PROLOG

1.5K 54 20
                                    

" Cepatlah, aku tak sabar nak tengok adik aku! " Jerit seorang budak lelaki kepada adiknya. Kakinya berlari laju di lorong hospital. Sesekali mengerling ke belakang memandang adik lelakinya yang berjalan sambil lewa.

" Tak menyabar. " Dia mengeluh perlahan melihat perangai abang keduanya. Wajah dua orang adik kembarnya di dalam pegangan dipandang bersilih ganti.

" Hafiy dapat adik lagi! " Teruja kanak-kanak itu berkata. Wajah abangnya ditatap.

" Abang Heidi, Hafhiz nak tanya." Hafhiz, kembar Hafiy mendongak memandang Heidi Dahlan.

" Hm? "

" Baby boy ke baby girl? " Soal Hafhiz.

" Tunggu lah, kita tengok sama-sama. " Heidi senyum nipis. Hafiy dan Hafhiz mengembungkan pipi tidak puas hati.

Brak!

" Mana adik aku?! " Jerit Hadif Daris sebaik sahaja merempuh pintu wad. Matanya melilau mencari susuk seorang bayi. Beberapa wajah yang berada di dalam wad itu dipandang sekilas sahaja.

" Hadif, please behave. Kita dekat hospital, jangan jerit-jerit. " Tegur seorang lagi budak lelaki berumur 10 tahun kepada anak kedua keluarga Grey itu. Sebelah tangannya mendukung seorang lagi adik berumur 2 tahun, Hefzy Darwish.

" Okay, okay. " Hadif menurut. Takut melihat wajah Hifzan Dareeq yang sudah menyinga. Pandangannya jatuh kepada seorang bayi yang sedang didukung oleh bapanya.

Kaki dibawa mendekati tubuh sasa itu.

" COMELNYAAA! " Hadif menempik kuat tatkala melihat wajah ahli keluarganya yang baharu.

Bayi itu merengek kecil. Terganggu tidur bayi itu. Terkebil-kebil mata kecil itu memandang wajah abangnya.

" Look Hadif, kamu kejutkan dia. " Marah si bapa. Matanya tajam menatap anak lelakinya yang berumur 9 tahun itu.

" Her? " Ternaik kening Heidi yang baru tiba di wad tersebut.

" Kita dapat adik perempuan! " Hafiy dan Hafhiz menjerit teruja. Pertama kalinya mereka mendapat adik perempuan.

Anak pertama, Hifzan Dareeq.

Anak kedua, Hadif Daris.

Anak ketiga, Heidi Dahlan.

Anak keempat, Habib Dhani.

Anak kelahiran yang kelima merupakan kembar, Hafhiz Daniel dan Hafiy Danish.

Anak ketujuh, Hefzy Darwish.

Dan kini yang kelapan.

" Daddy, Hadif nak pegang! " Hadif sudah melompat-lompat mendepa tangan mahu menimang adik perempuannya.

Tuan Huzhaid meletakkan putrinya ke dalam dukungan Hadif.

Hadif menilik wajah suci adiknya yang baru sahaja melihat dunia. Bayi itu diam, tidak merengek apabila dipegang oleh orang yang pertama kali dilihatnya.

" Apa nama dia? " Habib Dhani yang berada di sebelah katil ibunya bersuara.

Puan Dairisya tersenyum nipis mendengar pertanyaan Habib Dhani.

" Helena Dahlia Grey binti Huzhaid Grey. " Lembut Dairisya bertutur.

" Sedap nama dia. " Habib memandang ibunya.

Puan Dairisya hanya menjadi pemerhati. Tidak larat mahu berkata banyak. Tubuhnya masih keletihan selepas penat bertarung nyawa.

" Ala comel-comel adik abang. " Hadif mengucup lembut pipi bayi itu. Tembam. Nak gigit-gigit aje, hehe.

" Nak pegang, abang Hadif. " Pinta Hafiy. Laju Hafhiz mengangguk tanda menyetujui permintaan kembarnya.

" Tak boleh, kau orang kecil lagi. Tengok aje baby tu. " Potong Hifzan sambil melihat kembar yang berumur enam tahun lebih muda daripadanya. Hefzy Darwish yang berada di dalam dukungan abang sulungnya tersenyum sambil menepuk perlahan tangannya.

Hadif melutut di hadapan kembar itu. Bayi yang digendongnya ditunjukkan kepada Hafhiz dan Hafiy.

" Comelnya Helena... "

" Bulatnya mata dia! "

Kedua kembar itu mencium pipi Helena Dahlia.

" Hadif, aku nak tengok baby tu. " Heidi meminta perlahan, malu. Hm.

" Nah. " Hadif menghulurkan tubuh kecil Helena. Kini bayi itu sudah bertukar tangan.

Terukir senyuman manis dari wajah beku milik Heidi Dahlan. Terserlah lesung pipitnya. Nampak sangat hatinya sedang girang melihat wajah adik perempuannya.

Hifzan Dareeq meletakkan Hefzy ke bawah. Tiba gilirannya mahu mendukung Helena.

Setelah tubuh kecil itu berada di dalam dukungannya, dia mencium lama wajah Helena. Sayang.

Kini ahli keluarga Grey sudah cukup sepuluh orang.




“ Grey clouds make lightning and thunder that will shake the enemy's soul. ”



×××

[ 7 Demons 1 Angel ]

Watak :

1. Hifzan Dareeq Grey
2. Hadif Daris Grey
3. Heidi Dahlan Grey
4. Habib Dhani Grey
5. Hafhiz Daniel Grey & 6. Hafiy Danish Grey
7. Hefzy Darwish Grey
8. Helena Dahlia Grey

7 times birth , 8 siblings •

------

hyee !♡

thank you kepada yang setia membaca story dari fumai

ini karya yang pertama, mengetengahkan topik kekeluargaan, maybe?

thank you juga kepada kawan-kawan yang banyak tolong usahakan story ni HAHA

btw, still interested?

(?・・)σ

------

7 DEMONS 1 ANGELWhere stories live. Discover now