53

51 7 1
                                    

"taknak masuk dulu ke, Qaiser?"

"Wife i dah tunggu..lain kali." Heidi mencebik kecil. Teragak-agak dia mahu menutup pintu rumahnya. Masih berharap Zayn mahu singgah dahulu.

"Esok kan boleh jumpa dekat company.."

"I dah takde la esok.." balas Heidi dengan nada sendu. Zayn menepuk dahi sendiri. Lupa pula Heidi dah habis shooting sebagai duta baru dekat company Megat Naufal. Seketika dia bangga dengan pencapaian Heidi Qaliesha. Sekejap je dia naik semula.

"Megat tak kisah pun you datang company dia..Ayaz pun ada menunggu you dekat studio.." Usik Zayn. Heidi tayang muka geli geliman. Ayaz Si Sotong Kurita tu asyik menganggu Heidi je. Yang terkenal dengan kebencian dekat perempuan. Tiba-tiba saja berminat dengan Heidi Qaliesha. Mungkin terpukau dengan kecantikan gadis itu. Mana tahu kan.

"I rela berkurung dalam rumah je lah, Qaiser. You pun tahu i trauma dengan lelaki.."

"Ayaz tu lembut apa.."

Heidi berdecit tak suka. Zayn ketawa halus. Ada-ada je lah, Heidi ni.

"I takkan paksa you lah.." tangannya jatuh pada kepala Heidi. Rambut gadis itu diserabaikannya sesuka hati. Nak kasi nampak macam langsuir tapi elok pulak kejadiannya. Aura model barangkali.

"Keluar ke malam ni?"

"You takde..nak keluar macam mana?" Balas Heidi sambil membetulkan rambutnya. Nak kena ikat agaknya tangan Zayn ni. Asyik usik rambut dia je.

"Bodyguard you ada kan..kecik hati Rafael tau. You tak anggap dia sebagai bodyguard.." sengaja Zayn berkata begitu untuk membuat Heidi serba salah.

Heidi mengaru hujung hidung mancungnya sendiri. "Rafael lagi suka lah kalau i tak ganggu dia.. malam-malam mesti dia nak berseronok jugak" dalih Heidi.

"I upah dia jaga you..mana-mana you pergi Rafael sentiasa ada. Dia mata-mata i.."

"You sounds like a pervert, Qaiser.."

Heidi menjerit kecil bila kedua-dua pipinya dicubit penuh kegeraman oleh Zayn. Ada pulak dia dilabel sebagai pervert? Ini lah orang kata tak kenang budi. Orang elok-elok jaga dia. Ish ish ish.

"Bagitau Daddy! Sakit!" Gumam Heidi. Tangan mengosok pipi yang sudah merah. Dijeling Zayn tak lepas. Zayn pula tayang muka selamba. Tak takut pun..

"Daddy i bukan daddy you.."

"Eiii! Tak suka lah! Ambik lah daddy you tu! Hmphh!"

BAMMM!

Pintu rumah itu dihempas kuat oleh Heidi. Dah takde lah niat yang menjemput lelaki itu masuk dulu. Minum air ke apa. Taknak dah kawan. Benci!

Baru saja kakinya mahu melangkah namun terhenti. Mata gadis itu meliar melihat ruang tamunya yang seperti dilanda ribut taufan. Kelam kabut tangannya meraba tombol pintu. Tanpa fikir panjang terus dia melangkah keluar. Pintu ditutup kemas.

Dada Heidi berombak laju. Dia cuba untuk bertenang. Tuhan je tahu betapa cemasnya sekarang. Rumah kena pecah masuk siapa je tak takut!??

Gadis itu melihat sekeliling. Nampaknya Zayn sudah beredar dari sana. Macam mana kalau orang yang pecah masuk rumahnya masih di dalam? Rafael pulak dia halau awal-awal.

Ini ke balasan menganggu mental Ieirish tadi? Hiks..bukan dia sengaja pun. Mungkin sikit tapi takkan terus kena karma?!?

"Heidi!"

"Arghhh!"

Pap!

Tanpa sengaja tangannya naik menampar orang yang menyergahnya dari belakang. Orang itu mengadu sakit. Heidi menekup mulut. Ayaz!

BOOK 1: CIK BUNNY [✓]Where stories live. Discover now