya putih?"

​"Aku nak kau bertenang dulu. Bila benda ni jadi, memori kau akan jadi berterabur. Dalam kata lain, blur. Kau takkan ingat apa-apa. But once kau dah jadi normal balik, kau akan dapat semula penglihatan kau. Jangan risau okay? Keadaan ni takkan lama. Sekejap je."

​"Sekejap tu berapa lama?" Aku tak boleh stay dalam keadaan macam ni. Aku rasa tak selamat. Aku rasa lemas. Aku takut.

​"Trust me, tak lama pun." Kael meraih tanganku dan menggenggamnya. Terasa hangat. "Aku tahu kau rasa takut, claustrophobic semua tu but believe me, it's all temporary."

​"Kenapa aku ingat yang aku kena kacau kat spital tapi tak ingat sape kau?"

​Kael diam dan lepaskan tangan aku. Cepat-cepat aku cuba menggapai tangan dia tapi dia sudah tiada. Aku cuba bangun tapi tak boleh. Baru aku perasan yang aku sedang menyandar pada sesuatu yang keras dan sejuk. Macam batu atau simen. Dan badan aku juga tak dapat bergerak bebas. Seperti diikat.

​"K-Kael? Jangan tinggalkan aku. Aku takut."

​Siapa Kael ni, aku tak tahu dan tak ingat. Yang aku tahu, aku rasa selesa dan selamat dengan dia. Tapi ada sesuatu yang tak kena. Hati aku rasa sakit dan pilu.

​"Kael?" Aku perlukan dia. Aku tak peduli kalau si Kael ni pernah sakitkan hati aku ke apa tapi yang aku tahu sekarang, I NEED HIM. Aku tak boleh dan tak mahu bersendirian di dalam situasi yang tak diketahui ni. Ia menakutkan.

​"I'm here. Sorry buat kau takut tapi aku pergi cari something untuk potong tali ni."

​"Kau jangan berani lagi tinggalkan aku."

​Tangannya berhenti memotong tali. Aku dapat rasakan itu sebab tali tak lagi bergerak. "Aku janji. Tiada apa yang akan memisahkan kita kecuali mati."

​"Aku tak nak kau mati."

LUNANơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ