24

81 11 0
                                    

"A-a-a...arghhhh!"

Zayn Qaiser pantas menarik tubuh Meryam Ieirish ke belakang. Dia turut terkejut dengan bunyi tembakan itu. Lebih terkejut bila tubuh Ku Aeisha yang jatuh menyembah pasir pantai.

"Lepas! Arghh! Lepaskan!!!"

Meryam Ieirish menjerit sekuat hati. Hatinya ranap melihat Ku Aeisha merintih kesakitan angkara tembakan yang mengenai bahu kannya. Dia meronta sekuat hati. Dia mahu selamatkan Ku Aeisha!

"Elmir! Jangan duduk diam! Tolonglahhhh!" Rayu Ieirish kepada Elmir yang turut tergamam. Baru saja lelaki itu mahu dapatkan Ku Aeisha..

"Woah! Kenapa tak elak? Kau memang nak mati sangat ke?" Muncul seorang lelaki dengan senjata di tangannya. Dia mendekati Ku Aeisha. Mata Ieirish terbeliak besar lepas mengecam siapa orang itu.

"Daniel!!!! Kau dah kenapa!" Lelaki itu berpaling kepada Ieirish. Wajahnya berubah bingung sebelum tersenyum lebar.

"Ouh! Kau dekat sini juga rupanya!" Dia baru nak mendekati Ieirish tapi Ku Aeisha mencengkam kakinya.

"Selesaikan masalah kita dulu lah sial.." Daniel merentap kakinya. Ku Aeisha berkerut menahan sakit pada bahunya. Dia cuba bangun berdiri.

"Haishh..tak habis-habis nak lindungi dia! Kau tu dah nak mati, Tengku Aeisha. Fikirkan diri sendiri dulu..." perli Daniel. Dia mengacukan muncung pistol tepat pada dahi Ku Aeisha.

Elmir mahu menerkam orang itu tapi Ku Aeisha mengangkat tapak tangannya. Memberi amaran jangan mendekati. Apa pun jadi..dia taknak orang lain tercedera. Titik!

"Tell me, Aeisha.." Daniel menyengetkan sedikit kepalanya ke kiri. "Apa jawapan kalau kau asyik lari dari kitaorang.."

Ku Aeisha mengeluh kecil. "Mati.."

Meryam Ieirish tergamam. Mati? Tak..tak.. Aeisha tak boleh mati.

"Daniel lepaskan Aeisha! Kenapa kau buat macam ni!!!!" Daniel berdecit kasar. Tak suka kerjanya diganggu. Baru dia nak acukan pistol ke arah Ieirish. Ku Aeisha sudah memegang pistol itu agar tetap di arahnya.

"Diam Ieirish! Kau jangan masuk campur!"
Daniel ketawa besar dengan tindakan berani mati Ku Aeisha. Hebat sungguh kesetiaan gadis ini!

"Nampaknya kau betul-betul sayangkan sepupu angkat kita ni..."

Ku Aeisha mengetap bibir.

"Kau dah dapat aku..lepaskan Ieirish. Dia dah tak ada kaitan dengan kita."

"Betul juga...aku nak kau saja. Ah!" Daniel merentap pistol ditangannya dari Ku Aeisha. Rambut ikal mayang gadis itu terikat elok dileraikan oleh Daniel.

"Kau takut dengan aku?" Tangannya menyentuh pipi Ku Aeisha. Dia dapatkan rasakan getaran halus dari gadis itu. Matanya teralih pada luka tembakan pada bahu Ku Aeisha. Darah membuak keluar tanpa henti dari situ.

Meryam Ieirish buntu. Dia nak tolong Ku Aeisha tapi Daniel memiliki senjata. Malah Zayn Qaiser dan Elmir tak dapat buat apa juga. Andai saja tiada senjata mungkin mereka boleh lawan Daniel.

Namun takdir tidak berpihak kepada mereka. Nyawa Ku Aeisha menjadi taruhan jika salah percaturan.

"You know what, Aeisha? Satu kerabat dah kecoh bila tahu kau pewaris sah harta Nenda. Pandai eh kau berlakon?"

"Aku tak hamak langsung harta Nenda! Korang ambik je la harta tu! Aku taknak!"

Daniel mencengkam kuat pipi Ku Aeisha.

"Kalau semudah tu aku takkan cari kau dekat sini! Kau ingat Nenda buat wasiat pakai air liur? Pakai lawyer, Aeisha!"

"Sejak bila korang pandai ikut undang-undang?? Meluak aku dengar tau tak?!?"

Daniel mendengus kasar. Wajah Ku Aeisha dilepaskan. "Kau ikut cakap aku..aku pastikan kau hidup. Ikut setiap telunjuk aku. Aku tahu kelemahan kau Si Ieirish...kau nak dia hidup aman kan?"

Ku Aeisha tergelak halus. "Aku tak kisah pasal hidup dan mati, Daniel...aku menyesal hidup sejak tahu keluarga aku berimankan harta. Kau pun sama berubah sejak kenal harta dunia, Daniel.." perlinya.

"Kau sama je, Aeisha!"

"Tak! Kita tak sama!" Ku Aeisha mencengkam bahu kanan yang semakin menyucuk sakitnya.  Nafasnya semakin tidak teratur. Dia kehilangan banyak darah. Bajunya dimandikan darah merah pekat.

"Aku sorang je yang berjuang selamatkan Ieirish dari keluarga kita. Kau tinggalkan aku sebab harta Nenda...kau berubah sebab kau taksub dengan harta dunia, Daniel. Aku kecewa dengan kau.."

Daniel diam.

"Aku nak abang aku yang dulu, Daniel." Mata mereka bersatu. Mata Ku Aeisha sudah basah dengan air mata.

"Aku tak sangka kau sanggup lukakan adik kandung kau sendiri..aku memang tak ada nilai ke berbanding harta Nenda?" Soalnya sayu.

"Tak.."

"Baguslah..." Ku Aeisha senyum lemah kepada Daniel. Abang kandungnya sendiri. Tidak menyayanginya. Tiada lagi tangan lelaki itu memimpinnya sejak kecil. Dia yang bodoh..

"Sekurang-kurangnya aku tak berasa bersalah sebab pergi dulu...kirim salam aku dekat Bonda. Ya?" Dia tersenyum lebar sebelum..

Lubang hidung Ku Aeisha mengalirkan darah. Dia terbatuk-batuk kuat. Mulut ditekup laju. Daniel terkejut saat melihat keadaan adiknya itu. Ku Aeisha melihat tapak tangannya sendiri. Darah..

"Aeisha!!!!!!!!" Jeritan Meryam Ieirish menyedarkan Ku Aeisha dari dunianya sendiri. Dia pandang gadis itu meronta-ronta dalam dakapan Zayn Qaiser. Menjerit-jerit namanya tanpa henti. Namun kedengaran makin tidak jelas ditelinganya.

Dia lihat pada Daniel semula. Ah, sejak bila abangnya sedekat ini dengannya?

Tangan Daniel bergetar-getar mahu menyentuh wajah adiknya itu. Lutut Ku Aeisha lemah. Badannya melorot jatuh. Daniel sempat menyambut tubuhnya. Mereka sama-sama terduduk di atas pasir pantai.

"Aeisha..A-aeisha..hei! Kau main-main je kan?"
Daniel menepuk pipi adiknya dengan lembut. Mata Ku Aeisha layu. Tubuhnya dingin ditambah angin malam.

Meryam Ieirish berjaya melepaskan diri dari Zayn terus menerkam ke arah adik beradik itu.

"Tak guna lah kau, Daniel!!! Aku benci kau! Kau abang tak guna!!!" Ieirish memukul bahu Daniel bertalu-talu. Lelaki sudah tidak kisah. Fokusnya hanya pada Ku Aeisha.

"Aeisha.."

Daniel memeluk tubuh itu dengan erat. Dingin.

"Dah awak!" Zayn menarik Ieirish dari memukul Daniel.

"Kita bawak Aeisha pergi hospital. Kita dah takda masa.." Elmir duduk mencangkung di sisi Ku Aeisha yang berada dalam pelukan Daniel.
Dia memeriksa nadi Ku Aeisha.

"Kita kena cepat. Kau nak meratapi Aeisha sampai bila?!? Nyawa dia dalam bahaya! Kalau kau nak bersedih make sure kau menangis tepat depan mata dia!"

Daniel mengangguk. Dia mencempung badan Ku Aeisha ke arah kereta Elmir bawa tadi. Ieirish dan Zayn naik ke dalam perut kereta juga dan mengikut kereta Elmir dari belakang.
Kedua-dua buah kenderaan itu memecut laju membelah jalan.

Meryam Ieirish tak berhenti berdoa agar Ku Aeisha selamat. Apa saja tapi bukan Ku Aeisha. Dia masih perlukan gadis itu dalam hidupnya. Tolonglah bertahan, Aeisha!

BOOK 1: CIK BUNNY [✓]Where stories live. Discover now