25

104 10 0
                                    

"Tengku Aeisha Ilya. 3.29 A.M. 24 April 2023.  Disahkan meninggal.."

Meryam Ieirish jatuh terduduk di lantai luar bilik pembedahan. Selepas berjam-jam menunggu tapi khabar tidak baik itu diterima olehnya. Tangisannya pecah memenuhi jalan koridor di sana.

"Atas permintaan doktor peribadi arwah...Tiada sesiapa dibenarkan menyentuh tubuh arwah mahupun melawat sebelum dikebumikan.."

"Apa?" Meryam Ieirish bingkas bangun dan mendapatkan Doktor yang mengendali pembedahan tadi.

"Kami tak dapat tengok dia untuk kali terakhir? Mengarut!" Bentak Meryam Ieirish.

"Maaf Cik..tapi ini dah jadi kes polis. Tolong faham prosedur pihak kami. Saya minta diri dulu..." Doktor itu berlalu pergi meninggalkan mereka di situ terdiam tidak terkata.

"Bagus lah...kau boleh masuk penjara lepas ni. Puas lah hati kau bunuh, Aeisha?" Perli Meryam Ieirish. Matanya sembam memandang tajam ke arah Daniel.

"Diam.."

Meryam Ieirish ketawa sinis. Diam?

"Ouh! Senangnya kerja! Orang tu dah takde..kau suruh aku diam? Kau pikir nyawa tu kucing ke? Manusia, Daniel! Manusia!" Meryam Ieirish menekan lagi.

"Aku tahu! Habistu kau nak aku buat apa?!??"
Tanya Daniel bengang.

"Hidup dalam penyesalan..." Meryam Ieirish meluru ke arah lelaki itu. Berdiri tepat di hadapan Daniel.

"Aku nak kau menyesal. Hidup dihantui dengan dosa-dosa kau.."

"Kau tahu tak kau pun punca Aeisha mati? Kau jangan acah suci sangat lah, Ieirish.." bidas Daniel geram.

"Kalau bukan sebab nama kau takde dalam list pewaris harta Nenda...Aeisha pasti hidup aman je. Kau yang patutnya tak payah wujud dalam hidup kami. Kau punca segalanya, Ieirish.."

Meryam Ieirish terkejut. Dia punca? Kenapa dia pulak kena? Bila masa pula namanya di dalam list pewaris harta..

"Kau jangan nak salahkan aku atas ketamakan korang satu keluarga lah. Salahkan diri sendiri!"

"Aiesha lindungi kau sebab kau pewaris harta Nenda sebelum ni...kami tak dapat apa-apa. Setiap kali kitaorang nak buat apa-apa. Aeisha asyik jadi tembok penghalang.. kau tahu kan Aeisha selalu tiru bentuk wajah kau. Dia nak kelirukan orang upahan keluarga aku..biar dia yang cedera. Untuk kau.."

Daniel memeluk tubuh dengan wajah dingin.

"Still nak menangkan diri kau?" Soalnya sinis.

"A-aku tak tahu. Kenapa pula aku jadi pewaris? Aku takda kaitan dengan korang!"

Daniel mengeluh kasar.

"Pewarisan harta tak semestinya jatuh ke darah daging sendiri.."

Meryam Ieirish terpempan. Kenapa Nenda letak namanya? Jadi, dia kah punca Ku Aeisha jadi begini? Tak..tak.

"Tapi baru-baru ni pewarisan Nenda ditukar. Nenda letak nama Aeisha...satu family tak terima. Sebab hanya Aeisha——"

"Korang sekeluarga memang gila harta. Sampai mati korang takkan berubah kan?"

Daniel terdiam. Benar. Dia tak boleh membantahkan fakta itu.

"Salah seorang ahli kerabat kau dah meninggal. Bagus lepasni biar korang membunuh satu sama lain. Rasa lah harta dunia yang tak boleh bawak masuk kubur tu.."

Meryam Ieirish berpaling tubuh dari Daniel. Dia melangkah ke arah Zayn Qaiser setia yang menunggunya. Elmir entah ke mana sejak mendengar berita kematian Ku Aeisha. Harap-harap dia kuat..dan mereka yang menyayanginya perlu kuat dengan kehilangan cahaya kecil itu.

BOOK 1: CIK BUNNY [✓]Where stories live. Discover now