7D1A | 14

523 31 0
                                    

- the past of Xayn. kalau tak nak baca skip bab 14 & 15

- btw supress ntuk dua minggu, HAHAHA

•••

Dia berlari selaju mungkin di dalam keramaian manusia. Melarikan diri daripada ditangkap. Dia tak mahu masuk penjara. Siapa yang akan jaga ibunya nanti?

" Tunggu! "

Suara itu makin hampir. Dekat, sangat dekat. Dia mempercepatkan langkah kakinya yang tidak berlapik kasut mahupun selipar.

Sikit lagi nak sampai..

Sikit lagi..

Buk!

Dia meringis kesakitan. Kebas belakangnya apabila bersentuh dinding, tubuh ditolak masuk ke satu lorong gelap. Baru saja mahu meloloskan diri, tubuh dia ditolak lagi ke dinding batu bata.

Dengan beraninya dia mengangkat wajah memandang tajam lelaki di hadapannya.

" Pulangkan dompet aku. " Arah lelaki itu. Mata kelabunya menikam tajam anak mata seorang budak lelaki yang sebayanya. Cuma lebih kurus dan... kotor. Bajunya lusuh, koyak rabak, seluar pendek. Bau pun busuk, macam tak pernah mandi.

" Kalau aku tak nak bagi, kau nak buat apa? " Dia mencabar. Dompet yang dicurinya tadi dia sorok di belakang.

" Kau bagi balik. " Nada budak lelaki itu lebih tegas. Fizikal tubuhnya yang lebih besar langsung tidak membuat pencuri cilik di hadapannya gentar.

" Kau kan anak orang kaya, pergilah minta duit dekat mak bapa kau! " Si pencuri masih tidak mahu mengalah. Baru sahaja tangan ingin naik menumbuk si tubuh sasa, tumbukannya ditahan.

Tangan itu dipulas sedikit. " Argh! " Dompet yang dipegang di tangan kiri terjatuh.

Si tubuh sasa melepaskan tangan si pencuri cilik tadi. Dompetnya dikutip.

Si pencuri tadi menggosok-gosok pergelangan tangannya. Pedih.

" Nah. "

Dia angkat kepala. Duit berwarna ungu yang dihulur oleh mangsa pencuriannya dia ambil laju. Dia pandang pula si pemberi tadi sambil tangan kiri masih menggosok-gosok tangan kanan.

" Apa hal kau bagi aku duit? Aku dah curi duit kau kan? " Soalnya seakan tidak berpuas hati. Selama dua tahun dia mencuri, apabila ditangkap dia hanya akan mendapat pukulan dan cacian sahaja. Orang di hadapannya ini agak lain dari yang lain. Bagi duit pada pencuri.

" Aku tahu kau orang susah. Tapi tak payahlah mencuri. " Si tubuh sasa tadi menyimpan dompetnya.

" Kau tak kenal aku lah, tak payah buat-buat kenal! Kau tak faham aku! Kau tu anak orang kaya, tak pernah hidup susah! Celik mata aje dah dikelilingi duit, kan?! " Dia membentak. Dia tahu sangat perangai orang kaya. Sombong dan jijik pada orang miskin.

" Tak, sekarang ni apa masalah kau? Aku dah bagi kau duit tu simpan lah, buat tampung perbelanjaan sementara. Yang kau nak mengamuk apa hal? "

Si pencuri tadi diam sekejap. Kemudian dia terus larikan diri.

Si tubuh sasa hanya menggeleng kepala perlahan.

Sebulan berlalu, si pencuri berkeliaran di pasar lagi. Seorang-seorang dia pandang. Mana satu yang nampak macam kaya, dia akan cuba ambil duit daripadanya. Selama ini pun memang dia tampung makan minum dengan duit curi.

Hari sudah petang. Seorang pun dia tak dapat curi duit tadi. Dia mengeluh berat. Perut yang masih lapar dia usap perlahan. Duit seratus ringgit yang diberi oleh manusia aneh sudah habis dua hari lepas. Masuk hari ini, sudah tiga hari dia tidak makan melainkan minum air hujan.

7 DEMONS 1 ANGELWhere stories live. Discover now