Bab 13

8 3 0
                                    


KAYRA

​Nuyu bagi aku dua pilihan – pasangan ataupun semangat haiwan. Aku tak boleh putuskan. Aku memang dah lama menantikan pasangan aku. Aku memang nak sangat merasai semua yang kawan-kawan serigala dan vampire aku rasa bila punya pasangan tapi masalahnya, aku masih lagi tak boleh bagi pada dia semangat tu. Bukan aku risau dia akan mati ke apa tapi sebab aku tahu apa niat dia.

​"Kau tahu yang semangat tu tak boleh dikawal."

Biarlah aku seorang je yang tahu cara untuk mengawalnya. Tak semua orang tahu yang aku sudah pun dapat mengawal semangat tak guna tu. Dasar makhluk laparkan darah betul.

​"Aku tak kisah pun. Tapi kalau kau tak nak bagi yang kau punya pun, takpe."

​"Kenapa? Kau nak bunuh pasangan aku?"

​"Oh, taklah. Sebab kau sendiri akan bunuh dia bila kau cuba bunuh aku."

​"Maksud kau?"

​"Biarlah rahsia. Tapi kau akan tahu sendiri jugak nanti." Dia tersenyum lebar. "Kau pernah dengar tentang Council Victor Cordeva? Member Council yang paling tua dan lama?"

​Victor? Aku rasa macam pernah dengar dulu. Umi selalu ceritakan pada aku macam mana kami punya semangat haiwan yang sama. Tapi ibu Victor jelmaan Gumiho, bukannya serigala seperti Umi. Ayah Victor kacukan serigala dan Heal...oh tak. Tak mungkin. Jangan kata dia...

​"Dah recall sape dia?"

​"Kau nak aku bunuh dia?"

​"Betul tapi sebelum tu, kena pindahkan semangat serigala dia pada aku. Tu urutan yang betul."

​"Tch, kau gila. Takde sape dapat sentuh Council."

​"Betul tapi ada seorang yang boleh."

​"Oh yea? Jadi mintak tolong orang tu."

​"Aku tengah mintak tolong dialah ni sekarang."

​"Aku?"

​"Yes, kau satu-satunya orang yang boleh dekat dengan dia. Hanya kau seorang saja yang boleh sentuh dia."

​Lupa. Aku dan Victor memang rapat. Dia faham apa yang aku risaukan dan takutkan. Dia lebih memahami berbanding orang lain. Lebih daripada ibubapa aku. Dia satu-satunya yang faham dan sentiasa ada di sisi aku sejak aku mula-mula tahu tentang diri aku.

​Pada mulanya, aku sangat takut dan memang keliru tapi selepas dia muncul dalam hidup aku walaupun dia bukan pasangan aku, aku ketika itu seperti melihat cahaya harapan. Kau tahu bila kau terkurung dalam tempat yang gelap pekat walaupun kau buka mata tapi masih lagi macam kau tutup mata, tiba-tiba je cahaya kecil seperti kelip-kelip muncul. Mula-mula kau tak yakin yang cahaya sekecil itu akan dapat membantu keluar kau dari ketakutan gelap tu tapi lama-kelamaan, cahaya seciput tu membesar dan semakin terang macam matahari.

​Ya, pada mulanya aku memang tak yakin yang dia dapat membantu sebab dia nampak sangat muda. Lagi muda dari abah aku bilamana semua orang asyik kata yang dia ni sebenarnya seseorang yang sudah pun berusia hampir seribu tahun. Ye, orang akan kata kau gila kalau kau mengaku umur kau hampir ribuan tahun tapi bila dia tunjukkan sesuatu yang agak mengarut, aku terus percayakannya tanpa was-was.

​"Aku tak boleh bunuh dia. Aku takkan bunuh sesiapa untuk kau kecuali..." aku angkat muka. "...kau. Ye, aku hanya akan bunuh kau je. Selain daripada tu, maaf cakap, aku tak boleh."

​"Mikhail or Victor?"

​"Sape?" Siapa pula Mikhail ni?

​"Mikhail, pasangan kau. Lelaki yang berdiri kat sebelah kau tu." Dia tunjukkan pada lelaki ni yang juga pasangan aku.

LUNAWhere stories live. Discover now