EDISI RAMADHAN

566 23 0
                                    

🌙 Grey's Ramadhan Version 🌙

" Hifzan, kejut adik-adik you. " Arah Puan Dairisya. Amanah dititip kepada Hifzan selaku anak sulungnya.

" Okay mummy. " Hifzan masuk ke dalam lif dan menekan butang tingkat dua dimana bilik adik-adiknya terletak.

Ting!

Pintu lif terbuka. Kakinya melangkah dahulu ke bilik Hadif.

Pintu diketuk beberapa kali.

Tiada sahutan.

" Hadif! " Laung Hifzan dari luar.

" Hadif! " Panggilnya buat kali kedua namun tiada tanda panggilannya bakal dijawab.

Bam!

Pintu itu dia tolak kuat. Nasib baik tak berkunci.

Tubuh Hadif yang masih berselimut dia angkat dan goncang kuat.

" BANGUN! SAHUR! "

Hadif celik mata.

" Ngantuk bro. "

Tak sempat dia tutup mata kembali baru dia perasan yang kejutkan dia ialah Hifzan.

Laju dia bangun dan masuk ke bilik air.

Selesai membangunkan Hadif, dia pergi pula ke bilik Heidi.

Kekura dibawa ke muka pintu.

" Ya, aku nak bangunlah ni. "

Terhenti kekura Hifzan daripada bertemu muka pintu mendengar suara Heidi dari dalam. Kepala dia angguk perlahan.

Kini dia berada di hadapan bilik Habib. Dapat dia lihat cahaya terang yang menembusi celah pintu.

Nampaknya Habib dah bangun.

Memang kebiasaannya melakukan solat sunat di sepertiga malam sehinggalah masuk waktu subuh.

Dia berjalan pula ke bilik si kembar.

Hifzan mengeluh.

Pintu bilik tidur Hafiy dan Hafhiz yang tidak berkunci itu dia kuak perlahan.

Kaki melangkah menghampiri katil Hafhiz.

Tubuh itu dia sentuh.

" Hm. " Hafhiz mengeram. Terasa tidurnya diganggu, dia pusing tubuhnya mengiring. Selimut ditarik menutup seluruh tubuh sehingga kepala.

" Hafhiz bangun, sahur. " Panggil Hifzan lagi. Hafhiz yang tidur membelakanginya itu dia tolak sedikit.

" Hm... "

Hanya 'hm' saja yang dia dapat dari tadi. Nak tunggu Hafhiz bangun memang esok lah jawabnya. Baik dia kejut Hafiy dulu.

" Hafiy. "

Senyap.

" Hafiy. "

Masih tiada jawapan. Geram, tubuh Hafiy dia goncang sedikit.

" Haf- "

" NGOOH! KHROOGH! "

Terhinjut bahu Hifzan dek kerana dengkuran kuat Hafiy. Dengan perasaan yang tak dapat diungkap dia balut kedua adik kembarnya di dalam selimut dan mengangkat mereka seperti guni di kedua bahu.

Hifzan mengorak langkah ke tingkat bawah sebelum bertembung dengan Heidi yang baru sahaja keluar dari bilik.

Heidi pandang dua adik kembarnya sebelum mata dibawa ke wajah Hifzan.

" Noice. Biar aku angkat seekor. "

Mereka berdua pun turun ke ruang makan bersama dua guni di bahu.

Hefzy?

7 DEMONS 1 ANGELWhere stories live. Discover now