22

99 11 1
                                    

Selepas beberapa jam perjalanan, mereka sampai ke negeri penyu itu. Bila dia lihat sekeliling memang banyak perubahan yang terjadi di negeri itu. Entah berapa lama dia tidak pulang. Semuanya kelihatan sangat asing. Sudah maju rupanya Kuala Terengganu sekarang ye.

Mereka tidak singgah ke mana-mana. Terus ke lokasi yang Ku Aeisha kongsikan. Chendering, Kuala Terengganu.

Meryam Ieirish boleh cakap semuanya sudah berbeza. Kawasan perumahan yang dia pernah duduk dulu pun dah dirobohkan dan dibina semula dengan perumahan elit. Yang mengejutkan dia ialah keluarganya menetap di perumahan itu.

Adakah keluarga itu sudah bahagia dan senang tanpanya?

Sampai saja di sebuah rumah banglo, mereka bertiga disambut mesra oleh ibubapanya. Ieirish kekok bila berhadapan dengan orang tuanya sendiri. Salam pun tak. Entahlah...nampak kurang ajar tapi sebenarnya dia takut. Takut kehadirannya menganggu keluarga itu.

"Ieirish..sini anak ibu" Anak mata Ieirish membesar saat dipanggil oleh ibunya, Puan Nadia. Kakinya perlahan-lahan melangkah. Wajah tua itu ditatap lama. Matanya berair dengan tiba-tiba.

"I-ibu.." Meryam Ieirish sebak. Puan Nadia mengangguk dengan senyuman lebar. Anak gadis itu ditarik kedalam pelukannya. Ieirish terkejut. Tangan Puan Nadia mengelus belakang kepalanya dengan lembut. Tangannya kaku. Mahu dipeluk atau tidak...dia takut sentuhannya tak disukai.

Puan Nadia pandang Zayn Qaiser dan Elmir.

"Terima kasih bawak anak ibu pulang..." Ieirish  pantas membalas pelukan itu. Tangisannya pecah. Puan Nadia memujuk anak gadisnya. Tuan Farris di sisi hanya melihat agenda anak beranak itu. Dia mempelawa Zayn Qaiser dan Elmir masuk ke dalam terlebih dahulu. Meninggalkan dua orang itu buat drama air mata.

"Dah dah dah..ibu tak suka Ieirish nangis lagi. Macam budak-budak nangisnya..." Puan Nadia mengesat air mata Ieirish dengan ibu jarinya. Ieirish mengangguk sambil ketawa kecil.

"Orang rindu ibu dengan abah.." adunya dengan suara serak.

"Kami pun...maaf sebab tak cari kamu dulu. Ieirish pasti faham kan?" Ieirish mengangguk kepala. Dia tak pernah meletakkan kesalahan kepada keluarganya cuma dia agak terkilan saja dengan hal dulu. Tapi biarlah hal itu berlalu.

"Jom masuk...rehat dulu. Mesti penat anak ibu ni.." Puan Nadia membawa Ieirish masuk ke dalam rumah. Mereka melangkah ke ruang tamu. Tuan Farris dan si kembar tengah berbual santai. Dah macam member. Mudah betul orang lelaki ni nak satu kepala eh.

"Ibu mana yang lain?" Soal Ieirish sambil mencari batang hidung adik beradiknya yang lain. Tapi hampa, semuanya tak munculkan diri. Sebab taknak berjumpa dengan dia ke?

"Along dengan angah kerja. Diorang nak tunggu tadi tapi dah lambat masuk kerja..." Ieirish lega sedikit lepas dengar hal itu. Otak dia tak habis-habis nak berfikiran negatif. Haish..

"Diorang...boleh terima Ieirish ke?" Puan Nadia menayang wajah keliru dengan soalan anak gadisnya itu.

"Kenapa tanya macam tu? Diorang lah paling bising bila tahu kamu nak balik tau. Along dengan angah rindu sangat dekat kamu, Ieirish.." Terang Puan Nadia agar Ieirish tidak salah faham. Dia paham jika anaknya berfikiran begitu. Pasti sulit untuk terima semuanya.

"Tidurlah sini dua tiga hari. Boleh lah nak kenal-kenal. Nak kenal tempat ni pun boleh lah belakang sana ada pantai. Si Sha tu suka sangat lah pergi sana petang-petang...nak jadi orang Terengganu agaknya.." kata Tuan Farris.

"Saya memang rancang nak stay dua tiga hari, Pakcik. Ieirish pun pasti nak spend time dekat sini.."

"Apa berpakcik pulanya.. panggil abah je. Hahahaha"

BOOK 1: CIK BUNNY [✓]Where stories live. Discover now