Bab 25

8 2 0
                                    


​Selesai Rayyan bayar bil rawatan Zara, budak perempuan tu mengekorinya ke tempat letak kereta. Pada mulanya dia tak perasan. Sehinggalah Zara turut masuk dan duduk di tempat sebelah pemandu, barulah dia terkejut. Dia ingatkan Zara akan balik dengan Kael memandangkan dia ternampak rivalnya itu ada di ER tadi tapi rupanya tak.

​"Tak payah tengok aku macam aku ni alien."

​"Aku takkan tengok kau macam tu kalau kau tak buat macam ni."

​"Hantar je aku balik. Lepas tu, lantak kaulah nak pergi mana pun."

​"Kau ingat aku ni grabcar ke apa?"

​Zara toleh dengan muka yang malas. "Aku bayar kau."

​"Ni bukan pasal bayar ke tak, Zara."

​"Dah tu? Pasal Momo?"

​Rayyan terdiam. Dia hanya menggeleng. "Ni..."

​"Kalau kau nak, aku boleh tolong adjust dia kat kau."

​Berseri-seri muka Rayyan. "Seriuslah?" sambil dia mula pasang seatbelt dan hidupkan kereta dan mula memandu keluar dari kawasan hospital.

​"Kau rasa dah berapa lama aku kenal dia?"

​"Apa kaitannya?" Rayyan mula kedengaran lebih excited selepas dapat tahu yang Zara sebenarnya boleh saja tolong dia dapatkan Momo semula walaupun Momo pernah menipunya sebelum ini.

Dia mengaku yang dia memang marahkan budak perempuan tu sebab tipu dia demi lelaki lain yang mana merupakan seorang banduan tapi perasaan sayang mengatasi segalanya. Dia hampir setiap hari terfikirkan Momo walau sesibuk manapun dia.

​"Ada kaitannya tapi aku tak boleh bagitahu. Cuma yang aku boleh bagitahu kau setakat ni, Momo percayakan aku lebih dari dia percayakan diri sendiri." Zara tengok depan semula dan pantas dia pejam mata. "Boleh tak kau drive laju sikit?"

​"Kenapa?" Rayyan tengok depan mereka. Tiada apa pun di situ kecuali kemalangan kecil. Orang ramai berkumpul untuk melihat keadaan mangsa, bukannya untuk membantu. Atau sebenarnya cuma mahu mengambil gambar, upload di social media dan kalau jenis yang batak likers, mereka akan tokok tambah cerita itu dan jadikannya lebih menarik walaupun hanya kemalangan yang melibatkan penunggang basikal yang jatuh dalam longkang.

​"Buat je apa yang aku suruh. Nanti aku bagitahu kenapa."

​"Tapi kat depan tu ada orang accidentlah."

​"Tahu tapi 'dorang' ada kat situ."

​"Sape?"

​Zara beranikan diri untuk melihat sedikit. 'Mereka' ada di situ. Di celahan orang ramai. Tapi kali ini bukan melihatnya tetapi mangsa kemalangan tu. Pandangan Zara teralih pula pada mangsa kemalangan. Berkerut dahinya. Mangsa seorang perempuan. Kedua tangan dan kakinya diikat, mulutnya ditampal salotape, mukanya dipenuhi lebam dan bajunya dipenuhi darah.

​"Dia dah mati."

​"Sape?"

​"Macam mana kau tahu?"

​"Tu..."

​Zara tunjuk pada bayangan perempuan tu yang sedang melihat jasad sendiri dengan keliru. Dia dihampiri 'mereka' dan bila diberitahu perkara sebenar, dia menangis. 'Mereka' menunggu di sebelah bayangan perempuan tu sehinggalah bayangan tu yang seakan roh melihatnya. Terasa bulu romanya meremang.

​"Habislah..."

​"Kenapa?"

​"Cepatlah drive dari sini. Dia dah nampak."

​"Aduh, tak faham aku dengan kau ni. Kejap, aku nak call ambulans."

​Siren kedengaran sebelum sempat Rayyan menghubungi mereka. Dia melihat melalui sidemirror. Mereka sudah tak jauh.

LUNAWhere stories live. Discover now