09

106 16 0
                                    

"Ieirish...betul ke dah okay ni?"

Hannan rakan sekerjanya menyapa aku yang sedang termenung di meja makan. Aku angguk sebagai balasan. Hannan berlalu pergi selepas bertanya. Aihhh lagi sekali..

Bibir dimuncung sedepa. Dikerling manusia yang berdiri di sisinya. Tak lenguh ke bang? Dari tadi berdiri kat situ. Nak juga bertanya siapa kau ni...

Nak kata staff dekat IVS. Tak pernah nampak. Gayanya pun macam bodyguard. Kawan-kawan sekerja nak tegur aku pun takut sebab dia ni. Pekerja Tuan Megat ke?

"Awak siapa?"

Diam je. Tiada balasan. Muka dah macho tapi dingin semacam pulak perwatakan dia.

"Duduk lah..tak lenguh ke? Hello?" Aku melambai tangan depan mukanya. Tiada tindak balas jua.

"Saya bosan ni. Cakap lah apa-apa.."

Aku mengeluh lemah. Sah ada emas dalam mulut ni. Sayang betul nak bercakap.

"Saya nak ke pergi tepi pantai lah.." sengaja aku memancing dan umpan mengena! Orang itu menghalang aku bangun dari situ.

"Cik tak dibenarkan jauh dari sini."

Aku tepuk tangan beberapa kali. "sedapnya suara awak! Boleh bercakap rupanya hehe" aku sengih macam kerang wangi.

"Awak awak umur berapa?"

"27.."

"Ouh muda saya lagi. Saya 25 baru tapi single. Jom couple?.." Saja nak mengusik orang itu. Dia berdehem kecil. Aku gelak sakan melihat wajahnya kelihatan sedikit merah. Untung ada lampu boleh juga tengok.

"Amboi mengatal! Aku baru tinggal sekejap nak tolong prep bahan BBQ. Kau mengatal dengan...eh ni siapa?" Ummi Humaira pun turut kebingungan dengan orang asing itu. Tapi helok juga. Sedap mata memandang.

"Hah aku pun tak kenal. Dia tiba-tiba muncul kat tepi aku.." adu aku dengan muka keliru.

"Bagitau kau siapa.." Ummi Humaira mengacu pengepit besi panjang ke arahnya. Darimana kau rembat pengepit tu woi!

"Saya diarah untuk jaga Cik Ieirish. Jadi, jangan ganggu kerja saya.." orang itu tolak pengepit besi Ummi Humaira dengan hujung jari je.

"Siapa pulak bagi arahan ni? Sampai tandas ke kena ikut?" Soal aku selamba.

"Takkan lah.." Ummi Humaira menjeling orang itu atas bawah. "Kecuali kalau dia ni pervert berjaya.." sedas dia bagi. Mulut Ummi Humaira jangan dibawa bergaduh lah. Takkan menang.

"Kecuali tandas.."

"Dalam bilik pun jaga ke?" Soalan aku menambah lagi syak wasangka Ummi Humaira. Dah jadi protective dia pun sejak kejadian petang tadi. Dia scan lelaki itu atas bawah dengan muka tak puas hati. Mulalah pergaduhan mulut antara mereka berdua.

"Pftttt hahahaha!" Gelak tawa aku pecah jua kerana pergaduhan mulut mereka. Lucu!

"Syok nya gelak..."

"Hahaha haaa?" Aku berpaling ke sisi kiri. Hampir saja tangan aku naik nak menampar insan di sebelah. Untung sempat break. Terkejut weh. Tiba-tiba je ada.

"Awak suka buat saya terkejut lah Zayn. Nak saya mati awal ke?" Rungut aku tak puas hati.

"Mana mungkin saya biarkan awak mati, Bunny...awak milik saya." Ucapnya lembut.

Boleh tak aku hempuk dia ni pakai periuk?

"Saya bukan milik awak."

"Jadi, awak milik siapa?"

"Kematian.."

Zayn diam seketika sebelum tertawa halus. Pipi aku dicubit manja tiba-tiba.

"Izinkan saya jadi kematian yang boleh bawa awak ke syurga, Meryam. Kematian..kebahagian..kesedihan..saya sanggup jadi apa saja hanya untuk awak terima saya.."

Aku merenung wajahnya. Anak mata coklat cair milik lelaki itu ditatap lama. Ku cuba mencari jawapan yang didambakan. Namun hanya jalan buntu yang aku temui.

"Tak usah awak cuba mengubat hati yang sudah hancur ranap atas perbuatan awak sendiri.."

"Saya akan cuba, Meryam. Saya nak baiki semuanya. Awak kena bagi saya peluang..itu saja."

Aku menoleh ke arah lain. Taknak memberi jawapan yang salah kepadanya. Taknak silap langkah yang boleh hancurkan dia lagi.

"Please Meryam...i really want you back. Saya taknak orang lain.." bisiknya merayu. Aku keraskan hati daripada hanyut dengan pujukannya.

"Saya tak sanggup terluka lagi, Zayn." Zayn Qaiser terkedu seketika. Apa dia tiada peluang untuk memujuk hati Meryam? Tidak..dia yakin dia masih berpeluang.

"Meryam..."

"Cukup, Zayn.." Zayn Qaiser dapat dengar suara gadis itu bergetar. Dia terlalu mendesak ke? Tak pernah dia berniat untuk mendesak. Tapi cintanya ke atas Meryam terlampau tinggi. Terlalu tinggi hingga dia jatuh lagi dan lagi kepada Meryam Ieirish.

"Saya takkan berhenti. Awak semak ke apa..saya takkan pernah bosan pujuk awak. Saya sayang awak. Sangat-sangat.."

Bahu Meryam cuba disentuh namun dia tersedar yang tindakannya melampau. Tak patut dia menyentuh Meryam Ieirish. Tak sedar dia tidak menjaga batas kerana terlalu rindukannya.

"Malam terakhir kita jumpa..." Meryam Ieirish berdiri dari duduknya. Tanpa melihat ke arah Zayn..

"Kenapa awak seksa saya malam tu? Syaitan mana yang rasuk awak.." Meryam Ieirish berlalu pergi dengan tinggalkan ayat tergantung kepada Zayn Qaiser.

Malam terakhir? Apa jadi? Seksa? Mereka ada bertemu ke...Ya Tuhan. Macam mana nak selesaikan tanda soal ini? Dia buntu..

BOOK 1: CIK BUNNY [✓]Where stories live. Discover now