7D1A | 19

446 30 0
                                    

Kaki dihayun ke depan dan ke belakang. Bosan menunggu Saleema yang bertapa di tandas pusat beli belah ini. Mata tak lepas memandang orang awam yang turut berada di situ.

Telefon yang dari tadi berbunyi menandakan ada mesej masuk dia abaikan. Tahu sangat siapa yang mesej.

Bunyi notifikasi itu sudah seperti lagu.

Jadi Helena buat keputusan untuk buka telefon.

- La mia fecilita.
- Answer me.
- Look at the first floor.
- Buka mesej ni!
- Hei, jangan pulau I.
- Jawab awak...
- LA MIA FECILITAAA!

Helena mengeluh. Dia angkat kepala memandang tingkat atas.

Dan melihat seseorang yang melambai tangan padanya. Helena terkaku seketika sebelum kakinya diangkat berlari ke arah lif.

Butang lif ke atas ditekan beberapa kali.

" Cepatlah! "

Pintu lif terbuka.

Helena merengus geram apabila lif itu dipenuhi orang. Dia mempercepatkan langkah ke arah eskalator. Tiba sahaja di tingkat satu, dia berlari ke tempat lelaki yang melambai tangan padanya, namun dia tiada di situ.

Helena ramas rambutnya sendiri. Dia menunduk melihat keadaan di tingkat bawah mencari sosok seseorang dan terpandang Saleema yang baru keluar dari tandas terpinga-pinga mencarinya.

Dia tepuk dahi sendiri. Macam manalah dia boleh tiba-tiba terlupa tentang Saleema.

Alih-alih dia pandang kiri kanan, mencari sahabatnya. Tadi ada di sini, selepas itu hilang pula.

" Saleema! "

Tubuh Saleema berpusing 180 darjah. Dia nampak Helena berjalan ke arahnya dengan nafas yang termengah-mengah. Macam baru lepas bermaraton di sekitar pusat beli belah ini.

" Kau kenapa? Pergi mana? Apa hal mengah sangat ni? "

Tak sempat Helena mencari nafas, dia sudah diserang dengan pelbagai soalan daripada Saleema.

" Sabar... bagi aku... cari nafas dulu! " Helena membongkok dengan kedua tangan memegang kepala lutut.

" Okey, okey. " Saleema mengaja Helena untuk duduk di bangku sebentar. Bagi Helena bertenang dahulu, baru dia soal siasat.

Lima minit berlalu, dia lihat Helena macam terlebih tenang.

" Sekarang cerita. " Saleema menyilang tangan di dada.

Helena diam tidak menjawab. Dia sendiri tak tahu nak cerita macam mana. Sudahlah panjang berjela kalau nak dikaitkan dengan kejadian sebelas tahun lepas. Saleema ni pula jenis suka korek cerita sampai dia sendiri mengalah.

Helena diam sehinggalah perutnya yang berbunyi. Dia pegang perutnya dan memandang Saleema dengan pandangan sayu.

Saleema mengeluh.

" Kita baru makan tadi. "

" Tadi makan apa aje, setakat spageti karbonara tak cukup. " Helena senyum menampakkan giginya yang putih. Senangnya tukar topik.

" Okey, kita pergi makan. Tapi...! "

Helena terus mendengar.

" Tapi lepas tu kau kena cerita dengan aku apa yang jadi. Dahlah tinggalkan aku seorang aje. Mati-mati aku ingat kau dah balik. "

Bosan tidak melakukan apa-apa, Hafiy buat keputusan untuk tidur sebentar. Dia ingatkan seronok kerja di kaunter resepsi, boleh jumpa ramai orang. Tapi dia silap. Pekerja di sini memang tak boleh berlawak langsung, serius sangat.

7 DEMONS 1 ANGELWhere stories live. Discover now