7D1A | 20

487 31 0
                                    

" Nyam, nyam, nyam. "

" Slurp, sluuurp... "

Bunyi mengunyah dan minum itu dia buat tak endah. Buku ilmiah di tangan dia baca. Malas melayan perangai abang dan adiknya yang suka mengganggu ketenteraman masyarakat.

" Dia tak tergugatlah, macam mana ni? " Kata Hafiy. Pinggan nasi ayam ditangan dia letak ke lantai dahulu, menanti idea dan kata-kata daripada abangnya, Hadif.

" Hm, kau pergi ambil aiskrim yang ada dalam peti tu. " Arah Hadif. Secawan smoothie dia minum sehingga habis.

Hafiy mengangguk dan berlari ke dapur. Sampai di dapur, dia nampak Hafhiz sedang duduk di ruang makan bersama secawan susu coklat kegemarannya sambil melihat telefon.

Hafiy membuka peti ais dan mengambil aiskrim durian. Baru sahaja nak tutup peti ais, Hafhiz menegur.

" Misi tak tercapai ke sampai terdesak sangat nak guna aiskrim? " Mata Hafhiz masih lekat di telefon. Hanya bibir sahaja berkata terhadap Hafiy.

" Iye bang. Iman Habib kuat betul. " Hafiy membenarkan kata-kata Hafhiz.

Dia kembali semula ke ruang tamu.

Aiskrim durian di tangan Hafiy, Hadif ambil. Koyak saja plastik aiskrin, Hafiy berkata. " Bagi akulah makan aiskrim tu. "

" Kenapa pula? "

" Tadi kau dah minum smoothie, bagilah aku makan aiskrim tu! " Hafiy cuba merampas aiskrim di tangan Hadif.

" Eh, kau kan dah makan nasi ayam! "

Maka Hadif dan Hafiy mula berebut aiskrim durian yang tidak diketahui pemiliknya.

Habib yang duduk di antara mereka mula mengeluh panjang sebelum dia berlalu pergi ke biliknya.

" Ish, aku nak! "

" Aku kan abang- eh. Habib dah pergilah! " Hadif menggelabah. Tak sempat dia nak halang, Habib dah kunci pintu bilik.

" Ish, kau lah ni! " Jari telunjuk Hadif menunjuk ke arah Hafiy. Rancangan mereka untuk membuat Habib memarahi mereka tidak berjaya. Memandangkan hari ini Habib Dhani puasa sunat, jadi Hadif mengajak Hafiy membuat eksperimen menguji kesabaran Habib.

Tetapi rancangan itu gagal kerana Habib tidak memberi kerjasama.

Setakat makan makanan depan dia, dia tak terliur langsung. Daripada dia membazir masa melayan kerenah Hafiy dan Hadif, lebih baik dia membaca buku di dalam bilik. Lebih aman.

" Aku pula? "

" Iyelah! Kalau kau tak minta aiskrim tu tadi, mesti rancangan kita berjaya! Habib kan suka aiskrim durian! " Hadif memarahi Hafiy. Kuat suaranya kedengaran sehingga ke tingkat atas menyebabkan Hefzy turun ke bawah.

" Eh, senyap sikit boleh tak? Aku nak study! " Hefzy menjerkah dari arah tangga. Sakit telinga dia mendengar pertelingkahan kebudak-budakan abang-abang.

" Eleh, study ke melamun? " Hafiy memprovok. Sengaja membuat situasi makin memburuk.

Berasap telinga Hefzy. Tak tenang hidup dia hari ini.

Tak mahu membuat keadaan makin tegang, Hefzy pergi ke dapur. Dia harus mencari penyejuk untuk hatinya yang panas.

Dia nampak Hafhiz.

" Bergaduh? " Soal Hafhiz dengan nada yang datar. Bertanya hanya untuk memastikan, dan bukannya tertarik. Posisi mata masih melekat di skrin telefon. Entah apa ditengoknya.

7 DEMONS 1 ANGELWhere stories live. Discover now