7D1A | 28

425 24 0
                                    

Seminggu berlalu sejak keluarga Grey bercuti di Cyprus, Sepanyol dan juga Malta. Kini mereka sudah berada di bumi Itali. Tanah asal keluarga mereka.

" This is Venice, baby. " Kaca mata hitam dicabut dari batang hidungnya yang mancung. Senyuman lebar terukir manis di bibirnya. Hafiy berjalan dengan tangan dimasukkan ke poket seluar.

" Yes, it is. " Hadif angguk kepala. Dia pula mengusung langkah beriringan dengan adiknya.

" Hafiy, pandang kamera. " Panggil Hadif. Telefon di tangan dia angkat tinggi sedikit, mencari sudut yang cantik untuk bergambar.

Hafiy menarik bibir mengulum senyum menampakkan sebaris gigi putihnya.

Kcek! Kcek!

Beberapa gambar diambil Hadif dengan pelbagai gaya. Sekejap gaya peace, sekejap pandang tempat lain. Macam-macam pose dilakukan bagi menjadikan gambar mereka lebih menarik.

Hafhiz pusingkan bola matanya. Dia berjalan dengan segak, tangan diseluk kedalam poket.

Heidi pula elok bersembang dengan Hifzan. Nampak aura kematangan seorang jejaka di situ. Terutama apabila mereka berdua duduk bersebelahan, memang terserlah kekacakan.

Puan Dairisya dan Tuan Huzhaid berpegangan tangan. Mengikut langkah anak-anak mereka yang sudah berada di hadapan. Helena, Saleema dan Aunty Mariana pula tak henti ber-selfie.

Sehinggalah mereka tiba di hadapan beberapa buah kereta mewah.

" Our first destination. Hotel Ai Cavalieri di Venezia. " Ucap Xayn seraya mengarahkan anak-anak buahnya untuk membuka pintu kereta bagi majikan mereka.










Sinis bibir merah itu melakar senyuman.

" Abbiamo aspettato alcuni mesi per questo momento. ( We have waited a few months for this moment. ) " Lantang suara garau itu berkata.

Wajah rakan-rakannya dipandang seorang demi seorang. Sehinggalah mata hazel gelap itu tertancap pada wajah Aldo Barone.

" We used to do this before. " Sejurus berkata sebegitu, Lorenzo menepuk bahu Aldo beberapa kali.

" Luiz, everything is fine right? " Tanya Lorenzo pada Luiz Aubert tanpa melihat wajahnya.

" Our weapons are all good. My man is all ready. The war is going to started after this week, right? " Luiz mengangkat sebelah keningnya. Wajahnya tegang menandakan perkara yang dibincangkan ketika ini adalah serius.

" Up to the Greys. They decide it. "









Seluruh pelosok bilik itu dia lirik. Gaya mewah dan elegan. Tempat berehat yang selesa untuk mereka sementara berada di Venice.

Helena pusing tubuh ke belakang, memandang wajah Saleema yang tergamam.

" Kau kalau melancong memang tak ada bilik yang normal ke? Semua cantik dan mewah. Segan pula aku. " Kata Saleema dengan mata yang masih menerokai bilik tidur mereka. Mak aih, cantik betul. Dah macam bilik tidur diraja.

" Biasa aje ni. Kita duduk sini tak lama pun. " Terang Helena sambil tangannya mengemas beg pakaian.

" Tak lama? " Soal Saleema. Dia tak faham. Tak akan tempat mewah begini nak duduk dua tiga hari aje? Macam membazir pula.

" Ya, nanti dekat Rom kita duduk dekat rumah family. " Jawab Helena. Iyalah, Saleema tak banyak tahu tentang keluarganya yang di Itali inikan? Nanti dia akan kenalkan pada sepupunya yang lain.

7 DEMONS 1 ANGELDonde viven las historias. Descúbrelo ahora