7D1A | 22

387 30 0
                                    

- sorry, kitonyo edit balik sbb Habib ghaib

•••

Dalam beberapa minit mereka berjalan, akhirnya sampai juga di taman bunga milik keluarga Grey.

" Helena nak main apa? " Soal Hifzan. Seluruh taman bunga itu dia pandang. Ada pagar sesat, meja minum petang, taman permainan dan sebagainya. Semua hasil rekaan bapanya khas untuk anak-anaknya bermain.

" Maze! " Laung Helena. Dilihat abang Habib, Hafiy, Hafhiz dan Hefzy telah hilang bermain di taman permainan.

" Are you sure? " Soal Hifzan agak risau. Pagar sesat di sini bukannya kecil. Takut kalau adiknya tersesat tak jumpa jalan keluar.

Helena angguk laju meyakinkan abang sulungnya.

" Okay then, I'll be with you okay? " Tak mahu membiarkan Helena bermain seorang, dia menawarkan diri untuk mengikutinya bersama meskipun sebenarnya dia tak berapa suka pagar sesat.

" Kau biar betul? " Heidi memaut bahu Hifzan. Risau dengan tindakan abangnya yang mahu menemani Helena ke pagar sesat.

Hifzan angguk kepala kecil. Dia harus melawan rasa takutnya. Dia tak boleh selamanya berada di dalam comfort zone.

" Tak payahlah, biar aku teman. Nanti kau pengsan dalam tu tak akan Helena nak tarik kau keluar? " Ujar Hadif serius. Gila ke apa nak letak Hifzan dalam pagar sesat tu? Dia tu sudahlah ada mazeophobia.

Lagipun pagar sesat itu agak sempit untuk berjalan berkumpulan.

" Abang Hifzan, nak masuk maze! " Jari telunjuk Hifzan dalam genggaman dia goyang-goyangkan.

" Dahlah, jom kita pergi berempat. " Baru saja Hadif mahu membuat langkah pertama ke dalam pagar sesat itu, tubuhnya dihalang Heidi.

" Siapa nak jaga budak-budak tu? " Soal Heidi. Taman ini terletak di hutan, kalau ada binatang buas macam mana?

" Bodyguard kan ada? "

" Kat sini tak banyak, kau pergilah jaga dia orang. " Arah Heidi sesuka hati. Adik-adiknya itu semua bukannya ada ilmu pertahankan diri pun. Pegang pistol pun terkial-kial lagi.

" Aku pula? Kaulah pergi. Kau kan nak jadi tentera? Kena berani, bro. " Hadif menepuk-nepuk dada bidang Heidi.

Heidi mengalah. " Kau tengok-tengkokkan dia orang betul-betul. " Nasihat Heidi pada Hadif. Firasatnya hari ini agak lain dari yang lain.

" Aku tahulah. " Jawab Hadif sambil lewa.

" Hifzan. " Kini mata Heidi bertembung dengan anak mata kelabu Hifzan.

" Good luck. " Usai memberi sepatah dua kata, dia beredar mendapatkan adik-adiknya.

" Jomlah! " Ajak Helena. Lama dia tunggu, tangan Hifzan dia tarik begitu saja.

" Iye, princess. "







" Aku rasa kita dah sesat. " Ujar Hadif perlahan.

" Apa?! " Mata Hifzan membulat luas. Dia mula memegang dadanya. Nafasnya terasa sesak dek kerana berlama di dalam pagar sesat. Kepalanya mula berpinar-pinar. Dia rasa takut. Jantungnya mula ganas berdegup. Persekitaran yang dia nampak hanyalah tumbuhan hijau yang tinggi bersama bunga ros yang menjadi samar-samar.

" Abang Hifzan kenapa? " Helena pegang tangan Hifzan. Wajah Hifzan yang memucat buat dia risau. Gugur air matanya melihat abangnya yang sentiasa kuat kelihatan begitu takut.

" Weh, Hifzan relaks. Sabar. Tarik nafas, hembus. Jalan boleh cari, sekejap aje ni. " Hadif Daris menenangkan abangnya. Tubuh Hifzan dia tolak perlahan untuk duduk dan tenangkan diri.

7 DEMONS 1 ANGELWhere stories live. Discover now