7D1A | 26

431 29 0
                                    

" Sebenarnya... "

" Cakap ajelah, woi! Tak payah gantung-gantung. " Marah Saleema. Tak suka betul kalau orang bercakap tergantung. Saja nak bagi curious.

" Sebenarnya abang Hefzy pun suka kau! "

Saleema pegun. Buaian yang tadinya diayun laju kini terhenti.

Dub! Dab! Dub! Dab!

Eh, jantung ni pun, masa-masa macam inilah nak bergendang.

Saleema diam saja. Tidak membalas.

" Weh, relaks weh. Jangan mati lagi! " Helena menggoncang kuat bahu rakannya. Takut terkena heart attack ke apa. Nampak macam terkejut sangat.

" Ish, kau nak aku mati ke? " Saleema menghentikan tangan Helena yang ingin menggoncang kepalanya pula. Mahu bergegar otak.

" Tak lah, kau macam termenung jauh sangat. Tak akan baru cakap macam tu dah terbang ke bulan kut. "

" Haha. "

" Hah? "

Tak ada lawak, tak ada jenaka. Tiba-tiba Saleema gelak. Tadi diam aje.

" Aku rasa kau memang tak sihat ni. " Siang tadi marah, lepastu gelak. Sekarang ini pun dua kali lima aje situasinya. Mungkin Saleema stres sebab tugasan kolej yang diberi pensyarah terlalu banyak kut?

" Tak, kau yakin ke dia suka aku? Mana kau tahu ni? Haha. Aku ni, orang biasa aje weh. Bukan anak orang kaya, muka pun seposen. "

Helena jeling Saleema. Nampak macam senak sangat perut tu gelakkan diri sendiri.

" Seposen tengkorak kau lah, bukannya aku tak tahu ramai suka kau dekat kolej. "

Macam mana Helena tahu? Dia ada cabel, jangan risau. Siapa lagi yang cakap kalau bukan Hefzy.

Helena buka ulas bibir untuk menyambung kata sebelum suaranya tertahan akibat sergahan seseorang.

" Adik. "

Helena pula pegun.

Perlahan kepala dia pusing ke belakang mengikut arah suara itu.

Hefzy.

Hati sudah mula menutur kata sumpah buat diri sendiri.

Nafas dia tarik sedalamnya kemudian mata kembali menatap wajah abangnya itu. Berharap agar Hefzy tidak mendengar perbualannya dengan Saleema tadi.

Dan mata kelabu itu juga tajam menatapnya.

Terus dia kalih pandangan.

Sebab itu wujudnya definisi 'jangan buat Hefzy marah' di dalam keluarga Grey.

" Bye, Saleema. Balik lu. " Helena terus angkat kaki meninggalkan kawasan itu.

" Weh, jangan tinggal aku seorang! " Saleema berteriak kuat. Memang sengaja Helena nak tinggal dia di sini dengan Hefzy. Sudahlah berdua saja.

Hefzy pula mengambil tempat Helena.

Aik, dia pun nak main buaian ke?

" Er, em Hefzy... "

Kekok. Selepas pengakuan yang dibuat Helena terhadap perasaan Hefzy, dia rasa kekok untuk berhadapan dengannya.

" Hm. " Itu saja dibalasnya. Mata tak lepas memandang ke bawah. Wajah Saleema langsung tidak dia hadap.

Beberapa minit berlalu. Terasa keadaan begitu sunyi, Saleema memulakan kata.

" Er... Let's talk about MIT. " Topik baru dibuka.

7 DEMONS 1 ANGELWhere stories live. Discover now