Bab 21

8 1 0
                                    


​Dia hampir tertembak pegawai yang melintasi belakangnya seperti hantu. Nasib baiklah pegawai tu sempat merampas UZI dan menekup mulutnya sebelum dia menjerit dan itu sekaligus akan membuatkan kedudukannya diketahui penjahat-penjahat tu.

​"Jangan menjerit, okay?"

​Zara angguk.

​"Saya betul-betul maksudkannya. Jangan menjerit atau kita berdua akan terbunuh."

​Zara angguk lagi, kali ni lebih bersungguh-sungguh bagi membuktikan yang dia akan ikut apa yang dikatakan pegawai itu.

​"OK, kalau macam tu..." Perlahan-lahan pegawai tu jauhkan tangannya dari mulut Zara. Laju Zara merampas kembali UZI yang dicurinya di bilik senjata yang dia kebetulannya temui sewaktu tersesat ketika mahu mencari Rayyan lalu diacukan pada pegawai yang menekup mulutnya. Sebenarnya dia sendiri tak pasti macam mana UZI boleh ada dalam bilik senjata tu. Setahunya, pistol yang pegawai polis gunakan hanya ada tiga atau empat jenis dan UZI...sudah tentu tak termasuk dalam senarai pendek tu.

​"Berani kau sentuh aku?"

​Pegawai tu angkat kedua tangannya. "Cik, ni saya. Cik dah tak kenal ke?" pegawai tu takut-takut mendekati Zara dan membiarkan dirinya terkena sedikit cahaya. Dia agak yang Zara tidak kenal siapa dirinya disebabkan dia tidak berada di bawah cahaya.

​"Awak..." Zara turunkan UZInya. "...Rayyan. Pegawai tadi."

​"Yes, sorry sebab lambat. Saya tak patut tinggalkan awak."

​"Dah terlambat nak minta maaf."

​"Saya tahu tapi kejap. Macam mana awak tahu nama saya?"

​Zara rolled-eyes. "Apa guna nametag awak tu?" sindirnya dengan malas. Dia malas nak sindir menyindir ni. Kadang kala benda yang jawapan sudah ada depan mata pun mereka boleh tanya lagi macam mana itu ini, apa itu ini, bila itu ini. Kalau sekali, tak apa. Mungkin mereka inginkan kepastian. Tapi kalau banyak kali seolah-olah ingin bermain, itu mungkin bakal menerima fly-kick dari orang yang ditanyanya.

​"Yea, right. Awak dah tahu nama saya. Nama a—"

​"Zara," jawabnya malas. Mood baiknya, perasaan takut dan risau sudah hilang selepas dia melihat mayat-mayat tadi.

​"Zara? Kenapa nama tu familiar semacam eh?"

​"Mungkin sebab awak kenal Kael." Zara membuka sedikit pintu dan mengintai keadaan di luar bilik mereka menyorok. Tiga orang lelaki yang sasa dan penuh tatu di lengan mereka baru saja melintasi tempat mereka sembunyikan diri. Pantas Zara rapatkan badannya pada dinding. Rayyan menyorok di belakang pintu.

​"Kael? Yang rambut perang tu ke?"

​"Mata biru laut?" Saja dia tanyakan warna matanya. Manalah tahu kot-kot ada lagi yang nama Kael di balai polis tu. Siapa tahu, kan?

​"Yes."

​"Yes, tu dialah orangnya."

​"Oh." Tu je yang keluar dari mulut Rayyan. Selepas tu, dia hanya diamkan diri sambil termenung. Kedua tangannya jatuh ke sisi ketika dia bersandar pada dinding.

​"Apa yang sebenarnya jadi kat luar sana?" Dia tak tahu dan tak nampak banyak sangat melalui bayangan lelaki kurus keding tu tapi apa yang dia tahu, sekarang ini ada beberapa orang lelaki yang dia tak nampak dalam bayangannya telah beberapa kali melalui koridor di depan bilik mereka berdua menyorok. Dia perlu tahu apa yang berlaku. Walaupun sedikit.

​"Bangunan ni dikepung. Ada tembak-menembak kat tingkat bawah sana. Ramai yang mati."

​"Macam mana dengan polis-polis yang pergi dengan awak tadi?"

LUNAWhere stories live. Discover now