7D1A | 06

594 33 12
                                    

Dengan langkah yang berat, Helena memasuki kafe milik Neo Izhar. Dia datang seorang diri, semua orang sibuk katanya. Sudah dimaklumkan kepada abang Hifzan dia mahu keluar hari ini, berjumpa Neo. Jenuh dia menjawab semua soalan Hifzan. Nak pergi mana? Jumpa siapa? Pukul berapa? Di mana? Bersama siapa? Semua disoalnya. Tapi Helena sudah masak dengan perangai abangnya itu yang overprotective sejak kejadian sebelas tahun lepas.

Perlahan-lahan kaki melangkah ke arah kaunter. Nasib baik hari ini tak ramai yang melepak di kafe ini, mudahlah dia nak bercakap dengan Neo.

" Em, hai abang Neo. " Helena menyapa terlebih dahulu.

" Eh, hai baby! " Ceria Neo menyambut sapaan Helena. Senyuman manis tak lekang dari bibirnya.

Helena memandang wajah kacak Neo dengan perasaan tidak nyaman. Sejak mula-mula hubungan mereka lagi Helena sudah menegah panggilan 'baby', katanya abang Hafiy aje yang boleh panggil dia begitu dan dia tak selesa. Tapi Neo degil, tetap dengan panggilan miangnya itu.

" Sorry abang Neo, tapi Lena nak putuskan hubungan kita. " Helena berkata dengan terus terang, tidak mahu berlama. Terus dia menunduk bila nampak wajah Neo bertukar muram.

" What?! Why? We're just being a couple not even a week! " Neo sedikit membentak namun nada suaranya masih tertahan. Tidak mahu menarik perhatian pelanggan.

Helena yang perasan dengan perubahan emosi Neo secara mendadak itu terus memberi alasan. " Lena sebenarnya tak ada perasaan pun dekat abang Neo. " Tipu Helena. Dia memang sukakan Neo, tapi tidaklah berlebihan. Sekadar ingin berkawan, cukuplah. Rasa suka itu juga berkurangan sebaik sahaja Saleema memberitahu bahawa Neo curang dengannya.

" You're lying. " Neo menatap wajah kekasihnya yang seakan resah itu.

" Tak, Lena tak tipu. " Helena cuba meyakinkan Neo namun gagal.

" I know you, baby. I tahu mesti abang you yang suruh kita putus, right? " Neo meneka dengan tepat.

" T-tak lah! " Helena membangkang lagi. Dia sebenarnya takut dengan Neo. Pernah juga Neo tiba-tiba menjerkahnya kerana tidak puas hati apabila Helena melayannya seperti endah tak endah beberapa hari lepas.

" Jangan tipu I, Lena! I don't like it. And I tak terima yang you nak putuskan hubungan kita. You know that I love you, right? "

Tersentak Helena apabila tangannya direntap kasar. Neo menarik-narik tubuhnya masuk ke ruang dapur kafe itu. Neo sudah memunculkan tanduknya. Nasib baik sekarang pelanggan di kafenya sudah tiada, mudah bagi dia untuk menjalankan rancangan jahatnya.

" Apa ni abang Neo?! " Helena cuba menarik semula tangannya. Tetapi hampa, dia tidak mampu melawan kudrat lelaki itu.

" Abang kau kacau bisnes aku! Nak tak nak, aku kena bagi pengajaran sikit dekat dia! " Neo mencapai kayu kecil yang sengaja diletak di bawah kaunter, dipukul kuat di kepala Helena.

Berpinar-pinar pandangan Helena sekarang. Peningnya bertambah apabila memikirkan tentang apa yang dikatakan Neo. Bisnes? Setahunya kafe ini ajelah sumber pendapatan Neo Izhar. Lagipula, apa hubungan bisnes Neo dan abangnya? Apa pula kena mengena dengannya? Sampai perlu menggunakan kekerasan. Tubuhnya berasa diawang-awangan. Terlalu banyak beban yang dipikul di dalam fikiran ditambah lagi dengan sakit di kepala yang berdenyut-denyut akibat dipukul tadi.

" Kesian kau, Helena. " Ayat terakhir yang didengarinya sebelum mata mulai kabur.

" Helena mana mummy? " Pulang sahaja ke rumah, susuk Helena dicari dahulu, mahu penjelasan. Pagi tadi Helena langsung tak melayannya. Bila ditegur, angguk-angguk geleng-geleng sahaja sebagai jawapan. Macam merajuk aje. Dia ada buat salah ke?

7 DEMONS 1 ANGELWhere stories live. Discover now