51

49 6 1
                                    

"mummy..mummy.. Zayn curang dengan Ieirish. Huwaaaaaaaa!"

Amboi kau, Ieirish.. mentang-mentang ada mak mentua terus report kecurangan suami kau eh. Tak menyempat. Dari IVS terus dia datang berkampung di rumah Puan Irene. Kita kena guna senjata rahsia kalau nak kalahkan Zayn Qaiser. Mummy lah senjata tu.

"Alolololo menantu Mummy ni. Dah dah tak mau nangis sayang.." Puan Irene mengusap pipi aku yang basah dengan air mata. Tak berhenti-henti mengalir sejak sampai ke rumah Puan Irene.

Aku tersedu sedan dalam pelukan Puan Irene. Drama air mata betul. Maskara pun dah comot. Agak-agak rupa dia serupa hantu ke sekarang ni? Hantu kena curang dengan suami..

"Nanti Mummy rotan Zayn..sampai hati dia lukakan hati Ieirish.. kita babap dia sama-sama!"

"Taknak babap hiks hiks tak suka Zayn dahh huwaaaaaa"

Ya tuhan. Lakonan sinetron apakah ini. Kalau ada yang merakam memang aku patahkan tengkuk diorang. Tak rela aku tengok muka sendiri yang menangis bagai nak rak.

"Iya iya takyah babap. Kita rotan. Kita ikat dekat tiang lampu.. biar Zayn tidur luar rumah. Ada hati nak ada kekasih cerah.. pfttt.." aku pandang Mummy yang terlepas tawa. Mummy!

"Mummy tak ketawa! Takde pun! Betul!"

"Mummy pun sama je! Huwaaaaaa.." kalini Puan Irene ketawa terkekeh-kekeh. Geli hati. Adoi.. tak dapat otak dia berfungsi bila dengar Zayn curang. Curang dengan tiang elektrik?

"Zayn takkan curang dengan Ieirish..Mummy yakin!" Kepala Ieirish diusap lembut. Kesian juga tengok Ieirish menangis begini. Apa lah Zayn ni.. tak mengaku anak baru tahu...

"Ieirish rehat dulu..dah la nangis. Mummy nak call Zayn. Bagitau kamu dekat sini..nanti bincang elok-elok dengan dia ya?" Aku angguk kepala tanda menurut. Air mata dikesat dengan hujung baju. Barai mat.

Mummy suruh aku masuk bilik. Tanpa membantah aku bawa diri ke bilik Zayn di tingkat dua. Penat nangis rasa nak tidur pula. Malas dah hadap dunia..baik tidur. Kot-kot jumpa prince charming dalam mimpi. Jangan putera katak sudah..hiks.



"Qaiserrrrr.." Zayn baru habis bercakap dengan Puan Irene melalui telefon. Berpaling ke arah Heidi yang duduk atas meja kerjanya.

"Mummy call you ke?"

"Haah.. Ieirish dekat rumah Mummy. Sakit telinga kena bebel tau tak?" Zayn mengurut pelipis kepala yang berdenyut. Pandangan dilontarkan ke luar jendela office. Terbentang pemandangan pusat bandar yang pesat.

"Isteri kuat sentap.."

"Takyah komen pasal isteri orang lah, Heidi.." bidas Zayn kurang senang. Heidi ketawa sinis. Suka sangat mengusik Zayn.

"Hakikat lah, Qaiser. Macam mana you boleh tahan dengan dia? Tell me.. apa yang dia ada.." galak Heidi menyoal. Tangannya tak duduk diam mencapai fail dokumen di atas meja Zayn. Mata hijau bersinarnya meneliti isi dokumen itu. Membosankan...

"She's beautiful.." Heidi mengerling Zayn di yang buat muka angau. Dia berdecit kecil dengan muka toya. File dokumen ditangannya ditutup. "I lagi cantik dari Ieirish..too basic, Qaiser. Come on.. just that?"

"Are you jealous? I puji perempuan lain cantik selain dari you.. tercabar?" Zayn tak saling kalah membalas kata-kata Heidi. Mata mereka bertemu.

"Answer the fucking question, Qaiser.. ke you anggap Ieirish tu trophy. Trophy kemenangan.."

Melihat urat leher Zayn timbul mengundang tawa Heidi. Dia tahu Zayn sakit hati dengan kenyataan yang dikeluarkan. Tertampar kenyataan kah, Zayn Qaiser?

"Meryam Ieirish ada hati i.. cantik atau tak bukan isunya. Sebab i jatuh cinta dengan jiwa dia bukan fizikal dia. You fikir semua orang pentingkan rupa?"

Heidi menjongket bahu sekilas. "Kalau i lah..rupa tu penting. Dekat dunia ni yang hodoh ditindas..tiada value. Tapi ada rupa yang menawan pun bermasalah.." Heidi memegang sisi wajahnya sendiri.

"Manusia membunuh untuk dapatkan Si Mawar yang cantik dan harum.. duri mereka dirobek. Dihancurkan..itu bukan cinta, Qaiser.." Tangan jatuh ke sisi semula.

"Itu pembunuhan..manusia bertuhankan nafsu. Nafsu mereka hancurkan hidup sekuntum mawar yang indah.. manusia, Qaiser..kita manusia.." Heidi turun dari meja kerja Zayn. Langkah diaturkan ke arah Zayn. Berkaki ayam. High heels hilang entah ke mana dia campak tadi.

Heidi berdiri tepat depan Zayn. Kaki dijongket sedikit. Tangannya mencapai pipi Zayn. Diusap lembut. "I benci manusia hipokrit, Qaiser.. cakap rupa tak penting..penipu. You pandang rupa.. semua orang pandang rupa. I jijik tiap kali you cakap you cintakan Ieirish.. perempuan tu tak ada apa-apa. Celah mana cinta tu datang? I ni...ada segalanya. Tapi tak dapat miliki cinta yang you bagi dekat perempuan tu.." kuku panjangnya tajam menyucuk pipi Zayn. Zayn merengus pedih. Dia cuba tidak melawan. Matanya fokus ke dalam mata hijau milik Heidi..

Tatapan kosong itu menyorokkan segala penderitaan gadis ini. Zayn menekup wajah Heidi dengan lembut.. "kenapa..i tak layak ke?"

"Tak..tak.. belum masanya lagi, Heidi" dia cuba memujuk.

"Itu je alasan you bagi..i dah muak dengar ayat tu, Qaiser.." Zayn menggeleng kepala. Tak mahu Heidi berfikiran negatif.

"I dah janji kan nak cari kebahagiaan you.."

Heidi meleraikan sentuhan jarinya pada wajah Zayn. Sedar dia melukai lelaki itu.. "you janji..tapi perempuan tu jadi penghalang. Kenapa you balik dekat dia? You fikir i ni tunggul ke nak menunggu?!?" Heidi mula menaikkan nada.

"Shhhh.. I cintakan Ieirish.. you pun tahu, Heidi.."

Heidi mengetap bibir. "I hate you, Qaiser..i really really hate you.. you choose her over me. I yang ada dengan you selama ni.."

Dada Zayn dipukul bertalu-talu. Zayn pula tidak melawan. Dipaksa gadis itu masuk ke dalam pelukannya. Ditekan kepala Heidi melekap di dadanya. Gadis itu meronta sekuat hati.

"I sayang you, Honey.. i always will." Kepala Heidi dikucup lembut. Rambut lurus gadis itu usap lembut. Cukup untuk menenangkan amarah Heidi.

Heidi berhenti meronta. Tangannya menekap pada dada Zayn perlahan-lahan turun  memeluk tubuh kekar lelaki itu. Zayn menarik senyum lega dengan reaksi Heidi yang mula tenang.

"Me or Ieirish.."

"Ieirish..."

"I hate you.."

"I know..i know you will never hate me."

Heidi Qaliesha mengeratkan pegangannya pada tubuh Zayn. Sakit hatinya bila Zayn tak habis-habis memilih perempuan itu. Dia taknak kehilangan Zayn..

Ieirish.. kau takkan mudah-mudah dapat rampas Qaiser dari aku..

Di luar office. Elmir mendengar perbualan mereka berdua sedari awal. Dia mengeluh kecil. Sudah dia bilang, dia tak dapat tolong Ieirish kalau perempuan itu ialah Heidi Qaliesha. Perempuan tu.. antara perempuan yang Zayn Qaiser paling sayang. Menyusahkan..



















BOOK 1: CIK BUNNY [✓]Where stories live. Discover now