7D1A | 02

803 50 16
                                    

" Dah tu, apa pasal sama? " Bentak Hafiy kuat. Tidak puas hati dengan kembarnya. Dipandangnya corak pembalut kotak hadiah dia dan Hafhiz bersilih ganti. Sama!

" Kau beli pembalut hadiah banyak-banyak, lepastu guna sikit aje. Daripada membazir beli baru, baik aku guna kau punya. " Hafhiz menerangkan alasannya.

Kemudian dia memandang kembarnya tajam menikam anak mata.

" Dan aku tahu lebihan pembalut tu kau buang dekat almari baju aku! " Hafhiz pula naik berang dengan kembarnya. Terbalik sudah. Hafiy menarik sengih kambing. Tidak mahu mengaku salah.

Benar yang dikatakan Hafhiz, Hafiy membuang lebihan hartanya itu ke dalam almari kembarnya. Selama seminggu Hafhiz tidak pernah membangkitkan isu itu, jadi dia ingat tidak kantoi. Tahu-tahu hari ini kena tengking.

" Ish abang berdua ni, perangai macam budak-budak. Dah tua pun bergaduh lagi. Jadilah macam Helena Dahlia yang baik lagi cerdik ni. " Angkuh nada budak kecil itu. Rambutnya yang agak panjang dikibas ke belakang. Berlagak.

" Ada yang menangis tak dapat hadiah nanti. " Hafhiz menjeling tajam bersama ugutannya.

Helena sengih seperti kerang wangi.

" My precious, come here. Don't mind that unhandsome boy. " Hafiy memanggil Helena. Sekali pakej mengejek Hafhiz.

Dengan amarah masih tersisa, Hafhiz menendang kuat punggung Hafiy sehingga melutut di hadapan Helena. Berdesis si Hafiy apabila belakangnya terasa sakit.

" Sedap eh mengutuk aku? " Sinis Hafhiz.

Helena mendekati Hafiy bersama tawa yang ditahan apabila Hafiy melutut di hadapannya.

" Rosak punggung aku! " Hafiy menggosok punggungnya, sakit!

" Biar, memang dari dulu aku teringin nak tendang punggung kau yang selalu gelek depan cermin tu. Tak senonoh. " Seloroh Hafhiz. Geram sungguh dia apabila disajikan dengan pemandangan yang berlawanan dengan sifat indah di mana Hafiy sedang bergelek di depan cermin bilik ketika Hafhiz menerjah masuk.

Sejak hari itu, dia mula mempersoalkan keputusan Puan Dairisya yang menyatukan bilik tidur mereka.

" Stop it, boys. " Tegas Tuan Huzhaid. Tidak mahu majlis hari lahir anak perempuannya musnah disebabkan kembar itu.

Hafiy Danish menjatuhkan kepala memandang Helena yang lama berdiri mendongak memandangnya. Lupa pula fasal adiknya seorang ini.

" Haa adik, nak hadiah tak? " Hafiy meniru suara watak penculik kartun melayu. Dia merendahkan tubuhnya mengikut ketinggian Helena, tangan ditongkat di lutut. Pendek sungguh adik perempuannya ini

" Nak! Nak! " Jerit Helena nyaring. Dalam banyak-banyak hadiah, hadiah daripada abang Hafiy lah yang paling dia nantikan. Sebab Hafiy sentiasa memberi hadiah yang lain dari yang lain, unik katakan.

Dulu, Hafiy pernah memberi motor kepada Helena. Katanya untuk kegunaan masa depan.

" Close your eyes first. "

Helena menutup kedua mata menggunakan tangan kecilnya.

" Aip, aip. Jangan tengok. " Hafiy memberi amaran. Nampak sangat mata coklat terang Helena di celah jari.

" Okay, open your beautiful eyes. "

Helena menjerit.

Nyaring.

" Macbook?! " Helena menekup kedua pipinya sendiri. Rasa tak percaya. Selama ini dia mana ada telefon atau gadjet telekomunikasi.

" Woi, mana kau dapat duit beli benda tu? " Hafhiz memeluk tubuh.

7 DEMONS 1 ANGELWhere stories live. Discover now