7D1A | 29

415 25 4
                                    

Pandangan dibuang keluar tingkap. Awan-awan putih dipandang kosong. Telinga dipekakkan daripada mendengar usikan si rakan. Penatlah macam ni hari-hari.

" Seronok eh dating hari tu? " Kata-kata yang keluar dari bibir Helena semuanya mengundang jelingan Saleema.

Kuat Helena ketawa di ruangan itu.

" Sweet lah kau ni. Haha! " Ditepuk-tepuk belakang Saleema dengan tangannya. Tak henti-henti dia ketawa dari tadi. Tak letih ke?

Semasa mereka naik gondola di Venice hari tu, gondola yang dinaiki Helena bertembung dengan gondola yang dinaiki Saleema. Akibatnya, terbaliklah gondola yang dinaiki Saleema dan Hefzy akibat pertembungan yang kuat itu.

Dan yang menyelamatkan Saleema daripada lemas ialah Hefzy. Dia tahu Saleema tak pandai berenang.

" Kau diam. Jangan ulang balik benda yang dah lepas. " Saleema mendengus. Tak suka betul bila disakat begitu. Nanti pipi dia jadi merah macam tomato masam.

" Haha. Saleema! Saleema! Wake up! " Helena mengajuk cara Hefzy mengejutkan Saleema setelah membawanya naik ke darat. Menggelabah betul dia tengok abangnya ketika itu.

" Kalau nak kena campak dari kapal terbang ni, cuba ulang balik. " Ugut Saleema.

" Eleh, sukalah tu! " Usai berkata sedemikian Helena kabur meninggalkan Saleema di ruangan itu. Takut nanti terkena amukan Saleema.

Helena berlari ke seat Hadif.

" Eh, apa main lari-lari ni. Bergoyang private jet ni karang, mati katak sia-sia aje. " Hadif membuka headphone nya melihat Helena yang melabuhkan duduk di sebelahnya.

" Abang Hadif. Helena nak tanya. "

" Hm? " Hadif angkat keningnya tinggi.

Helena dekatkan bibir ke telinga Hadif. Mahu berbisik.

" Siapa girlfriend abang Hadif? "

Sejurus soalan itu keluar, terbatuk-batuk Hadif. Aduh, soalan lain tak ada?

" Abang mana ada girlfriend. " Hadif pandang tempat lain. Macam mana boleh kantoi ni?

" Eleh, jangan tipu! Hari tu Helena nampak abang Hadif minta nombor dari seorang perempuan masa dekat Madrid, Spain. "

" Lena salah tengok ni... "

" Oh, tak nak mengaku? " Helena keluarkan telefonnya. Nampak jarinya seperti mencari sesuatu di dalam telefon.

" Ini apa? " Helena pusing skrin telefon yang memaparkan video Hadif sedang mengayat perempuan.

Terbeliak mata Hadif Daris.

" Hi, beatiful. What's your name? " Hadif menghampiri seorang gadis. Nampak comel aje.

Gadis itu buat tak layan. Wajah dipaling ke arah lain.

" Are you single? Can I have your number? " Pinta Hadif. Muka gadis itu sungguh jelita! Entah bagaimana hatinya boleh terpaut.

" Please don't bother me. " Arah gadis itu.

Hadif buat muka monyok. Muka gadis itu ala-ala orang Arab! Apa agaknya yang dia buat di Sepanyol ini ya?

" Haha, kena reject! " Kuat tawa Hafiy di situ. Terbahak-bahak dia ketawakan abangnya.

Terkejut Helena di situ. Ingatkan perbualan ini hanya antara dia dan Hadif, rupanya Hafiy dan Hifzan pun curi dengar.

7 DEMONS 1 ANGELWhere stories live. Discover now