Bab 17

7 2 0
                                    


​Kami bertiga duduk tercongok di beranda bilik aku sambil menunggu bulan penuh. Sekarang bulan baru je sedang dalam fasa waxing gibbous. Lambat lagi untuk ia masuk fasa bulan penuh. Menurut apa yang aku tahu, selalu ambil masa lebih kurang 29.53 hari untuk ia memasuki fasa baru. Mustahil boleh berubah fasa lain dalam masa semalaman. Jadi...

​"Sambil-sambil kita menunggu ni, apa kata kita bercakap? Aku tak boleh duduk kat sini, diam macam tunggul batu weh." Jennie memecahkan kesunyian yang dari tadi hanya diisi oleh lolongan anjing liar. Atau serigala. Atau mungkin keduanya memandangkan anjing dan serigala sama-sama wujud dekat kawasan perumahan ni.

​Aku perasan yang sejak dua tiga hari ni lolongan anjing atau serigala semakin lebat. Macam semakin banyak. Selalunya jarang amat aku dengar semua tu setiap malam. Yang aku selalu dengar suara Uncle Rhode mencarut dan memaki anjing liar yang entah macam mana berjaya melompat melepasi pagar rumahnya yang tinggi macam tempat perlindungan mutan di Lion City. Yang selalu buat Uncle Rhode marahnya bila anjing tu bukan je kotorkan kereta sportnya tapi juga berak atas seat driver.

​Padan muka dia. Siapa suruh beli kereta tak ada bumbung?

​"Kau tengok anjing tu." Irene tunjuk pada seekor anjing pelik yang mundar mandir depan pagar rumah Uncle Rhode yang kini dilapisi pagar elektrik. Anjing tu terbatuk-batuk dan keluarkan sesuatu yang pelik bila ia muntah. Muntahnya pula betul-betul depan pagar pak cik berlagak tu.

​Pelawat tetap Uncle Rhode sudah kembali. "Kayra, tu bukan..." Jennie terlopong bila tengok anjing pelik tu dengan selamba bangun kembali setelah terkena renjatan elektrik pagar rumah pak cik tu. "Wow, anjing tu mutan ke apa? Macam mana dia boleh buat dek je bila kena elektrik?"

​"Anjing gila kot. Entah-entah yang ada penyakit rabies." Teka Irene.

​"Agaknya tapi yang aku heran, anjing tu selalu kembali even bila orang tua tu pernah simbah dia dengan air panas."

​Kedua mereka tengok aku dengan terkejut. "Air panas? Seriuslah?"

​"Yes."

​"OK, that's explain kenapa kulit anjing tu merah macam melecur. Aku ingatkan baka Jerman Shepherd celah mana entah pelik macam tu." Irene ketawa kecil tapi tawanya mati bila anjing tu tengok kami dan menderam bengis.

​"Anjing tu dengar ke kita tengah mengumpat pasal dia?" Jennie perlahan-lahan undur dalam keadaan duduk dan menyorok di belakang kami berdua.

​"Anjing takde pendengaran super macam serigala."

​"So, kenapa dia tengok kita macam tu?"

​"Manalah aku tahu."

​"Tak nak turun dan find out ke?" Lebih kepada cadangan sebenarnya. Mereka berdua tengok aku dan tersenyum penuh makna.

-------

​Irene buat lingkaran triple pada katil aku yang sekarang ini menempatkan Mikhail yang masih belum sedarkan diri selepas dipengsankan oleh Irene tadi. Aku sihirkan diri sendiri dengan sihir penembus dan menghampiri Mikhail. Aku belai rambutnya. Serta merta beberapa bayangan masa lampau...okay, bukanlah beberapa tapi banyak sebenarnya. Tapi tak semua tunjukkan bayangan penuh, hanya yang penting. Ada satu bayangan ni – dia sedang buat benda tu atas katil bersama pasangannya yang sebelum ini. Mereka nampak bahagia bersama. Mikhail tersenyum bahagia. Perempuan tu pula, dengan rambutnya yang serabai tapi masih nampak cantik, mengucup lembut bibir Mikhail. Aku pantas alihkan tangan.

​Tapi sekejap. Kenapa aku macam pernah tengok je perempuan tu?

​"Kau okay?" Irene tepuk bahu aku.

​Aku angguk je. Yup, kami sudah berdamai tadi selepas dipujuk yang lain. Bila aku berfikir secara rasional, apa gunanya bergaduh kalau kami berada dalam team yang sama? Lainlah kalau dia tertangkap sedang manipulasi aku dan dia sebenarnya berada di team Nuyu. Yang tu memang aku belasah dia sampai lunyailah.

LUNAWhere stories live. Discover now