59

91 6 0
                                    

Kunci kereta dicampak atas meja kopi depan sofa di ruang tamu. Tubuh direhatkan atas sofa  baldu itu. Lenguh betul memandu tak berhenti. Memang fokus nak cepat sampai saja. Tinggal suami lama-lama. Entah macam mana Zayn tu sorang-sorang.

Dia tak duduk lama dekat kampung. Keluarganya kata diorang boleh jaga Ibu. Takdelah berat hati dia mahu pulang. Zayn pula tak balik rumah ke? Sunyi je...rasanya si suami cuti harini.

Ke tidur rumah Mummy? Pukul 1 petang ni..

Tak ingat jalan balik agaknya. Sempat lagi Ieirish membebel.

"Auuuu!" Ieirish merengus pedih saat mahu membetulkan duduknya. Pinggangnya sakit kerana tolakan Along semalam. Nak nangis rasanya! Nanti nak suruh Zayn urutkan..

Eh, kan Zayn tanya kenapa jenuh dia nak menipu. Kalau dia bagitau hal sebenar.. entah-entah arwah Along nanti.

Macam elok juga idea tu..

Dalam ralik memikirkan kemungkin Along arwah sebab Zayn. Ieirish mencapai remote control TV di atas meja. Dah berhabuk TV sebab lama tak pasang. Hati dia pun tergerak nak buka. Biasa masa ni ada berita..

Puas mencari channel Tv. Tangannya berhenti pada channel yang menyiarkan Melodi. Dah lama dia tak layan gosip. Boleh lah ni..

Habis saja rancangan televisyen itu. Tiba-tiba telefon pintar di dalam poket seluar melalak meminta supaya diangkat. Dia angkat panggilan itu tanpa melihat skrin telefon.

"Assalamualaikum ini Puan Ieirish kan?" Ieirish menjauhkan skrin telefon itu dari telinga. Nombor tak dikenali. Dia tekap kembali pada telinga.

"Waalaikumusalam..siapa ni ya?" Soalnya dengan lembut.

"Boleh datang ke Hotel The Countess? Tuan Zayn minta Puan datang segera..di suites Royal Cempaka.."

"Oh iya? Ini bahagian receptionist ke?"

"Iya puan.."

"Baik..baik..dalam sejam saya sampai.." panggilan itu dimatikan. Dalam hati, Ieirish tertanya-tanya buat apa lagi Zayn di sana. Event company berlangsung di hotel itu. Mungkin suaminya tidur di sana. Kan?

Ieirish tanpa berlengah terus menuju ke kamar untuk menukar pakaian yang lebih sesuai. Dia balik dari kampung dengan pakaian selekeh. Pergi sehelai sepinggang. Balik pun sama. Jadi haru biru dibuatnya.




LOBBY HOTEL THE COUNTESS kelihatan agak padat dengan manusia di mata Ieirish. Kebiasaannya memang lah ramai tapi kenapa dia rasa macam aneh je bilangan yang ada harini? Di pintu masuk dah boleh nampak jumlah manusia yang ramai itu. Terpinga-pinga dia dibuatnya.

Ada golongan korporat ke? Bisik suara hatinya.

Ieirish melalui lobby dan terus menuju ke kaunter receptionist. Matanya meliar melihat orang-orang di sana yang memiliki kamera di tangan mereka. Wartawan ke? Berniat nak bertanya kepada receptionist tapi dia matikan niat itu.

Rasa lebih baik dia terus pergi ke suite di mana Zayn berada. Daripada buang masa itu. Silap-silap dia bertembung dengan manusia yang menjadi tumpuan utama orang-orang di sana. Mintak jauh lah. Dia taknak berhimpit. Jadi ikan sardin tak diiktiraf nanti.

Suites Royal (Cempaka).

Kakinya terhenti di depan suites itu. Pintu suites itu terbuka luas. Jantungnya tiba-tiba saja mengepam darah dengan laju. Tak sedap hati pun ada. Tambah pula terdengar suara bising dari dalam suites itu.

Tolonglah..jangan ada masalah baru.

Dengan langkah berat dia melangkah masuk ke dalam suites itu. Kakinya bergerak mengikut bunyi suara yang bising itu. Tubuhnya pegun di depan sebuah kamar utama. Dia lihat ramai orang di situ.

BOOK 1: CIK BUNNY [✓]Where stories live. Discover now