08

118 17 0
                                    

Meryam Ieirish berjalan-jalan dalam hutan sambil mencari ranting untuk buat unggun api nanti malam. Biar pun rakan sekerjanya melarang tapi dia tetap mahu tolong. Pasang khemah, memasak apa semua dah orang lain buatkan. Jiwa berkhemah agaknya diorang ni.

Dia tak sempat buat apa pun...cuba lah juga nak memasak. Tapi...dia kena halau. Sebab dia tak pandai memasak. Dan yang pasti Ummi Humaira yang pecahkan rahsianya. Hikss.

Prakk!

Meryam Ieirish melihat sekeliling. Dari mana bunyi tu datang? Tak ada nampak pun bayang-bayang orang lain ke situ juga. Naik bulu roma dia tiba-tiba. Haih.. jangan lah mengarut.

Tak masuk maghrib lagi. Takkan dah ada setan yang terlepas? Gulp...

Seketika dia tersedar akan sesuatu lebih teruk.

"Hahaha mampus. Mana jalan balik ni?" Meryam Ieirish mengaru pipi yang digigit nyamuk. Mata meliar mencari jalan untuk keluar. Tapak khemah pun tak nampak ni. Suara orang lain pun takde dengar. Dia masuk jauh sangat ke dalam hutan? Haih..tak perasan pula.

"Korang!"

Tiada yang menyahut. Banyak kali dia cuba menjerit. Tapi memang takde yang perasan agaknya. Dia hilang ni tak orang tahu ke? Pasti lah perasan nanti kan? Kan?

Meryam Ieirish mendongak ke atas. Dah senja ni...langit dah makin gelap. Selamat ke dia...tak ada binatang buas kan? Haih...nasib malang berpisah tiada dengan seketul Meryam Ieirish.

"Akak.."

"Hmm?" Aku berpaling ke arah suara itu. Terbit satu senyuman pada wajah sendiri. Ada seorang anak kecil berbaju serba putih melambai ke arahnya. Aku melangkah ke arahnya.

"Adik boleh tolong akak?"

"Akak nak ke mana?" Soal adik itu mesra. Aku mencangkung di hadapannya. "Akak tersesat. Adik tahu jalan keluar?"

"Tahu! Tapi..."

"Kenapa?" Soal aku pula bila adik perempuan itu macam serba salah.

"Ibu adik cakap...kalau ada yang tersesat waktu macam ni kena bawa balik dulu. Takut apa-apa jadi.." aku ketawa kecil. Kepala budak itu aku gosok dengan lembut.

"Korang dah lama perhatikan akak ya?"

Adik itu mengangguk kepala. Aku mengeluh kecil. Nak taknak dia kena 'memujuk' dulu sebelum keluar dari situ. Sah-sah dia tak boleh ke mana pun.

"Mana ibu adik?"


Hari semakin gelap. Tapak perkhemahan berdekatan Villa milik keluarga Megat Naufal sudah kecoh dengan kehilangan Meryam Ieirish. Tiada sesiapa pun tahu ke mana gadis itu pergi.

Zayn Qaiser paling risau bila dia mendengar berita itu. Dia hampir melepaskan amarah kepada semua yang tak bersalah pun. Boleh jawab tak tahu tiba-tiba hilang. Panas hati.

"Bagi aku masuk dalam hutan tu. Diorang sendiri cakap last Meryam keluar cari ranting kan?" Zayn cuba memujuk Megat Naufal agar biarkan dia masuk ke dalam hutan.

"Jangan mengarut. Waktu macam ni kita tak patut masuk ke sana. Bahaya!"

"Habistu Meryam macam mana? Dia pasti dekat dalam sana, Naufal!" Suaranya naik seoktaf. Semua di sana terkejut dengan Zayn Qaiser yang baran tiba-tiba. Dapat agak Meryam Ieirish ada affair dengan sepupu boss mereka. Pasti!

"Kenapa korang gaduh-gaduh ni?" Soal Meryam Ieirish dengan muka blur.

"Arghhhh!"

Terkejut beruk gadis itu dibuatnya. Kenapa pulak diorang menjerit sampai macam tu sekali? Ada apa-apa jadi ke? Ranting kayu di letak atas tanah. Tapak tangan ditepuk-tepuk untuk buang kotoran.

BOOK 1: CIK BUNNY [✓]Where stories live. Discover now