20

117 11 0
                                    

"Aku takut lah, Elmir.."

Ieirish masih ragu-ragu mahu berjumpa Zayn Qaiser. Mereka berdua sudah berada di depan pintu rumah keluarga lelaki itu lepas kejadian dengan Ku Aeisha tadi. Elmir memujuknya dan kata bahawa Ku Aeisha hanya tertekan dan memang bagi dia bertemu dengan Zayn.

"Aku lagi takut kena belasah... anyways, Ieirish.." Elmir memegang tombol pintu rumah. Dia pandang Ieirish. "Aku harap kau maafkan aku. Tu diri aku yang lama...percayalah aku pun menyesal."

Sejurus Elmir bilang begitu pintu rumah dibuka. Tanpa beri salam terus lelaki itu masuk ke dalam.

'Manusia tak pernah terlepas dari buat silap.' Bisik isi hati Ieirish.

Keluhan halus keluar dari bibirnya. Mungkin dia patut maafkan saja. Dia pun sedar diri dia pun pernah buat silap..bukan baik sangat pun.

Ieirish masuk ke dalam rumah lepas dipanggil oleh Elmir. Sempat dia termenung dekat situ. Pantas dia mengejar langkah Elmir. Matanya melilau melihat sekeliling. Besar jugak. Orang kaya raya juga rupanya. Zayn kata dia orang biasa.. dia kena scam ke?

"Elmir?"

Langkahnya terhenti. Hampir saja dia terlanggar tubuh lelaki itu dari belakang. Brek tak kasi signal!

"Mummy..."

Puan Irene! Cepat-cepat Ieirish memunculkan diri dari belakang Elmir yang lebih besar darinya itu. Seorang wanita berusia 40 an ke atas sedang duduk di atas sofa di ruang tamu memandang ke arah mereka dengan wajah terkejut.

"Ya Allah anak Mummy.." Puan Irene bangun dari duduknya mahu ke anaknya. Elmir lebih laju meluru ke arah ibunya itu. Tubuh tua itu dipeluk kemas dan erat. Elmir menangis teresak-esak melepaskan rasa rindu kepada ibu kandungnya itu.

Ieirish hanya kekal di situ melihat anak beranak itu buat jejak kasih. Mana Zayn? Kerja ke? Ah...lebih baik lelaki itu tiada. Dia tak tahu nak berdepan dengan Zayn bagaimana. Jadi biarlah..

"Kau buat apa dekat sini, Elmir! Aku dah warning kau kan!"

Bulu romanya naik serta merta kerana suara itu berada tidak jauh dari belakangnya. Kaki Ieirish terpaku di situ. Bunyi tapak kaki mendekati mereka.

"Sudah lah tu Zayn...ini adik kamu! Maafkan lah dia." Tegur Puan Irene lepas melepaskan pelukan dengan Elmir.

"No way..dia dah buat Zayn menderita. Dia hancurkan——" lengan Zayn ditahan. Dia berpaling ke belakang. Dia baru sedar ada seseorang di situ sebab terlalu marah melihat Elmir tadi.

"Meryam???" Tangan gadis itu mencengkam lengan baju kemejanya dengan kuat.

"Dah cukup, Zayn.." ucap Ieirish merayu. Zayn Qaiser seperti tak percaya gadis itu ada di sana. Hatinya berbunga melihat wajah Meryam Ieirish.

"Jangan buang Elmir..jangan halang dia dari jumpa ibu dia sendiri." Pinta Ieirish. Zayn Qaiser menggeleng kepala. Kenapa pula gadis ini mahu menangkan Elmie pula? Dah lupa dengan apa yang jadi?

"Dia layak kena hukum!"

"Enough Zayn Qaiser! Sampai bila nak jadi macam ni? Kita selesaikan semua dekat sini. Elmir dah bawa saya ke sini untuk awak. Jadi bagi dia ruang dengan ibu dia! Faham tak!"

Terdiam terus Zayn Qaiser. Dia menjeling Elmir di sebelah Mummy mereka. Dia pandang Ieirish semula.

"Fine..."

"Thanks Ieirish...jom mummy kita pergi jauh sikit..." Elmir memimpin Mummy ke arah berlainan. Mahu beri ruang kepada dua orang itu. Harap-harap semuanya baik-baik saja.

Meryam Ieirish melepaskan cengkamannya. Dia berdehem kecil.

"Ke mana awak pergi Meryam? Kenapa awak selalu lari dari saya...saya nak tahu kenapa.." mendayu lelaki itu menyoalnya.

BOOK 1: CIK BUNNY [✓]Where stories live. Discover now