46

63 8 0
                                    

Tuan Noah menatap anak gadisnya yang terlantar di katil hospital. Tangan Leia tidak dilepaskan walaupun sesaat. Tangan kurus itu diusap lembut.. lagi-lagi air matanya jatuh.

Tangan ini pernah dia pegang erat waktu masih kecil. Masih suci dan bersih. Sekarang penuh dengan parut dan luka dari jarum tajam yang tak henti-henti menyentuh. Bukan saja di situ. Seluruh tubuh anak ini rapuh kerananya.

Benar-benar ayah yang tak bertanggungjawab. Bahkan, tak layak dipanggil sebagai seorang ayah.

"Tuan Noah.."

Haydar kembali selepas menghilang lama. Tuan Noah pandang ke arah pintu masuk bilik selepas menghapuskan air mata. Tiba-tiba saja dia merasakan waktu terhenti saat itu.

Haydar memimpin isterinya perlahan-lahan ke arah Tuan Noah. Dia bangun dari duduk. Air liur ditelan kesat. Perempuan memakai baju pink pokadot putih itu tersenyum lemah kepadanya.

"Isteri kamu ke, Haydar?" Soal Tuan Noah tak lepas dari memandang Ku Aeisha. Anggukan dari Haydar membuatkan dia terbungkam. Orang ini lah yang Leia katakan? Anak keduanya. Anak yang tak pernah dia beri perhatian mahupun kasih sayang?

Oh tuhan..

Wajahnya serupa dengan Leia. Hanya berbeza warna anak mata. Coklat gelap. Pasti mengikut genetik Ku Ameera..

"Pakcik ke penjaga Kakak saya?" Soal Ku Aeisha. Terkilan sesaat dirinya bila anak itu memanggilnya pakcik. Salahnya juga..

"Iya.."

Pang!

Kepala Tuan Noah terteleng ke kiri. Dia pandang Ku Aeisha dengan mata terbuntang luas. "Itu sebab jauhkan saya dengan Leia!"

Anak itu marah kepadanya. Jelas-jelas lah marah. Memisahkan mereka adik beradik. Ayah di depan mata pun tak dikenali. Semuanya silap dia..

Sesaat dia teringatkan Haydar memintanya pulang dari Albania dulu. Untuk mengahwinkan mereka berdua. Pada mulanya dia bingung. Kenapa dia? Lepas Leia terangkan bahwa Haydar bercinta dengan anak keduanya. Anak yang dia tak tahu kewujudannya.

Dia tidak berminat dengan anak itu. Masa akad nikah pun dia sebagai wali pengantin perempuan. Lepas habis ijab kabul mereka berdua, wajah anak itu langsung tidak dipandang. Dia terus berangkat pulang semula ke Albania.

Kejamnya dia sebagai seorang bapa.

"Maaf.." Ku Aeisha meminta maaf kerana menampar Tuan Noah. Emosi tak stabil. Lagi-lagi bila dengar keadaan Leia yang separuh mati itu. Dia yang sakit sebab kemalangan terus sihat semata-mata mencari keberadaan kakaknya.

Haydar suruh guna wheelchair pun dia tolak. Leia sedang sakit tak tertanggung peritnya. Dia pakai wheelchair? Taknak!

"Apa pakcik nak buat sekarang? Teruskan plan kononnya boleh selamatkan sejuta manusia.." sindir Ku Aeisha. Nampaknya 3 orang serupa wajah itu mempunyai sikap yang sama. Suka menyindir..

Haydar meletakkan kerusi belakang Ku Aeisha. Dia berterima kasih sebelum duduk. Penat berdiri..dah lah baru lepas bersalin.

"Kalau Pakcik taknak teruskan sekali pun..tak bermakna plan tu cancel terus. Bukan Pakcik sorang yang terlibat..ramai lagi."

Penjelasan Tuan Noah masuk akal. Nak yakinkan orang-orang yang terlibat pasti susah. Lagi-lagi Leia merupakan kajian mereka yang berjaya selepas bertahun-tahun mencuba.

"Kenapa Leia? Anak sendiri pun sanggup jadikan tikus makmal.. kalau sejak awal tak libatkan Leia takda lah jadi macam ni.."

Tuan Noah mengetap rahang. Jadi, Ku Aeisha tahu lah dirinya siapa sebenarnya..

BOOK 1: CIK BUNNY [✓]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon