7D1A | 09

546 33 9
                                    

- supres

•••

Ding dong!

Bunyi loceng bergema di dalam rumah. Semua susuk yang telah berada di ruang dapur dan meja makan mengangkat wajah.

Puan Dairisya pula melorek senyum lebar. Helena yang baru sahaja mahu duduk di kerusi miliknya di ruang makan itu kembali menegakkan tubuh apabila mummynya meminta dia membuka pintu utama.

Tanpa membantah Helena melangkah ke ruang hadapan. Siapa pula datang tengahari buta ni?

Tubuh pendeknya dijongket sedikit melihat melalui lubang pintu, memastikan siapa gerangan yang datang.

Oh, abang Habib dah balik!

Pantas tangannya membuka daun pintu.

" Assalamualaikum- "

" Abang Habib! " Helena melompat masuk dalam pelukan abangnya. Baru empat hari Habib tiada di rumah, dia rindu pada sosok itu.

Habib mengelus lembut kepala Helena yang hanya berada di paras dadanya. Pendek betul adiknya seorang ini.

" Ehem. "

Dehaman itu membuat Helena panggung kepala mendongak memandang Habib.

" Abang Habib sakit tekak ke? "

" Bukan abanglah. " Nafi Habib.

" Kita dekat belakang yang tinggi lampai ni pun dia tak nampak ye? "

Laju tengkuk Helena mengubah posisi memandang belakang tubuh Habib. Meluas anak matanya. Ini lagi dia rindu!

" Abang Heidi! " Helena berlari anak mendapatkan Heidi. Rindu betul pada abang askar dia ni.

Heidi membalas pelukan Helena. Dia menunduk sedikit menatap wajah Helena. Macam makin pendek aje.

" Helena rindu abang Heidi! " Manakan tidak, sudah tiga bulan tak balik, duduk menetap di negara orang. Mahu telefon pula susah, sibuk katanya.

Heidi senyum manis, hanya untuk adiknya yang seorang ini.

" Amboi, dah jumpa abang favourite dia terus lupa kita! " Hafiy berdiri di hadapan pintu dengan tangan mencekak pinggang. Bibir muncung sedepa.

" Bro, awal balik? " Sindir Hafhiz. Tangan turut naik memeluk tubuh Habib dan Heidi.

" Aku balik ni pun tak lama. "

" Berapa hari? "

" Dua minggu aje. "

Semua mulai masuk ke dalam rumah. Menunggu kehadiran empat lagi sosok yang belum tiba. Tuan Huzhaid, Hifzan, Hefzy dan juga Hadif. Awal-awal lagi Puan Dairisya sudah menghantar mesej pada suaminya untuk pulang awal, bluetick aje yang dia dapat.

Riuh suasana rumah agam keluarga Grey sebelum kembali senyap sedikit mendengar bunyi deruman kereta di luar rumah.

" Daddy dah balik tu. " Puan Dairisya membuka langkah menjemput suaminya yang baru pulang bersama tiga lagi anak terunanya.

" Lambat balik, orang semua dah tunggu. " Beg bimbit ditangan si suami diambil dan diletak di atas sofa.

Tuan Huzhaid mencium lembut dahi si isteri. Dia berjalan dengan tangan melingkar di pinggang isterinya ke meja makan.

Hifzan, Hadif dan Hefzy hanya mengikut langkah si bapa.

Cukup sahaja ahli keluarga Grey di situ, mereka memulakan sesi makan beramai-ramai. Ada yang makan di ruang tamu, di dapur, dan di anak tangga. Maklumlah, penghuninya ramai. Tambah-tambah lagi dengan para bodyguard, Xayn pun ada. Bergilir-gilirlah mereka makan dan berjaga di luar rumah. Yang berjaga di luar pun ada yang tengah makan. Keadaan yang riuh rendah dengan orang yang sibuk berbual dan bersembang rancak sudah seperti kenduri.

7 DEMONS 1 ANGELWhere stories live. Discover now